Monday, August 16, 2010

Beting Maro dalam kenangan

Apabila tugas makin bertambah maka melakar sesuatu pada sudut pinggiran ini terasa sempitnya. Masa bertambah bila kerja bertamabh. bagaimana ye bagi mereka yang sentiasa membunuh masa dan mensia-siakan masa yang ada? tidak terasakah berlalunya masa dengan penyesalan dan taubat yang berlaku atau dilaku. Makanya tanya diri tanya iman.

Sedikit pengalaman di beting Maro, Sarawak, tugas sebagai mendaftarkan seramai mungkin pemilih di kawasan tersebut, membangkit memori yang tidak dilupa. bekerja menghijau bagi yang hijau bukan kerja mudah kerana Islam perlu diperjaungakan kerana Islam perlu dilebarluaskan.

Rumah ke rumah bagi mempastikan semua rakyat adalah rakyat Malaysia. Ada yang keketaran lantaran takut, takut untuk berdaftar sebagai pemilih? bagaimana mungkin. Fikir dan nilai anada memerlukan wakil rakyat untuk mengembangkan suasana tempat tinggal anda. yelah bukan rakyat seperti rakyat Kelantan yang telah dicelikkan Allah sebelumnya, alhamdulillah lafaz syukur dipanjatkan buat Allah, kesyukuran yang tidak terhingga. dan mengharapkan rakyat tetap menyokong kerja buat untuk pembangunan.
Islam.

Gandingan kerja muslimin dan muslimat membangkitkan semangat kerja yang padu demi Islam. Terasa amnisnya kali ini melihat pimpinan parti sanggup menggalas paper beg yang berisi ole-ole dari Tok Guru, dan mereka sanggunp turun ke bawah demi perjalanan perjuangan yang dilaksanakan. Moga-moga kerja buat ini dicatat Allah sebagai buah keikhlasan yang berterusan.

Thursday, July 15, 2010

..lama betul tak update

'Iqra' bismi rrabikallazi khalak'bacalah demi Tuahnmu yang menjadikan. Asas pengetahuan adalah membaca demi pencapaian ilmu juga iman.

Sunday, May 9, 2010

time to update

Masa untuk mengupdate sedikit terbatas lantaran tugas semakin bertambah. Kalau tidak bertambah pun idea-idea untuk menulis hampir ketiadaan. Tiada bila tidak diperah. Maka demi idea-idea yang masih diberi Allah ini kupergunakan guna menyelikkan minda-minda terutama mindaku.


Muktamar Muslimat Kelantan berlalu sudah, slide arwah Mak Som memang menyebabkan sebak di hati. Dewan PUTIK tetiba senyap buat seketika. Kenapa pula kesedihan melanda ? tidak kuketahui, cuba menahan sebak di hati, tetapi air mata tetap mengalir. Arwah memang seorang aku thiqahi dan sayangi lantaran ketegasannya. Siapakah muslimat yang dapat menggantikannya? Keikhlasannya dalam membawa Islam melalui wadah PAS. Semoga rohnya di samping para mujahid pejuang Agama Allah.


Sudah dua bulan aku menjadi pembimbing kepada anak-anak yang memerlukan didikan agama. Dalam situasi ini pelbagai masam manis yang kuperolehi. Betapa susahnya mendidik anak-anak menjadi menusia yang berguna. Serasaku sebagai guru memerlukan ilmu idhofi (sampingan) contohnya zikir-zikir pelembut dan ayat yang boleh melembutkan hati anak-anak ini. Sebagai remaja yang suka untuk mencuba, mencuba perkara yang baru seperti rokok, ponteng dan seumpamanya yang jika menyebutnya sudah cukup merimaskan dan mendebarkan.


Dalam kuliahku kepada muslimat agar jangan terlalu percaya kepada anak-anak, hanset perlu di siasat sama ada ada perkara terlarang atau sebagainya. Dalam arus kemodenan yang banyak faedah dan keburukannya perlu diteliti sebaiknya oleh ibu bapa zaman milinium ini. Ujian yang semakin getir kepada ibu bapa dan guru-guru.


Sahabt-sahabat doakan aku moga aku jadi pemimbing yang tidak gugur dan lemah dalam memberikan sesuatu yang baru kepada generasi pengganti kita kelak ini.

