Thursday, January 29, 2009

Senarai Syarikat yang Menyokong Israel dan USA

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold
Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks,
Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M,
Players and Saratoga, C e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar,
Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam
membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan
purata 10% atau USD
80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut, KFC
Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry,
Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola
telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30
tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap
Israel .

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea,
Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight,
Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse &
Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth,
Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel , Osem
Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta
dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi
pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri
Netanyahu.

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland , Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida
menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel . Kos US 8 juta untuk
pameran ini dibiayai US
1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini
adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem
sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein,
Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old
Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah
kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob
biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani,
Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima
Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah
tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi
Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan
telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson,
menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlon adalah seorang
Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon
Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan
sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat :
AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine
Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di
Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana
Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang
disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel
Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena
Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La
roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga
Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur
dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas
hati dengan L' Oreal dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama
di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone,
La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC
Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi
Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung
Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan
tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National
Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery
World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly
Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel
Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest,
Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close
up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles,
Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500,
Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas,
Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers,
MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe,
Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen - Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.



**Boycott Israel**Support Palestine**

bersama kita memboikot barangan keluaran Yahudi, Amerika dan sekutunya. Jihad terakhir dari kita

Monday, January 26, 2009

Dari Lekir kepada lenn

Tengok berita minggu lepas rasanya, polis tumpaskan geng lekir, huu terpaksa tukar nama, tercemar aku punya jenama..soo tak pe kan kalu tukar..Maaf bebanyak

Cuti yang berbaloi

Cuti selama 2 hari hanya digunakan olehku bercuti di rumah sahaja. Penat dan demam PRK K.T inginku sembuhkan dengan izin Allah kali ini. Selepas ini banyak lagi program yang kuperlu tumpukan sepenuhnya. Dan aku akan memulakan pengajian setiap sabtu bermula sabtu ini. Maka badan yang sihat diperlukan untuk kerja-kerja yang bakal menggunakan tulang 4 keratku untuk program parti semestinya.

Beberapa lepas ku dapat sms dari seorang adik yang baru pulang dari pengajian di Mesir bertanyakan ada kerja kosong atau tidak, aku jawab kalau kerja dalam parti memang banyak. Aku rasa pelik apa yang melanda graduan dari al-Azhar ini. Semasa menuntut dulu semangat memang berkobar-kobar untuk balik membantu kerja parti tapi apabila pulang cita-cita tersebut terbang semasa naik kapal juga agaknya (dalam agakkanku) mungkin jatuh dalam laut mediteranian. Pernah aku tawarkan jawatan sebagai pembantu halaqat kepada seorang juniorku, apa katanya? Mana sempat kak, duit nak bayar pengasuh, nak beli susu pampers mana dan, so kena cari kerja yang gajinya sedikit lumayan berbanding pembantu halaqat. Terasa sebenarnya aku, beginikah orang yang ditarbiah di bumi Mesir balik dan memberi peringatan kepada masyarakat. Aku tidak nafikan tuntutan hidup yang melanda yang memerlukan wang dalam semua perkara. tetapi cuba letakkan dalam akidah semua rezeki dari Allah, dan pastikan dengan hidup kita di dunia ini kita tidak akan mati kebuluran.

Mungkin kau boleh berfikir mudah, kerana aku tidak berkeluarga, tidak perlu menanggung keluarga? Aku perlu juga menanggung keluarga, rasanya gaji yang aku ada tinggal beberapa sahaja untuk simpanan dan minyak kereta dan makan. Untuk make-up atau facial tidak sama sekali (Alhamdulillah aku tidak pandai bab-bab gitu). Kalu fikirkan dengan kerja yang ada sekarang tidak sepadan dengan sijil yang ada tapi dengan niat untuk kerja parti aku sematkan dalam hati Allah akan memberiku barakah dalam kerja buatku ini. Mengapa sahabat-sahabatku dan adik-adikku tidak boleh berfikir lebih dariku dalam bab ini. Kerja parti demi Islam Insyaallah ada keberkatannya dari Allah.

