Thursday, March 26, 2009

'beri salah, tak beri kalah'

Utusan Melayu 25/03/09, antara kata-kata yang diucapkan oleh TPM Malaysia. Kata-kata ini kata-kata dari sumber Tok Guru Nik Aziz, maka para pemimpin UMNO menjadikan TokGuru sebagai idola secara tak langsung. 'Beri salah, tak beri kalah, maka UMNO dalam serba-salah, kata-kata Tok Guru kepada jentera pilihanraya di PUTIK, Pengkalan Chepa.

Malam tadi, aku mengikuti ceramah oleh Saudara Mad Sabu di Padang Daerah Ketereh, banyak isi-si yang aku kutip dari kalam beliau. Kiranya Malaysia yang aman ini terus mengamalkan demokrasi yang sebenar (pure-demokrasi) maka semburan air beracun dan gas pemedih mata tidak akan berlaku. Walau permit polis tidak diperolehi. Para pendengar dan penyokong akan beredar dengan baik dan aman. Siapa yang mencetus kontroversi kecuali pihak polis, kesian juga kepada polis yang berpangkat rendah hanya mendengar arahan dari atasan. Maka yang atasan mendengar dari pucuk pimpinan. Aku pernah terlekat dalam kesesakan lalulintas semasa berkempen di Kuala Terenganu, ingin ku tanyakan kepada polis trafik kenapa jalan ditutup, belum sempat persoalan tersebut keluar dari mulut, polis trafik terus membenarkan kami melalui jalan yang disekat tadi, dan terdengarlah oleh telingaku perbualan antara mereka yang hanya mengikut arahan atasan. Kesian melihat mereka, tapi apa kan daya untuk melawan pasti mereka akan dibuang kerja.

Saudara Mad Sabu yang kita kenali pernah ditahan di bawah ISA, akta yang kita takuti jika kita kena, tapi itulah perjuangan, mana mungkin pimpinan UMNO dikenakan ISA, hanya pembangkang. Mana mungkin mereka mengenali erti perjuangan dalam parti, walau hanya untuk mengangkat martabat 'melayu'. Sepatutnya Melayu tidak akan sesekali terpinggir, tapi Melayu tetap terpinggir. Aku pernah berbual dengan pemandu teksi di Pulau Pinang yang semasa itu Gerakan mengetuai pentadbiran Pulau Pinang. Tanah orang Melayu diambil untuk dijadikan kondominium dan hotel dan dijanjikan menggantikan tanah atau rumah yang lebih baik, tetapi apa yang dijanjikan tidak dipenuhi sebaiknya. Mereka hanya dapat sebuah rumah flat yang tidak seberapa keadaannya. Dan bagaimana keadaan pekerja kilang yang sebahagian besarnya pekerja Melayu, bangsaku tertindas di bumi sendiri. Itu tidak kualami di negeriku Kelantan. Tapi itu hakikat yang perlu ditelan. Bagaimana UMNO membangunkan bangsanya? tapi melayu di utara dan selatan terus ditindas.

Tahniah kepada pimpinan UMNO baru yang baru melepasi target, dan menjadi pilihan perwakilan, sepatutnya anda bersama perjuangan Islam yang berlabelkan PAS di Malaysia.

Tuesday, March 24, 2009

Doa Sayyid Qutb

"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semua.
Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu.
Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu." (As-Syahid Sayyid Qutb)

HARAKAH & Suara Keadilan diboikot

Sistem peperangan yang tidak adil telah digunapakai oleh UMNO dalam menyekat sumber informasi PAS kepada rakyat dengan menggunakan pentas kerajaan. Strategi perlu ada dalam menghadapi peperangan, tipu helah dan seumpamanya. Tapi kalau menyekat info dari pembangkang itu bukan caranya. Suara pembangkang dari PAS tentunya HARAKAH dan internet melalui blog-blog yang menyokong perjuangan PAS. Tetapi internet tidak semua masyarakat memperolehinya, sedangkan sumber kerajaan dan parti memerintah adalah televisyen dan media massa dapat diperolehi setiap masa. Betapa tersekat perjuangan Islam disebarkan. Di sini boleh dikatakan kerajaan tidak memberi ruang kepada pembangkang menyuarakan pandangan dan pendapat, kalau di parlimen hanya setengah jam rakyat melihat reaksi pemimpin di dewan. sepatutnya sidang dewan dibuat secara langsung melalui televisyen dan internet, di situ rakyat dapat menilai inikah pemimpin yang aku pilih?

