Sunday, January 31, 2010

Lajnah penerangan Mslmt DMPNK jelajah kawasan





Ceramah Isu Semasa oleh YB Saifudin di Maahad Amir Indera Petra Beris Kubu Besar. 29 Januari 2010 hari Jumaat

Saturday, January 30, 2010

Mahabbah Tok Guru bersama Ketua2 Agama





Hotel New Pasific- Pada 28 Januari 2010 makan tengahari MB Kelantan bersama Ketua-ketua Agama berjaya diadakan di Kota Bharu. Perjumpaan tersebut menghilangkan lagi sandiwara pergolakan agama-agama di Malaysia lantaran pengguna kalimah Allah dalam bible terjemahan Bahasa Melayu. Maka di sana pelbagai pendapat yang keluar lantaran isu tersebut dibenarkan oleh Mahkamah persekutuan.


Jemputan dari pelbagai ketua-ketua agama termasuk kristian, hindu, budha dan sikh.Aku ingin melaporan sedikit dari sidang akhbar yang dihadiri oleh Tok Guru MB apabila ditanya mengenai dakwah PAS kepada PKR dan DAP, Tok Guru menjawab Rasulullah dakwah 25 tahun, Nik Aziz baru berapa tahun bersama DAP dan PKR, jawapan yang best. Manakala apabila wartawab bertanyakan ketua agama Kristian, mereka menjawab kedatangan mereka ke Kelantan adalah untuk bertemu Tuan Guru kerana mendengar dari akhbar dan media, maka mereka buat keputusan untuk bersua Tuan Guru, melihat dan berdepan secara direct dengannya. Aku merasa banggsa kerana Menteri Besarku ini digemari oleh semua orang hatta luar dari Islam, melihat sendiri kewibawaan Tok Guru dan pemerintahannya di Kelantan.

Dengan pelbagai masalah yang timbul sekarang ini aku tetap bersama Tok Guru, walau terkadang pandangannya berlainan menimbulkan pelbagai spekulasi, namun husnu zhon aku bersama Tok Guru.

Tuesday, January 26, 2010

Apa perasaan ini?

Tahap persahabatan aku ini bersama sahabat boleh dikatakan power juga, kerana jika aku terasa rapat dengan dengan seseorang aku akan back dia bermati-matian, tetapi perasaan itu akan terkubur kiranya tikam belakang berlaku. Aku pernah mengalami situasi berkenaan, dan aku akan tinggalkan dia tanpa menoleh kebelakang, dan pastinya aku halalkan segalanya.


Sekarang aku bertugas di pejabat dan merasai perasaan sahabt-sahabat yang berada di sini, sekurangnya aku dapat meredakan sedikit rasa celaru mereka bila mereka tertekan. Aku mesti bersedia untuk menerima panggilan kiranya mereka memerlukan telinga aku untuk mereka meluahkan kemarahan mereka, sekurangnya itu sedikit pertolongan yang dapat ku berikan.


Angin taufan seolah-olah melanda kawasanku kini, dan rasa itu turut dikongsi bersama. Kenapa apabila semakin tinggi kedudukan kita tidak cuba untuk kita tunduk sedikit ke bawah untuk melihat bagaimana rumput yang menjalar di bawah kaki kita?takkan rugi untuk meninjau suasana selain tempat kita. Situasi tenang yang cuma kita kuasai? minta dipuji sentiasa walau kita juga melakukan kesalahan? fikir-fikirkan juga bagaimana perasaan orang yang dibawah.


Sebenarnya dan yang sebenarnya tidak berapa sabar untuk aku melangkah kelaur, tetapi demi sedikit kesabaran terpaksa juga aku tinggal sebelum aku keluar. Aku rasa kesabaran tersebut bertambah apabila mendengar rintihan dan luahan hati sahabat yang bersama mengalami perasaan yang sama. Aku rasa cukup sampai di sini untuk aku berbakti di sini, ilmuku tidak diduga dan berkarat di kepada dan didada apabila tidak digunapakai. Sepatutnya ilmu yang dipelajari lebih 20 tahun ini perlu dipraktikkan. Allah memberiku peluang untuk bersama sahabat-sahabat di sini merasai pahit manis bekerja untuk perjuangan Islam bersandar PAS makanya keluarnya aku pasti semarakkan perjuangan ini untukku kongsikan segala ilmu dan pengalaman kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan, insyaAllah.


Apakah perasaan ini? Ini adalah satu luahan pada kertas putih mewakili sahabat-sahabat sedikit teraniaya bawah payung kesejateraan.Mungkin ujian demi memantapkan iman yang apstinya dipilih Allah Taala.

Sunday, January 17, 2010

Mulakan dengan Bismillah

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.