Sunday, April 18, 2010

Muslimat perlu digerakkan

Jumaat yang berlalu memberi sedikit info yang aku rasakan boleh dikongsikan bersama. Perihal juniorku yang telah berkahwin dan tidak membenarkan isterinya bergerak memberi ilmu kepada masyarakat hatta kepada pelajar sekolah YIK. Sedangkan dia dan isterinya pekerja YIK. Bilamana aku meminta isterinya untuk menjadi fasi kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 suaminya tidak membenarkan, alasannya Jumaat dan Sabtu tugasnya di rumah. Begitukah gayanya orang agama yang berperanan untuk merubah anak bangsanya. Bekerja mengislah di rumah cuma. Aku terkilan... memang terkilan yang amat sangat, kerana keduanya pimpinan yang pernah bersamaku memberikan yang terbaik kepada aidk-adik dan persatuan. Malah suaminya mengSMS kepadaku dengan bahasa yang tidak patut seorang ustaz untuk menulisnya kepadaku. Dalam ketidakmahuannya mengislah masyarakat diserang aku dengan niat melepaskan perasaaan di dada, lantaran aku menegurkan dengan sorohah. Bukan masanya orang-orang agama ini ditarbiah kerana mereka ini telah ditarbiah, dan selayaknya mentarbiah masyarakat yang semakin kronik sekarang ini.


Dalam masa Dr. Yusof al-Qardawi memberikan fatwa keterlibatan muslimat diperlukan sekarang ini, ustaz ini mengurung isterinya dari memberikan peringatan kepada masyarakat. Aku tidak tahu alasannya yang konkrit tetapi dengan melepaskan perasaan dengan sms yang tidak bertamadun itu mengundang rasa di hati, mungkin doa? Tetapi ku pendamkan juga. Tidakku dan sahabat-sahabat yang pernah sehati sejiwa pertahan tarbiah dan memberikan tarbiah terlena dengan usikan yang sedikit cuma ini.

Rasanya inginku tunjukkan sedikit sms yang tidak bertamadun ini, tetapi kesenyapkan saja. Moga-moga ustaz itu akan sedikit terkesan dengan teguranku, kerana mungkin tiada sahabat yang berani berkata sedemikan kepadanya. Aku memberi teguran kerana sebelum ini lagi dia membekukan isterinya dari terlibat dengan masyarakat. Dimana baihnya sebelum ini, Ya Allah Bukankan pintu hatinya, moga dia tetap berada di jalanNya demi memberi peringatan kepada insan-insan yang memerlukan"..aamin

Monday, April 12, 2010

..masa menajamkan penulisan

Aku hampir lupa pada blogku ini. Sekian lama tidak melukis pada kertas putih ini lantaran kesibukan menghambat waktu. Tugas baru ini menuntutku bekerja lebih. Waktu bersama pelajar-pelajar dan guru-guru menyebabkan masa di rumah terasa amat singkat. begitu juga bersama masyarakat. Walau apa pun kesempatan yang terdetik cuma bakalku garapkan sesuatu.

Aku mencintai tugas baruku ini, moga-moga semangat mendidik manusia menjadi insan akan kekal selamanya. Kerana kumelihat kemalapan terjadi kiranya terlalu lama menyandang tugas yang diamanahkan. Menyebabkan pelbagai konflik berlaku. Apabila aku diberikan tugas sebagai kaunselor sekolah, aku menjadi kanselor yang bergerak tanpa bilik sendiri. Jika kudapati anak-anak murid yang memrlukan bimbingan kuhulurkan dengan secara psiko, bukan masanya bertegas 24 dan kelembutan perlu dipancarkan ketika mana masalah ingin dikoreksi.

Ada juga masalah boleh dikurangkan, tapi ada juga yang tidak mengurang, tapi tidak mengapa asalkan anak-anak itu berupaya berkata apa yang ada pada benaknya. Aku perlu bersikap profesional menghadapi anak-anak ini. Jika mereka hadapi kesulitan aku pastikan mereka berkata atau bersuara demi kepahitan yang mereka alami. Aku cuba sedaya-upaya membantu mereka. Dalam status pekerjaan yang baru ini bakal memugarkan semnagatku mengahdapi ilmu dan suasana. Moga Allah sentiasa memberiku hidayah dalam apa jua suasana..Aamin

Sunday, March 21, 2010

bila bertukar status kerja

Aku telah menjawat jawatan baru selama hampir sebulan. Bersama anak-anak murid yang pelbagai karenah, terkadang menggelegakkan kesabaran, namun ikhlas perlu dalam membimbing mereka ini ke jalan yang sebenar demi janji yang dilafazkan. Menunjukkan jalan yang benar yang sebenar-benarnya. Terasa sayang sudah menjalar dalam dada pabila melihat wajah-wajah yang perlu dididik demi Islam yang kucintai. Moga-moga amalan ini bakal mencerah kuburku kemudian hari, InsyaAllah.


