Monday, April 20, 2015


kembali mencoret

Alhamdulillah DPLI sudah diperoleh dengan ilmu yang diperolehi dengan mengajar dengan lebih memberi dari memberi yang sebelumnya. Alhamdulillah bila ilmu mengajar sudah diperolehi maka keilmuan ini perlu disampaikan tanpa had hingga Allah mengambil nyawa.

Seorang lecturer ku pernah berkata nak kaya bukan dalam bidang perguruan tetapi dengan perniagaan. Tetapi jutawan akhirat kelak. Aku bersetuju dengan pandagan tersebut guru bakal jadi jutawan akhirat kelak jika ilmu yang diberikan bertepatan dengan syariat Allah dan sentiasa ikhlas dalam menyampaikan. Jangan sampai ada tidak masuk kelas dengan alasan yang tidak sepatutnya. Jika termakan yang tidak halal maka gantikan dengan apa2 jua. Belanja makan anak murid, bagi tambahan percuma dan sebagainya yang guru2 rasa sesuai.

Blog sudah tersedia sepatutnya bagi diriku sentiasa menulis dan menulis agar skill menulisku terus ditajamkan. Permulaan selepas setahun atau 2 tahun tertawakkuh. Zaman belajar sempat untuk melarikan jari di laptop, tapi masa bekerja jari hanya sempat membalas wassap dan membaca fb juga mencari bahan untuk ceramah dan sebagainya. Semoga semangat ini berterusan untuk terus menulis dan menulis. Muha ada tambahan pahala dari Allah. Wassalam