Semangat perjuangan telah dibakar melalui tulisan, peranan akhbar telah menyedarkan rakyat semasa itu , kita perlu memerintah sendiri bukannya British. Setelah berjuang sekian lama maka rakyat Tanah Melayu dapat memerintah Tanah Melayu. British tidak menyekat demontrasi rakyat semasa itu, dan British tidak menggelarkan rakyat sebagai 'demontrasi jalanan'. Tetapi pemerintah yang sama kulit dan sama agama dengan rakyat tidak seiring dengan moto yang ada pada parti mereka. bagaimana untuk bersatu kiranya apa yang ada tidak mampu dilunaskan sebaiknya. Keadilan dan kesaksamaan. Masih jauh lagi sebenarnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar sifar rasuah misalnya, atau untuk mencapai target Wawasan 2020.

Apa yang perlu dilakukan dengan pemboikotan ini? Maka blogger yang pro perjuangan Islam PAS, perlu lebih giat dan aktif menjadi lidah PAS. Serat doa dan doa agar KDN menarik balik sekatan tersebut. Doa adalah senjata yang paling hebat, yakinlah!

Monday, March 23, 2009

Memenangkan orang?

Sabtu lepas selepas menemankan Ketua Lajnah Penerangan DMPNK merasmikan Mesyuarat Muslimat Kawasan Ketereh, aku dan sahabat berlepas ke Perak membawa kereta Wira. Perjalanan dari Kelantan ke Perak alhamdulillah bergerak dengan baik. Cuma kami diuji dalam perjalanan apabila kembali ke Kelantan keesokannya harinya. Suhu kereta naik secara mendadak, kami berhenti di tengah jalan ditengah hutan, alhamdulillah ada kenderaan tentera yang membantu kami. Maka kami terpaksa memandu dalam lingkungan 70 ke 80 km sejam. Memang menyeksakan tetapi terpaksa juga kami lalui. Mungkin itu adalah ujian untuk memenangkan Perak, ye siapa tahu hanya Allah yang mengetahuinya.

Semasa aku bertugas membantu jentera pirlihanraya di Terengganu, aku turut mengalami kemalangan jalanraya, melanggar motorsikal, dan terpaksa membayar kerugian yang dialami oleh pembonceng motorsikal tersebut. Dan rupa-rupanya Kuala Terengganu dapat kemenangan, dan bukan aku sahaja yang mengalami kejadian-kejadian yang menguji kami, ujian didatangkan demi sebuah kemenangan?

Maka dalam menghadapi situasi bagi memenangkan Parlimen Bukit Gantang ini, kita jangan mudah terlupa untuk munajat kepadaNya. Zikir perlu sentiasa menghiasi bibir dan hati hati agar kita tidak lupa dan pergantungan kepada Allah sentiasa bertali.
Dan dalam memenangkan negeri orang, jangan sampai negeri sendiri tergadai di tangan orang lain. Ingat peperangan di zaman Rasulullah, satu panduan kepada kita, Perang Uhud yang mahsyur kerana muslimin kalah kerana tidak wala' kepada pimpinan tertinggi iaitu Rasulullah S.A.W. Pesanan agar tidak meninggalkan tem[at memanah tidak dipatuhi maka kekalahan yang dialami oleh tentera Islam. Apabila keluar dari Kelantan jangan sampai tidak berpatah kembali. Kita masih menerajui Kelantan dan aulanya kita berhak mempertahankan Kelantan. Maka jika keluar untuk berjuang di medan pilihanraya ini perlu ada restu dari semua pihak yang terbabit dengan kita. Restu mereka adalah redha dari Allah Taala. Maka di sini aku meletakkan wala' adalah suatu yang amat penting kerana ia adalah rukun baih yang sepuluh. Juga sebagai petugas parti Islam, fiqh aulawiyat perlu diperdalami secara efektik. Moga kita dalam memahami bagaimana situasi kita di mana saja kita berada, sebagai pimpinan atau ahli.