Aku ditalifkan sebagai kaunseling sekolah, satu cabaran yang paling utama aku rasakan. Aku sememangnya dikenali dengan manusi ayang kurang tahap kesabarannya, namun dengan taklifan yang baru ini menyebabkan tahap kesabaran ini bakal diuji Allah Taala. Aku hampir-hampir menaikkan tanganku terhadap seorang pelajar yang terkenal dengan kenakalan dan menyampuk kata-kata guru. memang aku terasa menggelegak perasaan ini tetapi aku sabarkan dan aku meinta murid tersebut masuk ke bili guru. Ku tanya anak ke berapa dan dia punyai ayah yang ibu yang masih hidup. Aku minta dia berjanji tidak akan ber buat yang nakal kerana Allah. Dan aku cakapkan padanya yang aku sayangkannya. Murid tersebut sediit tersentak dengan perkataanku itu. 'Sayang' mungkin itu kalimah azimah yang ibu ayah tidak gunakan kepada anak-anak yang meningkat remaja. Tidak rugi berkata demikian, kerana kerugiaan yang amat besar bila perkataan keramat tidak diguna sebaiknya.

Wednesday, February 24, 2010

Taubat Yang Berhasil

Imran bin al-Husain al-Khunza radhiallahu ‘anhu menceritakan bahawa ada seorang wanita dari Juhainah yang datang kepada Rasulullah Shollallahu alayhi wa Sallam falam keadaan hamil kerana berzina. Ia berkata, “Wahai Rasulullah! Aku telah melanggar batas. Maka tegakkanlah hukum terhadapku.” Kemudian Nabi memanggil salah seorang walinya agar memperlakukannya dengan baik. Beliau berkata, “Perlakukan dia dengan baik. Jika ia telah melahirkan maka bawalah dia kepadaku.” Maka ia melakukannya. Nabi pun memerintahkan untuk menghadirkan wanita tersebut. Lalu bajunya diikatkan pada tubuhnya. Lalu beliau memerintahkan agar wanita itu dirajam. Lalu Rasulullah menshalatkannya. Umar radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya, “Apakah engkau menshalatkan dia wahai Rasulullah? Sedangkan ia telah berbuat zina?” Rasulullah bersabda, “Ia telah melakukan taubat dengan taubat yang apabila dibagikan kepada 70 penduduk Madinah, niscaya merea semua akan mendapatkan bagian. Apakah engkau mendapatkan keadaan yang lebih baik daripada ia yang telah menyerahkan dirinya kepada Allah?” (HR. Muslim)


Dalam riwayat yang dinukilkan oleh Syaikh Utsaimin rahimahullah dari Imran bin Husain radhiallahu ‘anhu, ada seorang wanita yang datang kepada Nabi Shollallahu ‘alayhi wa sallam dalam keadaan hamil kerana telah berzina.

Ia pun berkata, “Wahai Rasulullah! Aku telah melanggar had(batas), maka tegakkanlah had (hukuman) terhadapku.” Yakni, aku telah melakukan sesuatu yang mengharuskanku untuk dikenai had (hukuman) maka tegakkanlah had itu terhadapku.

Lalu Nabi memanggil seorang walinya dan memerintahkannya untuk memperlakukannya dengan baik. Apabila ia telah melahirkan, maka hendaklah ia membawanya kepada Rasulullah.

Ketika ia telah melahirkan, walinya membawanya kepada Rasulullah. “Dan Nabi memerintahkannya untuk menghadirkan wanita tersebut,” yaitu bajunya diselimutkan dan diikat agar tidak tersikap auratnya. “Kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut dirajam, maka ia pun dirajam.” yaitu dilempari dengan batu. Ukuran batu itu tidak besar dan tidak kecil, hingga ia meninggal. Lalu Nabi mensolatkannya.

Beliau mendoakannya dengan doa bagi orang yang telah meninggal. “Lalu Umar berkata kepadanya, ‘Apakah engkau mensolatkannya sedangkan dia telah berbuat zina, wahai Rasulullah?” Sedangkan zina adalah termasuk dosa yang paling besar. Maka Rasulullah berkata, “Ia telah bertaubat yang apabila dibahagikan kepada 70 penduduk Madinah, niscaya mereka semua akan mendapatkan bahagiannya.”Yakni, taubat yang luas, seandainya dibahagikan kepada 70 orang dimana semua mereka berbuat dosa, nescaya mereka akan mendapatkan taubat itu dan bermanfaat untuk mereka.

