Sunday, May 9, 2010

time to update

Masa untuk mengupdate sedikit terbatas lantaran tugas semakin bertambah. Kalau tidak bertambah pun idea-idea untuk menulis hampir ketiadaan. Tiada bila tidak diperah. Maka demi idea-idea yang masih diberi Allah ini kupergunakan guna menyelikkan minda-minda terutama mindaku.


Muktamar Muslimat Kelantan berlalu sudah, slide arwah Mak Som memang menyebabkan sebak di hati. Dewan PUTIK tetiba senyap buat seketika. Kenapa pula kesedihan melanda ? tidak kuketahui, cuba menahan sebak di hati, tetapi air mata tetap mengalir. Arwah memang seorang aku thiqahi dan sayangi lantaran ketegasannya. Siapakah muslimat yang dapat menggantikannya? Keikhlasannya dalam membawa Islam melalui wadah PAS. Semoga rohnya di samping para mujahid pejuang Agama Allah.


Sudah dua bulan aku menjadi pembimbing kepada anak-anak yang memerlukan didikan agama. Dalam situasi ini pelbagai masam manis yang kuperolehi. Betapa susahnya mendidik anak-anak menjadi menusia yang berguna. Serasaku sebagai guru memerlukan ilmu idhofi (sampingan) contohnya zikir-zikir pelembut dan ayat yang boleh melembutkan hati anak-anak ini. Sebagai remaja yang suka untuk mencuba, mencuba perkara yang baru seperti rokok, ponteng dan seumpamanya yang jika menyebutnya sudah cukup merimaskan dan mendebarkan.


Dalam kuliahku kepada muslimat agar jangan terlalu percaya kepada anak-anak, hanset perlu di siasat sama ada ada perkara terlarang atau sebagainya. Dalam arus kemodenan yang banyak faedah dan keburukannya perlu diteliti sebaiknya oleh ibu bapa zaman milinium ini. Ujian yang semakin getir kepada ibu bapa dan guru-guru.


Sahabt-sahabat doakan aku moga aku jadi pemimbing yang tidak gugur dan lemah dalam memberikan sesuatu yang baru kepada generasi pengganti kita kelak ini.