Thursday, March 19, 2009

Bila kita rasa serasi

Hubungan sesama Muslim diikat dengan kalimah Allah Taala. Maka hubungan tersebut menjadi manis dan bernilai, maka dalam membina dan mengutuhkan perhubungan tersebut, ujian akan didatangkan dengan pelbagai rupa dan wajah. Ujian seperti didatangkan kepda sahabat dan kewajipan kita untuk menegurnya, Ya Allah betapa beratnya untuk menegur. Dan kita bukan sahabat yang sebenar jika tidak mampu berbuat demikian, membiarkan sahabat melakukan kesalahan, ya walaupun kecil. Dan ada juga telah ditegur-tegur tetapi sahabat tetap melakukan perkara yang sama, maka itu juga ujian berat yang perlu dipundakkan.

Bila kita rasa serasi maka kita akan luahkan segalanya kepada sahabat, terkadang luahan yang sama, tapi moga sahabat tidak merasa jemu untuk mendengar, mungkin kerana keseronokan atas perkara yang berlaku maka cerita itu diulang-ulang. Bila kita rasa serasi maka segala cerita ingin dikongsi bersama demi menunjukkan rasa sedih, suka yang dialami. Moga sahabat juga memahami situasi yang ingin disampaiakn oleh sahabat. Payah untuk serasi atau kacip dengan sahabat. Apabila sudah kacip maka segala masalah dapat disetle bersama.

Bila sudah serasi kita terasa amat payah untuk melepaskannya pergi, walau bertukar tempat kerja, atau berpindah tempat, pastinya kesedihan akan melanda. tetapi pastikan keserasian tersebut bersama sahabat yang boleh membentuk ke arah kebaikan bukan sebaliknya.

Bagi sahabat yang merasakan dirinya sentiasa benar walau ramai orang mengatakan itu salah, berat juga untuk menegur tapi perlu juga ditegur, maka tegurlah sekadar yang perlu ditegur walau dimana peringkat sahabt itu berada, jangan meletakkan kesalahan yang dilakukan sahabat itu besar kiranya kita tidak mampu untuk mengubahnya. Semua manusia berhak untuk berubah jika kita memberi peluang kepadanya. Walau berat untuk menegur tapi ia perlu kerana kita tidak akan gembira kiranya sahabat kita terus berada dalam kesalahan. Berdoalah untuk sahabat dari sahabat demi keserasian yang kita pertaruhkan bersama.

Wednesday, March 18, 2009

Di ambang pemilihan

Sekarang ini kita membaca dan mendengar pelbagai berita di negara yang aman ini, penculikan YB, gejala rasuah di kalangan pimpinan UMNO, masalah sikap dan seumpamanya. Benar-benar mencalar sikap sebenar melayu yang terkenal baik budi pekertinya dan lemah-lembut yang dipertuturkan umat dunia. Semasa aku menuntut di tanah arab, kami pelajar Malaysia digelar 'ahsana an-nas' iaitu manusia yang paling baik. Kerana bangsa Melayu yang berpekerti mulia. Tetapi kemuliaan tersebut rupanya dicalar jua akhirnya. Ali rustam satu seketika dahulu pernah melarang rakyat Melaka dari melawat negeri Kelantan dan menarik semula larangannya akhir tahun lepas. Sekarang menerima bahana yang perit untuk ditelan buatnya. Ini adalah contoh pimpinan UMNO tunjukkan kepada kita. Inikah rupa sebenar yang tidak dijelmakan sepenuhnya dari parti melayu ini?