“Apakah engkau mendapatkan keadaan yang lebih baik daripada ia yang telah menyerahkan dirinya kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala?”Yaitu, apakah engkau mendapatkan sesuatu yang lebih baik dari keadaan ini. Yaitu seorang wanita yang datang dan telah membersihkan dirinya, yaitu menyerahkan dirinya untuk mendekatkan dirinya kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala dan terlepas dari dosa zina. Tidak ada yang lebih baik dari hal ini.


Wanita ini telah perbuat dosa besar yang hadnya hukumannya Allah yang tentukan iaitu kiranya dia belum berkahwin dikenakan sebat sebanyak 100 kali sebatan dan muhsin (sudah berkahwin) dikenakan dengan had rejam sampai mati. Hukuman Allah tidak zalim tetapi manusia yang melanggari had yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dalam situasi membuat dosa terkadang muncul di minda bahawa mahu kembali mengadap Allah terasa tiada upaya lantaran terlampau banyak dosa yang dilakukan. Kenapa mesti bersangka buruk kepada Allah Taala. Tiadakah sekelumit perasaan harapan dalam hati betapa Allah menyayangi kita, dan dengan itu kita diberikan nafas dan denyutan jantung ini untuk kita merasai masa untuk bertaubat. Harapan perlu dipacakkan dalam hati dan minda tujuan untuk bertaubat. Selama mana kita mahu berada dalam lumpur yang kita akan ketahui kesannya adalah buruk bukan sebaliknya. Kehidupan yang terasa bahagia ini bukan bahagia sebenarnya. Sejenak pejam mata renung sejauhnya minda dapat pergi, ke mana pengakhirnya sebuah kehidupan ini. Kita yang memandu dan steringnya di tangan kita. Mahu bawa stering itu menerjun jurang yang akibatnya maut?

Wanita di zaman Rasulullah ini telah diterima taubatnya oleh Allah kerana dia bersangka baik kepada Allah dan bertaubat setaubatnya (tiada rasa untuk mengulangi kembali). Apa kesudahan hidup ini jika perubahan tidak mahu dilakukan. Kenapa kita tidak mahu jemu dengan taubat kepada Allah, sedangkan kita tidak jemu-jemu dengan harta yang ada di muka bumi ini. Tida sesia untuk kita palingkan kehidupan yang terasa gelap tanpa iman itu ke arah kehidupan yang lebih terarah bersandarkan iman dan taqwa yang padu

Thursday, February 18, 2010

gambar lagi..




Permai.. begitu hatiku???





Pada 15 Februari 2010 kami telah berjaya mengumpulkan ahli usrah I-J ke PErmai Resort kecuali seorang adik bongsu kami yang dihadapkan dengan masalah saat-saat akhir keberangkatan kami ke Permai. Ada rsa sebenarnya, dan aku lenyapkan sahaja perasaan tersebut, memang Allah yang menentukan segalanya, begitu sudah yang sebenarnya, terima atau sebaliknya terletak pada pentafsiran dan penerimaan masing-masing.

Rehlah kami ke sana disebabkan salah seorang dari kami akan bertukar tempat kerja ke Selangor Doktor Nadrah, kepiluan memang terasa tetapi kami terpaksa lepaskannya pergi demi tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan. Beliau juga berasal dari Selangor, dan di hati ini pastinya ada rasa sedih (teramat) lantaran kami bersama dalam usrah ini. Qiam, makan bercerita bersama. Tetapi kami tidak keluarkan perasaan kami itu kerana tidak ingin membasahkan keadaan.

Nadrah, kami bahagia bersamamu.

Monday, February 8, 2010

Brainstorming Lajnah Penerangan & Dakwah DMPNK

Gandingan idea dicetuskan di bilik hawa dingin di Sudara Beach Resort pada 4 & 5 Februari lepas. Untung jugak dingin sebab kepanasan dalam memberi idea dan brainstorming betul-betul digarapkan dalam perbincnagan ini. Sebelah malamnya pekena maggie ketam di Cherang Ruku, Semerak, bersebelahan pejabat DUN Semerak. Aku tidak berapa menggemari makanan yang perlukan ketelitian memakannya menyebabkan aku menghabiskan maggie tersebih dahulu dan baharulah aku meratah ketam yang tidak berapa asyik untuk aku gian memakannya. Makan juga kerana sudah terlalu lama aku tidak mengadapnya. Itu sahaja tetapi untuk mengidam mungkin tidak sekali.


