Friday, February 8, 2013

Tafsir Surah almulk

Tanda qudrat atau kehebatan Allah pada kejadian allah di alam ini. Melalui surah almulk ayat 1-5 menerangkan tentang maha suci Allah Tallah yang menjadikan semua perkara di alam ini. Dan Allah penjadi semua perkara. Allah menjadi kematian jugaan kehidupan.Kenapa Allah mulai dengan kematian sedangkan manusia dimulai dengan dilahirkan oleh ibunya. Tafsir di sini adalah asal manusia bermula dengan tiada kerana manusia wujud dengan bertarikh, dan akan mati apabila ajalnya tiba. Allah telah tetapkan ajal manusia itu ketika ditiupkan malaikat ruh pada janin yang berumur  4 bulan lagi. Hamba yang bakal terlepas dari ujian di dunia ini berdasar keikhlasan yang sebenar kepada Allah

Tujuan Allah menjadikan bintang dengan tiga tujuan iaitu:
1-Melontar syaitan dengan bintang
2-Sebagai penanda arah kepada musafir
3-Mencantikkan langit dunia dengan bintang-bintang



Monday, February 4, 2013

Tasawwur Islam Tingkatan 5

Konsep Ketuhanan terdiri dari tiga bahagian:
1-Rububiyyah
2-Uluhiyyah
3-Asma' dan sifat

Rububiyyah
Allah yang menjadikan alam ini, semua manusia beriman dengan tauhid ini kerana Allah yang menjadikan alam ini

Uluhiyyah
Beriktikad bahawa Allah sahaja yang layak disembah, di patuhi dan ditaati. Paksi utama uluhiyyah adalah syahadah.

Asma' dan sifat
Mengakui bahawa Allah mempunyai sifat sempurna dan nama yang indah

Saturday, January 26, 2013

RPH Tauhid Tingkatan 4

Perbahasan Ilmu Tauhid merupakan pengajian tauhid yang memperbahaskan tentang ketuhanan. Yang meliputi wajid, harus dan mustahil.
Wajib bagi Allah adalah sifat-sifat sempurna milik Allah, telah dikumpulkan oleh ulamak dan meletakkan 20 sifat utama iaitu:
  1. Wujud erti ada
  2. Qidam erti sediakala
  3. Baqa' erti kekal
  4. Mukhalafatuhu lilhawaadia erti bersalahan dengan makhluk/tidak serupa dengan makhluk
  5. Qiamuhu binnafsih erti tidak emmerlukan yang lain
  6. wahdaniah erti esa
  7. Qudrat erti berkuasa
  8. Iradat erti berkehendak
  9. Ilmu erti berilmu pengetahuan
  10. Hayat erti hidup
  11. Sama'  erti mendengar
  12. Basar erti melihat
  13. Kalam erti berkata-kata

Mustahil sama sekali Allah bersifat kurang, kerana Allah tuhan yang Maha Berkuasa atas sesuatu dan juga diriNya

Harus Allah menjadikan makhluk, makhluk harus wujud kerana makhluk bakal rosak dan mati

Belajar buat blog