Penolong Pengarah di tempat kerjaku pencen awal dari guru untuk kerja fully time dengan parti. Tiada masalah, rezki tetap ada, Allah telah tentukan cuma jangan kita malas sudah. Begitulah sahabat dalam hidup berjuang ini asala jangan di tanya kelak adakah kamu memberi kepada gerakan islam atau kamu diam sahaja. Moga kita dapat menajwabnya dengan mudah.

Sunday, January 25, 2009

Selamat bertugas kepada kepada sahabat

Tahniah!Mabruk! kepada sahabat-sahabat yang diberi rezeki oleh Allah Taala kerana berjaya memberikan khidmat tenaga kepada rakyat Palestin di Ghaza. Aku hanya berdoa dari jauh dengan rasa bila aku akan memberi sumbangan kepada mereka? segi tenaga atau kata-kata rangsangan.

Kutipan Cakna Palestin Jumaat lepas telah berjaya mendapat wang sebanyak RM1.4 juta. Wang tersebut akan disalurkan kepada rakyat Palestin terutama di Ghaza. Kutipan besar-besaran itu menandakan keprihatinan rakyat Kelantan. Tapi yang aku musykilkan adalah memboikot barangan Amerika dan Yahudi seperti McDonald, KFC, Pizza Hut, Tesco dan sebagainya tidak berjaya dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Adakah Malaysia rakyat yang kurang prihatin atau bagaimana tidak dapat dihuraikan. Kita perlu merujuk barangan yang perlu diboikot. Itu sahaja peranan yang paling utama untuk kita lakukan. Sekarang musim cuti sekolah, tapi kulihat ramai lagi yang berkunjung ke tempat produk Amerika, membeli dan memberi saham kepada mereka. Cuba andainya setiap ringgit yang kita berikan merupakan satu peluru untuk menembak kanak-kanak di Palestin. Hanya gambaran tersebut yang dapat mengelak diri dari terus membajai barangan keluaran Yahudi dan Amerika.

Maka boikot akan terus dilaksanakan sehingga berakhirnya dunia ini. Kerana itu sahajalah saham demi membantu saudara seakidah dari terus dibunuh. Kafir laknatullah Yahudi dan Amerika

Tuesday, January 20, 2009

gambar 2




Gambar-gambar sekitar PRK K.T





Kemenangan yang diperkatakan

Aku bukan seorang yang ahli dalam memperkatakan tentang isu politik, kerana takut tidak cukup fakta atau pertambahan fakta, boleh menyebabkan aku memperkatakan perkara yang tidak sebenar. Maka apa yang aku tulis adalah apa yang aku alami dan aku baca. Akhbar menjadi tatapanku seharian, kerana tugas baru mencari isu-isu yang perlu dipotong untuk simpanan penyelidik, pegawai tidak sampai lagi maka tugas itu dipundak ke bahuku. Dalam membaca dan menganalisa maka sedikit sebanyak di luahkan di sini.

Isu Palestin terus berada di muka depan akhbar, terasa sebak melihat syuhada' yang tidak mengira usia memenuhi dada akhbar, apa yang perlu kulakukan? Persoalan tersebut bermain di minda. Tapi sahabat yang belajar di Mesir berjaya menembusi Ghaza, mungkin melihat dengan sendiri kemusnahan yang berlaku di sana, semoga beliau selamat dan bakal pulang dengan pengalaman yang kita semua tidak mengalaminya di sini. Moga beliau cekal hati dan bertambah semangatnya untuk memperjuangkan Islam di Mesir dan Malaysia kelak.

Kemenangan PAS adalah kemenangan yang tidak diduga, ketika berkempen di Kuala Terengganu aku ditanya oleh sahabat-sahabat bagaimana keupayaan PAS adakah boleh menang atau sebaliknya? Aku hanya mampu berkata 50-50. Dengan usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal Islam menang di Kuala Terengganu. Pengundi mahukan perubahan, dan UMNO perlu sedar betapa mereka memerlukan perubahan. Hanya Islam yang mampu memimpin atau PAKATAN yang boleh mendatangkan perubahan. Bukan setakat pembangunan material tetapi pembangunan rohani dan dalaman.