Terima kasih kepada K'Tie yang beria-ria minatnya dengan ketam, dia telah berkali-kali datang untuk menjamu selera, walau perjalanan jauh tetapi tidak mengapa asal makanan kegemaran dapat dirasai.Begitulah ragam manusia, kita boleh rasai dan tengok tentang kegemaran pada perkara yang berlainan.


Lajnah kami merancang program yang agak besar kali ini. Program tersebut memerlukan ketelitian dan gerak kerja yang bermula sekarang. Aku merancang untuk mencipta skrip, tetapi apabila diberitahu kepadaku yang muslimat tidak memahami apa yang aku persembahkan, adui lemah semangat untuk aku mengarang. Tetapi disembuhkan dengan seorang muslimat masih memuji-muji persembahan aku pada progrma yang lepas, aku terasa semangat kembali.

Begitulah hal keadaanya perasaan bila bersama muslimat, perasaan naik dan turun sentiasa berlaku. Hmm biarkan itu sebenarnya proses. Proses kemantapan dan kematangan diriku

Tuesday, February 2, 2010

Kau derhaka, kau nusyuz...

Aku kembali menjadi pendengar kepada masalah sahabatku. Kejadian yang berlaku menyebabkan aku berkata dalam diri, aik biar betul dan aku tak bujet perkara tersebut boleh berlaku kepada sahabat aku. Namun ujian Allah tidak mengenal sama ada apa jua peringkat keimanan seseornag itu. Dan adakah kita perlu meninggalkan orang yang diuji ini atau sentiasa bersamanyanya walaupun hati seolah digilis-gilis dan berpecah lantaran sakit hati yang tidak tertanggung itu. Ujian hati maha hebat hanya yang berjaya dengan sabar sahaja yang mampu mengatasinya.


Kehidupan berumahtangga rupanya mencabar keimanan bagi mereka yang mengalaminya. Sahabatku diuji dengan keduanya lepasan agama dengan degree, dengan ujian orang ketiga. Orang agama turut juga tersungkur kiranya perasaan mabuk itu tidak dipandu dengan sebaiknya. Kiranya siisteri menasihati sisuami akan berkata "awak mahu derhaka pada saya" ayat final yang suka sangat digunakan oleh orang terpelajar. Atau "awak ini nusyuz" maka dimanakah konsep musyawarah diantara suami isteri. Awal perkahwinan sememangnya semuanya baik belaka, tetapi apabila semakin matang perkahwinna tersebut, maka segala sudut keimanan bakal teruji.


Ego seorang lepasan agama, aku rasakan terlalu atau terlampau tinggi berbanding lepasan akademik. Mengapa aku menulis begini kerana pengalaman bersahabat dengan sahabat yang lepasan agama ini. Mengapa perlu untuk bersifat egois kiranya boleh membakar manusia sekeliling? menyakiti yang tersayang walau sekian lama bersama mengecapi kepahitan dan keselesaan. Mengapa manusia mudah melupakan kesengsaraan setelah berada dalam kesenangan. Aku merasakan kehidupan kita ini tidak kemana perginya, kita diuji sedikit dengan kesenangan, jika kita boleh berjaya dengan ujian kesesakan dan moga-moga ujian kesenangan ini dapat kita lepasi. ketua Nisa'ku pernah berkata ujian yang paling hebat adalah ujian kesenangan atau ujian duit / mewah dan sebagainya.

...bersambung...

Sunday, January 31, 2010

Lajnah penerangan Mslmt DMPNK jelajah kawasan





Ceramah Isu Semasa oleh YB Saifudin di Maahad Amir Indera Petra Beris Kubu Besar. 29 Januari 2010 hari Jumaat

Saturday, January 30, 2010

Mahabbah Tok Guru bersama Ketua2 Agama





Hotel New Pasific- Pada 28 Januari 2010 makan tengahari MB Kelantan bersama Ketua-ketua Agama berjaya diadakan di Kota Bharu. Perjumpaan tersebut menghilangkan lagi sandiwara pergolakan agama-agama di Malaysia lantaran pengguna kalimah Allah dalam bible terjemahan Bahasa Melayu. Maka di sana pelbagai pendapat yang keluar lantaran isu tersebut dibenarkan oleh Mahkamah persekutuan.