Maka perjuangan kita bukan berteraskan race tetapi agama. Islam yang diperjuangkan di sini. Jika hudud tidak dapat dihukumkan sekarang tetapi tujuan ke arah itu sedang berjalan dan akan berjalan hingga ke titisan darah yang terakhir. Jangan kita berputus asa dengan perjuangan yang telah di rintiskan oleh generasi terdahulu, jangan tinggalkan parti Islam ini tetapi perbaiki dan perbaiki demi kesatuan yang kita perjuangakan.

Jawatan tidak sesekali diminta dan diinginkan kerana kita takut kiranya jawatan tersebut boleh menjatuhkan kita. Nasihat Rasulullah kepada sahabatnya agar tidak meminta jawatan, kiranya kita tak mampu maka jangan cuba-cuba untuk dilantik. Kiranya dilantik jangan cuba untuk menolak kerana itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan, pimpinan mengetahui kenapa kita dilantik kerana ia di syura bersama.
Semoga apa-apa jawatan yang dipikul oleh kita dilangsai sebaiknya, moga Allah bersama kita dalam membawa amanah ini.

Sunday, March 15, 2009

Wacana Perdana

Rukunenegara:Didaulat atau dicabar? Aku pun tidak pandai nak mengulas tentang wacana malam tadi, tetapi yang pasti tidak berapa memenuhi selera pendengar. Aku selaku pendengar juga ingin mendengar yang jelas bukannya benda yang terapung tanpa ketegasan yang pasti. Sebagai ahli akademik sepatutnya beliau jelas dengan apa yang ingin diucapkan, bukan teori semata tapi bukti yang jelas. Kita tidak ingin menjadi ahli dalam mengkaji tetapi diserahkan penyelesaian seratus-peratus kepada kerajaan. Maka sebagai parti pembangkang check and balance penting dalam membantu kerajaan melakukan gerak kerja, jika dibiarkan maka bakal tenggelamlah Malaysia yang kucintai ini.

Dari penjelasan malam tadi betapa layanan yang mesra akan diperolehi jika kita di pihak kerajaan, betapa layanan yang baik didapati semasa YB Saifuddin Nasution perolehi ketika menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, dan betapa air kimia dan gas pemedih mata menghinggapi tatkala berada di pihak pembangkang. Keadilan yang tidak adil telah berlaku dalam negara tercinta ini. Dan moderator Profesor Abu Hassan terus berada di tengah tidak berani mengatakan yang hak walau optimistik katanya. Terus berlari anak dalam mengatakan 'kebenaran'. Hanya berdiri sebagai ahli akademik semata bukannya 'qulil hak walau kaana murran' (berkatalah benar walau pahit). Bagaimana hendak berkata benar kerana itu adalah periuk nasinya, berkata tidak benarlah walau pahit. Yakinlah dengan rezeki yang Allah berikan, manusia hanya penghubung tetapi Allah yang utama Pemberi Rezeki, krisis keyakinan telah berlaku di sini.

Maka pilihlah di mana perlu kita berada, kita tidak akan tahu kapasiti iman kita setelah diuji. Maksud firman Allah Taala dalam surah al-ahzab ayat 2
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami
telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"

Keadilan wajib ditegakkan dan hanya melalui menaikkan Islam itu sendiri keranan dalam Islam adanya selamat, adil, jujur, amanah, hebat dan sebagainya. Maka kita terus bekerja dan bekerja untuk menaikkan Islam dan diamalkan oleh manusia sedapat tidak atau semampu yang mungkin, InsyaAllah.

Tuesday, March 10, 2009

Sertai demo

Pertama kali dalam hidupku sertai demo PPSMI di ibu kota tempoh hari dan pertama kali juga merasa gas pemedih mata. Kesannya amat best tapi rasa dalam diri semakin bersemangat, barangkali itulah rasa yang dialami oleh para pejuang, bila disanggah lagi bersemangat. Itulah aku lihat semasa demo PPSMI tempoh hari. Apabila polis menyembur air pemedih mata, maka berlarian para pendemo, selepas itu kembali lagi, apa nak ditakut pada semburan air pemedih mata berbanding bedilan peluru yang bakal menyakitkan atau membawa syahid. Apa yang diinginkan selain mati syahid, itu cita-cita yang utama.