Semasa bertugas di sekolah Kebangsaan Bariah, aku ditanya oleh anggota polis, Kelantan tidak membangun seperti Kuala Lumpur, Selangor dan negeri di pantai barat. Maka aku menjawab jikalau pembanguan material yang diinginkan maka kita tidak kemana, Tok Guru pernah mengungkapkan jika di buat jalan raya yang baik tetapi digunakan tempat berlumba maka tiada perkara yang baik pada pembangunan tersebut. Pembangunan material dan rohani perlu seimbang. Kalau bangunan banyak tetapi rakyat tidk memperolehi kebaikan darinya maka itu bukan pembangunan. Semasa aku berpanas di pintu pagar Sekolah Kebangsaan Bariah banyak yang aku kongsikan bersama polis, pertanyaan dan luahan dari mereka. Kita sebagai petugas Islam perlu memberi pemahaman kepada mad'u walau dalam apa jua situasi.

Sunday, January 18, 2009

Kemenangan diimpi




Allah akbar!alhmadulillah kejayaan dicapai setelah 2 minggu berkerja dan berkempen di Kuala Terengganu. Kemenangan yang tidak diduga ini disambut dengan takbir dan sujud syukur bagi penyokong gerakan Islam Malaysia. Sebelum mengecapi kejayaan ini pelbagai onak perlu kita para penggerak lalui. Kepanasan emosi apabila berhadapan dengan sesama sendiri dan lawan. Rasanya (bagi aku) ujian-ujian yang Allah berikan ini adalah untuk memberi kemenangan kepada PAS.

Pergolakan bermula dari pemilihan calon, ganguan dari pihak lawan, ukkhuwwah sesama kita. Dengan mehnah ini kita tetap bergerak dan bekerja dan kejayaan menyebelahi PAS. Berbaloi dengan kerja-kerja yang dilakukan. Tetapi jika sekiranya kalah maka aku turut bersyukur kerana kita telah berjuang sebelum kalah. Tetapi kita tidak kalah kita tetap berjuang menang atau syahid. Menang jua suatu ujian, kerana perasaan riak boleh lahir apabila menghadapi kejayaan, walau apa pun kejayaan ini adalah suatu kerja Islam yang perlu dilaksanakan khususnya kepada rakyat Kuala Terengganu.
Pengumuman calon yang menang telah diisytiharkan di stadium tertutup negeri. Kejayaan disambut dengan takbir. Alhamdulillah.

Aku semalam bertugas sebagai anggota MAFREL iaitu NGO yang mengawasi pilihanraya di Malaysia. Aku bernasib baik dapat berada di tempat pengundian. Kami seramai 2 orang ditugaskan untuk memantau pusat pengundian di DUN Ladang Sekolah Kebangsaan Bariah. Berada di situ aku mengenali SPR dan bagaimana proses pilihanraya berjalan, mendengar cerita dari polis dan bercerita (berdakwah sebenarnya) membuatkan aku lebih mengenali mereka. Polis yang ditugaskan awal pagi pada jam 4 pagi (solat subuh sempat ke tidak)hingga jam 5 petang. Kepenatan terserlah di wajah mereka. Makanan yang dihantar melebihi waktu dan tidak cukup, tidak tidak cukup menyebabkan ramai diantara mereka yang sakit. Sekiranya PAKATAN yang mengambil alih pemerintahan di Malaysia aku berharap polis dilayan sebaiknya.
Di sini aku bukan menyebelahi mereka tetapi mereka dikuasai pemerintah.

Pada malam pengistiharan calon, tidak ada polisyang berkeliaran, pada tanggapan aku mereka mungkin terlalu kepenatan dan berada di khemah masing-masing. Polis di Kuala Terengganu yang diimport untuk menjaga PRK ini seramai hampir 6,000 orang, ditempatkan di tiga kawasan.
Satu khemah dimuatkan dnegan seribu orang polis. bayangkan bagaimana mereka merehatkan badan dan menggunakan bilik air.