Jemputan dari pelbagai ketua-ketua agama termasuk kristian, hindu, budha dan sikh.Aku ingin melaporan sedikit dari sidang akhbar yang dihadiri oleh Tok Guru MB apabila ditanya mengenai dakwah PAS kepada PKR dan DAP, Tok Guru menjawab Rasulullah dakwah 25 tahun, Nik Aziz baru berapa tahun bersama DAP dan PKR, jawapan yang best. Manakala apabila wartawab bertanyakan ketua agama Kristian, mereka menjawab kedatangan mereka ke Kelantan adalah untuk bertemu Tuan Guru kerana mendengar dari akhbar dan media, maka mereka buat keputusan untuk bersua Tuan Guru, melihat dan berdepan secara direct dengannya. Aku merasa banggsa kerana Menteri Besarku ini digemari oleh semua orang hatta luar dari Islam, melihat sendiri kewibawaan Tok Guru dan pemerintahannya di Kelantan.

Dengan pelbagai masalah yang timbul sekarang ini aku tetap bersama Tok Guru, walau terkadang pandangannya berlainan menimbulkan pelbagai spekulasi, namun husnu zhon aku bersama Tok Guru.

Tuesday, January 26, 2010

Apa perasaan ini?

Tahap persahabatan aku ini bersama sahabat boleh dikatakan power juga, kerana jika aku terasa rapat dengan dengan seseorang aku akan back dia bermati-matian, tetapi perasaan itu akan terkubur kiranya tikam belakang berlaku. Aku pernah mengalami situasi berkenaan, dan aku akan tinggalkan dia tanpa menoleh kebelakang, dan pastinya aku halalkan segalanya.


Sekarang aku bertugas di pejabat dan merasai perasaan sahabt-sahabat yang berada di sini, sekurangnya aku dapat meredakan sedikit rasa celaru mereka bila mereka tertekan. Aku mesti bersedia untuk menerima panggilan kiranya mereka memerlukan telinga aku untuk mereka meluahkan kemarahan mereka, sekurangnya itu sedikit pertolongan yang dapat ku berikan.


Angin taufan seolah-olah melanda kawasanku kini, dan rasa itu turut dikongsi bersama. Kenapa apabila semakin tinggi kedudukan kita tidak cuba untuk kita tunduk sedikit ke bawah untuk melihat bagaimana rumput yang menjalar di bawah kaki kita?takkan rugi untuk meninjau suasana selain tempat kita. Situasi tenang yang cuma kita kuasai? minta dipuji sentiasa walau kita juga melakukan kesalahan? fikir-fikirkan juga bagaimana perasaan orang yang dibawah.


Sebenarnya dan yang sebenarnya tidak berapa sabar untuk aku melangkah kelaur, tetapi demi sedikit kesabaran terpaksa juga aku tinggal sebelum aku keluar. Aku rasa kesabaran tersebut bertambah apabila mendengar rintihan dan luahan hati sahabat yang bersama mengalami perasaan yang sama. Aku rasa cukup sampai di sini untuk aku berbakti di sini, ilmuku tidak diduga dan berkarat di kepada dan didada apabila tidak digunapakai. Sepatutnya ilmu yang dipelajari lebih 20 tahun ini perlu dipraktikkan. Allah memberiku peluang untuk bersama sahabat-sahabat di sini merasai pahit manis bekerja untuk perjuangan Islam bersandar PAS makanya keluarnya aku pasti semarakkan perjuangan ini untukku kongsikan segala ilmu dan pengalaman kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan, insyaAllah.


Apakah perasaan ini? Ini adalah satu luahan pada kertas putih mewakili sahabat-sahabat sedikit teraniaya bawah payung kesejateraan.Mungkin ujian demi memantapkan iman yang apstinya dipilih Allah Taala.

Sunday, January 17, 2010

Mulakan dengan Bismillah

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.

Friday, January 15, 2010

Permulaan program lajnah

Program Ceramah Isu Semasa bermula di Kawasan Kota Bharu di DUN Kota Lama pada khamis 14 Januari oleh YB Saifuddin Nasution Ismail, Ahli PArlimen Machang bercerita tentang isu-isu yang bergelegar seputar Malaysia. Betapi kemelut tersebut menjadi semakin dahsyat. Ia menajdi semakin membarah dalam masyarakat Malaysia. Dengan kehadiran 100 lebih sedikit sebanyak memberi semangat kepada kami (Lajnah Penerangan Negeri) agar lebih istiqamah dan bersemangat dalam menyebarkan dakwah Islam dan target mengekalkan pemerintahan Ulamak di Kelantan.