Semasa menuntut dahulu keinginan ingin bermuzaharah (demonstrasi) terpaksa dilupakan, yelah semangat memang semangat tapi mesti rugi jika namaku naik ke kedutaan dan tokleh sambung. jenuhnya, baik aku ditangkap di bumi sendiri, rasanya lebih berbaloi. Kalau di sana akan merosatkan nama persatuan dan sebagainya. Maka rasa itu itu kupendamkan sahaja dan luahkan melalui tulisan cuma.

Maka waktu untuk mengeluarkan rasa tidak puas hati kepada pentadbiran negara dilkeluarkan bersama demo dan membetuli masyarakat ke arah nur pastinya, kerana aku bersama Parti Islam SeMalaysia.

Maaf gambar-gamabr akan ku loadkan selepas ini kerana ada hal yang tak dapat dielakkan.

Wednesday, March 4, 2009

Marah?

Marah akan mendatangi kita tanpa kata dan tanpa suara. Kalau tidak dikendalikan dengan baik marah tersebut akan membawa kecelakaan yang padah dan membinasakan. Kita banyak mendengar dari faktor kemarahan, pembunuhan dan peperangan berlaku. Jadi bagaimana untuk mengawal kemarahan?

Rasulullah mengajar kita betapa marah adalah dari hasutan syaitan, maka kemarahan tersebut perlu disejukkan dengan
^istighfar
^wudu'
^solat sunat 2 rakaat

InsyaAllah kemarahan dapat dikawal sebaiknya.

Jika kita merasa marah kepada si A jangan sesekali dihamburkan kepada si B, apa salah si B hingga terkena tempias orang lain, sepatutnya apabila melihat si B, kemarahan tersebut semakin mengurang dan kita kembali rasional dengan keadaan sekeliling. Sepatutnya kita perlu marah untuk perkara berkaitan dengan syariat atau hukum Allah dicabar, atau orang mengata-ngata perkara yang tidak benar kepada ulamak @ sahabat. Sebelum meluahkan kemarahan fikirkan sejenak untuk apa aku marah. Marah kepada yang lain tapi dihamburkan kepada yang tidak sepatutnya.

Semoga kita dikawal dari bersikap marah tidak menentu.

Tuesday, March 3, 2009

Tafsir surah Luqman

MAKSUD:DAN JANGANLAH KAMU BERJALAN DI MUKA BUMI INI DENGAN SOMBONG, KERANA SESUNGGUHNYA KAMU SESEKALI TIDAK DAPAT MENEMBUS BUMI DAN SEKALI-KALI KAMU TIDAK AKAN SAMPAI SETINGGI GUNUNG.
-SURAH LUQMAN AYAT 18

KITA PERLU MENYEDARI:
*REALITI SEBAGAI HAMBA
*SEDARI ASAL DIRI KITA
*SELAKU HAMBA WAJIB PATUH HANYA KEPADA YANG HAK
*BELAJAR CARA BERGAUL SESAMA MANUSIA (SKILL BERDEPAN DENGAN KHALAYAK)

SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD: BARANGSIAPA YANG BERPAKAIAN TETAPI DIA BONGKAK, TIDAK AKAN DILIHAT ALLAH DI AKHIRAT KELAK

BETAPA RUGINYA SEGALA AMALAN YANG DILAKUKAN TERUS TERBAKAR LANTARAN SIKAP BONGKAK DAN TAKABBUR YANG ADA DALAM DIRI KITA.

Monday, March 2, 2009

Bukan dari kalangan kami yang menghunus senjata di hadapan saudara muslimnya

Maksud hadith: Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda: Sesiapa yang menghunus senjata kepada kita, maka ia bukan dari kalangan kami.