Friday, January 15, 2010

Permulaan program lajnah

Program Ceramah Isu Semasa bermula di Kawasan Kota Bharu di DUN Kota Lama pada khamis 14 Januari oleh YB Saifuddin Nasution Ismail, Ahli PArlimen Machang bercerita tentang isu-isu yang bergelegar seputar Malaysia. Betapi kemelut tersebut menjadi semakin dahsyat. Ia menajdi semakin membarah dalam masyarakat Malaysia. Dengan kehadiran 100 lebih sedikit sebanyak memberi semangat kepada kami (Lajnah Penerangan Negeri) agar lebih istiqamah dan bersemangat dalam menyebarkan dakwah Islam dan target mengekalkan pemerintahan Ulamak di Kelantan.


Pada ahad ini 17 Januari kami akan berbincang dengan lebih baik demi kelancaran strategik ajnah kami demi pembawaan yang lebih baik. Perancangan program serta muhasabah tidak boleh ditinggalkan. Kerja yang terbaik akan terhasil dengan kedua-dua perkara tersebut.Kawasan perlu menggerakkan ajk cawangan dan DUN masing-masing demi kelancaran siri-siri dakwah, tidak ada berhenti sekejap kerana musuh tidak pernah tidur untuk menjatuhkan Islam. Perancangan beratus tahun akhirnya khilafah Islamiah tersungkur jua pada tahun 1924.


Dengan tenaga yang ada kami perlu mengerah sebaik dan sehabisnya untuk perjuangan ini, bekalan ilmu, semangat jua iman tidak akan mematahkan perjuangan ini.
Perancangan Lajnah kali ini akan bersifat strategik dalam kelancaran program yang bakal dilaksanakan. Permulaa dengan negeri turun ke setiap kawasan memantau penerangan masing. Kami telah turn setiap kawan pada PRU 12 baru ini. Maka kali ini kami perlu turun lagi demi kelancaran penerangan kepada rakyat.

Friday, January 8, 2010

Kursus Kewartawanan

Hari ini 8 Januari 2010 bertempat di Pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan, Lajnah ICT Mulimat Negeri telah mengadakan Kursus Kewartawanan dan Fotografi bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kepelbagaian penerbitan sepaptutnya digunapakai oleh kita demi menyampaikan apa yang baik demi kebaikan. Medan dakwah demi melihat Islam tetap tersebar dalam arus serba canggih kini.


Walaupun aku telah beberapa kali menyertai kursus penerbitan namun penulisanku masih ditahap biasa-biasa sahaja. Lantaran kemalasan untuk menulis, mengedit dan sebagainya. Mujurlah ada blog ini yang sedikit sebanyak bidang ini tergilap sedikit. Kursus membuat berita menjadi satu masalah juga kerana jarang-jarang sekali kita membuta berita kiranya tidak terlibat secara langsung dengan penulisan atau berada di akhbar.


Pada sebelah petangnya kami diajar bagaimana untuk mengambil gambar yang baik. Cara mengambil gambar yang terbaik, bukaan iris camera dan sebagainya. Aku terpaksa ponteng kelas kerana ada usrah Muslimat DUN pada hari itu. Perancangan DUN kali ini seolah-olah kami akan menghadapi pilihanraya umum. Ceramah berkelompok akan bermula pada tahun ini juga. Maka aku kena bersedia untuk menyediakan bahan-bahan untuk tatapan para pendengar. Isu-isu semasa perlu aku slide kan untuk kefahaman yang lebih. Pada PRU 12 aku turun bersama penceramah, dan aku selaku pengerusi majlis merangkap penyelia p.a sistem ingin merasai pengalaman pertama bekerja dalam menaikkan Islam dalam pilihanraya. Dan pengalaman tersebut memang manis untuk peribadiku menajdi seorang muslimat yang bergiat dalam parti Islam.

Tuesday, January 5, 2010

Mesyuarat Lajnah Penerangan&Dakwah DMPNK 2010





Program tahunan telah berjaya disusun dan bakal dilaksanakan oleh kami selaku AJK Lajnah Penerangan & Dakwah Negeri Kelantan. Mesyuarat yang dihadiri hampir kesemua AJK bersemangat baru bagi memastikan gerakkerja Muslimat Negeri berjalan dengan lancar. Antara program yang dirancang antaranya adalah:
^Ceramah Hijraturrasul
^Bengkel strategik
^Brainstorming
^Semarak Ramadhan
dan lain-lain, proses kemantapan penerangan Negeri kepada ahli dan rakyat.

Sunday, January 3, 2010

Perasmian pejabat Urusetia Wanita, Keluarga & Kesihatan




YAB Tuan Guru Dato' Menteri BEsar sudi mencemarkan duli untuk merasmikan pejabat baru Urusetia Wanita, dihadiri dengan wakil muslimat setiap DUN dan kawasan. Bait-bait kalam dari YB Wan Ubaidah (K'ubai) tentang realiti kerajaan PAS terhadap wanit, seperti segala iklan perlu menutup aurat, cuti bagi bersalin selama 60 hari dan pelbagai perkara yang baru turut ditiru oleh kerajaan pusat.
Unit Kaunseling juga disediakan oleh urusetia ini guna khidmat kepada pelanggan. Dalam kemelutan isu-isu ruamahtangga sentiasa berlaku, dan Kelantan mencatat statistik tertinggi pernikahan dan perceraian di Malaysia.