Pada ahad ini 17 Januari kami akan berbincang dengan lebih baik demi kelancaran strategik ajnah kami demi pembawaan yang lebih baik. Perancangan program serta muhasabah tidak boleh ditinggalkan. Kerja yang terbaik akan terhasil dengan kedua-dua perkara tersebut.Kawasan perlu menggerakkan ajk cawangan dan DUN masing-masing demi kelancaran siri-siri dakwah, tidak ada berhenti sekejap kerana musuh tidak pernah tidur untuk menjatuhkan Islam. Perancangan beratus tahun akhirnya khilafah Islamiah tersungkur jua pada tahun 1924.


Dengan tenaga yang ada kami perlu mengerah sebaik dan sehabisnya untuk perjuangan ini, bekalan ilmu, semangat jua iman tidak akan mematahkan perjuangan ini.
Perancangan Lajnah kali ini akan bersifat strategik dalam kelancaran program yang bakal dilaksanakan. Permulaa dengan negeri turun ke setiap kawasan memantau penerangan masing. Kami telah turn setiap kawan pada PRU 12 baru ini. Maka kali ini kami perlu turun lagi demi kelancaran penerangan kepada rakyat.

Friday, January 8, 2010

Kursus Kewartawanan

Hari ini 8 Januari 2010 bertempat di Pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan, Lajnah ICT Mulimat Negeri telah mengadakan Kursus Kewartawanan dan Fotografi bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kepelbagaian penerbitan sepaptutnya digunapakai oleh kita demi menyampaikan apa yang baik demi kebaikan. Medan dakwah demi melihat Islam tetap tersebar dalam arus serba canggih kini.


Walaupun aku telah beberapa kali menyertai kursus penerbitan namun penulisanku masih ditahap biasa-biasa sahaja. Lantaran kemalasan untuk menulis, mengedit dan sebagainya. Mujurlah ada blog ini yang sedikit sebanyak bidang ini tergilap sedikit. Kursus membuat berita menjadi satu masalah juga kerana jarang-jarang sekali kita membuta berita kiranya tidak terlibat secara langsung dengan penulisan atau berada di akhbar.


Pada sebelah petangnya kami diajar bagaimana untuk mengambil gambar yang baik. Cara mengambil gambar yang terbaik, bukaan iris camera dan sebagainya. Aku terpaksa ponteng kelas kerana ada usrah Muslimat DUN pada hari itu. Perancangan DUN kali ini seolah-olah kami akan menghadapi pilihanraya umum. Ceramah berkelompok akan bermula pada tahun ini juga. Maka aku kena bersedia untuk menyediakan bahan-bahan untuk tatapan para pendengar. Isu-isu semasa perlu aku slide kan untuk kefahaman yang lebih. Pada PRU 12 aku turun bersama penceramah, dan aku selaku pengerusi majlis merangkap penyelia p.a sistem ingin merasai pengalaman pertama bekerja dalam menaikkan Islam dalam pilihanraya. Dan pengalaman tersebut memang manis untuk peribadiku menajdi seorang muslimat yang bergiat dalam parti Islam.

Tuesday, January 5, 2010

Mesyuarat Lajnah Penerangan&Dakwah DMPNK 2010





Program tahunan telah berjaya disusun dan bakal dilaksanakan oleh kami selaku AJK Lajnah Penerangan & Dakwah Negeri Kelantan. Mesyuarat yang dihadiri hampir kesemua AJK bersemangat baru bagi memastikan gerakkerja Muslimat Negeri berjalan dengan lancar. Antara program yang dirancang antaranya adalah:
^Ceramah Hijraturrasul
^Bengkel strategik
^Brainstorming
^Semarak Ramadhan
dan lain-lain, proses kemantapan penerangan Negeri kepada ahli dan rakyat.

Sunday, January 3, 2010

Perasmian pejabat Urusetia Wanita, Keluarga & Kesihatan




YAB Tuan Guru Dato' Menteri BEsar sudi mencemarkan duli untuk merasmikan pejabat baru Urusetia Wanita, dihadiri dengan wakil muslimat setiap DUN dan kawasan. Bait-bait kalam dari YB Wan Ubaidah (K'ubai) tentang realiti kerajaan PAS terhadap wanit, seperti segala iklan perlu menutup aurat, cuti bagi bersalin selama 60 hari dan pelbagai perkara yang baru turut ditiru oleh kerajaan pusat.
Unit Kaunseling juga disediakan oleh urusetia ini guna khidmat kepada pelanggan. Dalam kemelutan isu-isu ruamahtangga sentiasa berlaku, dan Kelantan mencatat statistik tertinggi pernikahan dan perceraian di Malaysia.