(menghunus senjata kepada kita) adalah kiasan dari perbuatan hendak membunuh. Ini menjadi dalil dan penekanan hukum haram membunuh sesama muslim.

(Bukan dari golongan kami) Maksudnya bukan di atas jalan kami atau pengikut kami, kerana hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ialah menolongnya bukan menakutkannya.

Keterangan hadis:

Agama Islam menekankan hidup aman damai, sesuai dengan namanya Islam bermakna selamat dan sejahtera.Oleh yang demikian agama ini menjadikan seorang muslim itu haram darah, harta dan penghormatannya atas muslim yang lain. Maka tidak halal bagi seseorang untuk merampas dari sesama muslim sedikitpun dari hal-hal tersebut. Menumpahkan darah seorang muslim malah menghunus senjata sahaja sudah dianggap sebagai dosa besar oleh Allah Taala di dalam kitabNya dan Rasulullah S.A.W dalam sunnahnya. Allah Taala berfirman dalam sura An-nisa' ayat 93 yang bermaksud:
:Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan senjata dengan segaja, maka balasannya ialah jahannam. Kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.

Islam melarang seseorang untuk berisyarat atau mengacukan senjata dan yang sejenisnya kepada sesama muslim, pelakunya tidak akan diakui oleh nabi S.A.W sebagai umatnya, bahkan akan mendapat laknat dari malaikat, sebagaimana di dalm hatis lain yang diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Maksudnya: Barangsiapa berisyarat kepada kepada saudaranya dengan mengacukan besi, maka malaikat melaknatnya, meskipun dia adalah saudaranya seayah atau seibu. -Riwayat Muslim

Islam juga melarang seseorang membawa senjata di tempat umum dalam keadaan terbuka atau terhunus.

Islam juga melarang saling mengejek, mencela, memberikan julukan yang jelek, sangka buruk, tajassus (mengintai) dan ghibah (mengumpat), kerana itu semua kadang-kadang menjadi punca terjadinya permusuhan dan yang tidak jarang berakhir dengan pertumpahan darah.

Justeru itu hadis ini melarang seseorang muslim yang lain seolah-olah senjata boleh menakutkan orang dan menimbulkan kegerunan. DIharamkan menghunus senjata dalam keadaan bergurau dan sebenar. Ia menjadi dalil bahawa haram hukumnya menghunus senjata kepada sesama muslim lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk berbunuhan sehingga ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang menyebabkan Nabi S.A.W berlepas diri darinya.

Sunday, March 1, 2009

Salam dan bersalam


Khamis lepas aku ke Gua Musang sebagai pemerhati program pejabat. Ustaz Nasir Mat Soh yang menyampaikan ceramah sempena maulidur rasul 1430H. Beliau menekankan perihal salam dan kehebatannya yang Rasulullah telah bersabda yang bermaksud, sebarkan salam antara kamu. Betapa pentingnya salam ke atas umat islam. salam merupakan muqaddimah tali ukhuwwah yang bakal mengikat ukhuwwah tersebut membentuk jamaah islamiah. Salam dilafaz ketika solat dengan iringan kepala mengikut Tok Guru salam tersebut tersebar hingga ke hujung kutub selatan. Makhluk yang mendengar termasuk jin. Assalamu'alaikum tidak sama dengan selamat pagi atau good evening. Salam sejahtera ke atas kamu merupakan ucapan kasih dan hubb di kalangan umat yang ditautkan atas nama Laaila hallallah muhammadan rasulullah.

Adab bersalam yang biasa yang berlaku dalam masyarakat kita tidak berapa menepati ciri yang Islam inginkan. Salam dimulakan dengan lafaz kemudian tangan untuk bersalam (musofahah) dengan genggaman yang padu, mata bertemu mata. Di sini lahirnya tautan ukhuwwah sesama muslim. bukan bersalam hanya dihujung jari, dan mata dilarikan. Adab musofahah (bersalam) perlu dipraktik dan dilakukan sebaiknya oleh umat Islam, kerana itulah permulaan bagi sebuah perhubungan.