Amanat Tok Guru tadi menyatakan nasihat terakhir Rasulullah semasa hujjatulwada' di Lembah Uranah, Gunung Arafah berpesan agar berbuat baik kepada perempuan. Wanita insan paling lemah dan keras jika tidak dibimbing sebaiknya. Peranan suami membentuk isterinya bukan setakat nafkah batin dan zahir malah kebahagian yang selayaknya yang perlu diberi kepada si isteri. Bukan haknya seorang suami memakan harta yang diperolehi isteri.

Mendidik yang terdidik




Kebersihan diri tanda kebersihan hati. Keduanya ada kesinambungan demi kebersihan aqidah. Islam mengajar bersih itu sebahagian daripada iman, kesucian itu juga dari tanda keimanan. Para remaja memerlukan efahaman yang jelas, maka kitalah yang perlu memhamkan mereka dengan sejelasnya peri penting kehidupan ini. Mana yang baik dan sebaliknya. Dengan cubaan dunia yang semakin menakutkan ini persediaan dalaman perlu dijana denagn sebaiknya demi pertahanan dalaman dan luaran.


Dengan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan ini jangan ada rasa kedekut untuk memberinya kepada ummah. Menjadi petunjuk kepada yang mendengar berapa banyak pahala yang diperolehi? jika bersama keihlasan yang tak terbayar, amat mahal pahala tersebut. Guna membeli syurga kelak.


Tidak ingin kita melihat remaja dan masyarakat ini hancur di depan mata dan kita merasa lega tanpa gundah gelana dalam memikirkan, kemana hala tuju masyarakat ini. Mendidik sudah menajdi tugas kita. Aku masih menunggu bila ketikanya aku beralih arah dari kerja ku ini? Aku tahu aku berada di posisi penyelamat kerajaan, tetapi akan lemau juga aku dengan tidak dikeluarkan ilmu yang kupelajari selama ini. RAsa kerugian lantaran tugas seharianku hanya mengadap komputer, membuat kertas kerja dan surat jemputan juga menghadiri program. Amat sedikit yang terbit dari diriku. Aku mengharapkan jalan sinar disana ada buat diriku untukku realisasikan ilmu yang Allah anugerahkan ini.


Amat amat yakin dengan janji-janji Rasulullah dengan tiga perkara yang insan dari kegelapan kubur, doa anak yang soleh, ilmu yang memberi manfaat dan sedekah jarian. Aku tidak berharta tetapi ku punyai sedikit ilmu untuk dikongsi bersama, semoga niatku ini dapat direalisaikan sedikit masa lagi. Doakan aku

Saturday, January 2, 2010

Hati: Pergolakan diantara iman dan nafsu

Allah menjadikan hati tempat segala perasaan terkumpul, di situ terkumpul pelbagai perasaan yang dapat ditafsirkan oleh semua yang bernama manusia. Mengalami sendiri kejadian yang menimpa dirinya dan hatinya secara automatik berfungsi menerbitkan rasa dan emosi yang pelbagai.

Di situ juga permulaan bagi sebuah kisah kehidupan, petanda hidup ayng paling utama. Rasulullah berkata yang bermaksud: 'Pada jasad manusia ada seketul darah, apabila baik jasad maka baiklah darah itu, sekiranya buruk darah itu maka buruklah seluruh jasad itu, itulah yang dinamakan hati'.

Menurut tulisan Dr. Majdi al-Hilali, askar kepada hati adalah akal, di sini tempat ilmu dan pemikiran berjalan, hasil yang berlaku pada jasad terhasil di sini. Manakalh nafsu terkumpul nafsu syahwat yang baik dan tidak baik pada manusia.

Maka untuk mendapatkan hati yang suci pengerbanan perlu dilakukan seperti mendidikan hati taat sebenarnya kepada Allah. Dimasukkan keimanan pada hati dengan keimanan yang sebenar, mempelajari ilmu-ilmu yang memberi menfaat kepada diri dan jiwa.
Proses mendidik hati adalah dengan sentiasa mengingati Allah, antara cara yang terbaik adalah (setiap hari):
^ingati mati
^baca al-quran (setiap hari
^berzikir
^membanyakkan amalan sunat
^bersedekah

Iman akan sentiasa berlaku bertambah dan berkurangnya, maka pertambahan iman perlu sentiasa berlaku bukan sebaliknya, maka berkawanlah dengan sahabat yang boleh memberikan nasihat demi perubahan bukan sahabat yang selalu membenarkan walaupun salah.