Amanat Tok Guru tadi menyatakan nasihat terakhir Rasulullah semasa hujjatulwada' di Lembah Uranah, Gunung Arafah berpesan agar berbuat baik kepada perempuan. Wanita insan paling lemah dan keras jika tidak dibimbing sebaiknya. Peranan suami membentuk isterinya bukan setakat nafkah batin dan zahir malah kebahagian yang selayaknya yang perlu diberi kepada si isteri. Bukan haknya seorang suami memakan harta yang diperolehi isteri.

Mendidik yang terdidik




Kebersihan diri tanda kebersihan hati. Keduanya ada kesinambungan demi kebersihan aqidah. Islam mengajar bersih itu sebahagian daripada iman, kesucian itu juga dari tanda keimanan. Para remaja memerlukan efahaman yang jelas, maka kitalah yang perlu memhamkan mereka dengan sejelasnya peri penting kehidupan ini. Mana yang baik dan sebaliknya. Dengan cubaan dunia yang semakin menakutkan ini persediaan dalaman perlu dijana denagn sebaiknya demi pertahanan dalaman dan luaran.


Dengan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan ini jangan ada rasa kedekut untuk memberinya kepada ummah. Menjadi petunjuk kepada yang mendengar berapa banyak pahala yang diperolehi? jika bersama keihlasan yang tak terbayar, amat mahal pahala tersebut. Guna membeli syurga kelak.


Tidak ingin kita melihat remaja dan masyarakat ini hancur di depan mata dan kita merasa lega tanpa gundah gelana dalam memikirkan, kemana hala tuju masyarakat ini. Mendidik sudah menajdi tugas kita. Aku masih menunggu bila ketikanya aku beralih arah dari kerja ku ini? Aku tahu aku berada di posisi penyelamat kerajaan, tetapi akan lemau juga aku dengan tidak dikeluarkan ilmu yang kupelajari selama ini. RAsa kerugian lantaran tugas seharianku hanya mengadap komputer, membuat kertas kerja dan surat jemputan juga menghadiri program. Amat sedikit yang terbit dari diriku. Aku mengharapkan jalan sinar disana ada buat diriku untukku realisasikan ilmu yang Allah anugerahkan ini.


Amat amat yakin dengan janji-janji Rasulullah dengan tiga perkara yang insan dari kegelapan kubur, doa anak yang soleh, ilmu yang memberi manfaat dan sedekah jarian. Aku tidak berharta tetapi ku punyai sedikit ilmu untuk dikongsi bersama, semoga niatku ini dapat direalisaikan sedikit masa lagi. Doakan aku

Saturday, January 2, 2010

Hati: Pergolakan diantara iman dan nafsu

Allah menjadikan hati tempat segala perasaan terkumpul, di situ terkumpul pelbagai perasaan yang dapat ditafsirkan oleh semua yang bernama manusia. Mengalami sendiri kejadian yang menimpa dirinya dan hatinya secara automatik berfungsi menerbitkan rasa dan emosi yang pelbagai.

Di situ juga permulaan bagi sebuah kisah kehidupan, petanda hidup ayng paling utama. Rasulullah berkata yang bermaksud: 'Pada jasad manusia ada seketul darah, apabila baik jasad maka baiklah darah itu, sekiranya buruk darah itu maka buruklah seluruh jasad itu, itulah yang dinamakan hati'.

Menurut tulisan Dr. Majdi al-Hilali, askar kepada hati adalah akal, di sini tempat ilmu dan pemikiran berjalan, hasil yang berlaku pada jasad terhasil di sini. Manakalh nafsu terkumpul nafsu syahwat yang baik dan tidak baik pada manusia.

Maka untuk mendapatkan hati yang suci pengerbanan perlu dilakukan seperti mendidikan hati taat sebenarnya kepada Allah. Dimasukkan keimanan pada hati dengan keimanan yang sebenar, mempelajari ilmu-ilmu yang memberi menfaat kepada diri dan jiwa.
Proses mendidik hati adalah dengan sentiasa mengingati Allah, antara cara yang terbaik adalah (setiap hari):
^ingati mati
^baca al-quran (setiap hari
^berzikir
^membanyakkan amalan sunat
^bersedekah

Iman akan sentiasa berlaku bertambah dan berkurangnya, maka pertambahan iman perlu sentiasa berlaku bukan sebaliknya, maka berkawanlah dengan sahabat yang boleh memberikan nasihat demi perubahan bukan sahabat yang selalu membenarkan walaupun salah.