Kita bekerja dan berdoa dan bertawakal agar PRU 13 adalah kemenangan bagi pihak kita yang perubahan akan kita laksanakan.
ALLAH AKBAR

Monday, January 12, 2009

Kebajikan rakyat hingga akhirat

'Kebajikan rakyat dijaga sehingga ke liang lahad'. TPM berkata dalam Utusan Malaysia hari ini. Tambah beliau tidak perlu mewar-war Negara berkebajikan sedangkan BN telah menjaga kebajikan rakyat dengan baik. PAS ingin menjaga kebajikan bukan setakat ke liang lahad tetapi ke akhirat sana. Sama ada hubungan terputus ketika mana jenazah di masukkan ke dalam liang lahad maka bantuan dari kerajaan UMNO turut terhenti.

Peranan Islam bukan setakat itu saja, kebajikan yang ingin diberikan berterusan walaupun jenazah berada di linag lahad hingga bangkit mengadap Allah Taala. Buktinya mafhum dari Sabda Rasulullah S.A.W terputus hubungan kecuali 3 perkara iaitu:
-sedekah jariah
-doa anak yang soleh
-ilmu yang memberi manfaat

Apabila Kerajaan Kelantan mengadakan kifalah diberikan kepada warga tua sebanyak RM2,500, RM500 untuk penyelenggaran jenazah, dan bakinya diberi kepada waris. Sekiranya pemilik kifalah tersebut menyedekahkan wang sebanyak RM2,000 kepada masjid atau rumah anak yatim atau pertubuhan Islam, maka amalan sedekah akan berterusan kepadanya walau dia telah meninggal dunia. Kebajikan inilah yang dipraktikkan oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Contoh selain dari itu, ambil upah naikkan bendera demi naikkan Islam, maka selagi bendera terpacak di situ selagi itulah pahala masuk ke akauan yang menaikkan bendera tersebut. Jika membantu pekerjaan maksiat juga maka dosa akan bergerak masuk ke dalam akauannya.

Apa matlamat yang UMNO bawa untuk rakyat? Pembangunan? Mana-mana kerajaan yang dipilih rakyat akan membawa pembangunan. Jika Inggeris masih memerintah mungkin Malaysia kan menjadi lebih maju dari sekarang. Tetapi kita tidak mahu begitu, yang ingin kita perlukan adalah hala tuju yang bakal dibawa oleh kerajaan. Berapa keratkah pimpinan UMNO yang boleh jadi imam solat? Dato' Omar berkata, pemimpin adalah imam di dalam dandi luar solat. Maka pilihan pengundi turut melibatkan akhirat bukan setakat liang lahad sahaja.

PRK Kuala Terengganu




Selama 4 hari aku bersama muslimat Kelantan di Kuala Terengganu bagi membantu petugas Muslimat Kuala Terengganu bagi memenangkan calon wakil rakyat Wahid Endut. Pada hari penamaan calon aku dan sahabatku bertolak dari Kota Bharu pada jam 5.30 pagi dan sampai jam 8 lebih. Aku dan Noor yang tidak mengenal sangat jalan di Kuala Terengganu nekad untuk bersama sahabat-sahabat untuk berarak dalam penamaan calon pada hari itu. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat dan dapat parking kereta di tempat yang berhampiran dengan perarakan tersebut.

Memandangkan sambutan dari ahli PAS, aku ingin meletakkan kemenangan pada pihak kita, tetapi usaha dan keyakinan dari petugas dan pengundi perlu untuk menang. Tapi aku pun tak berapa pasti untuk menang. Keselarasan kerja dari AJK tempatan dan kami (dari luar Terengganu) adalah penting ntuk perolehi kemenangan.

Di sini inginku melafazkan kata pujian buat muslimat Kelantan yang bersemangat untuk melihat kemenangan Islam, mereka apabila diminta ke tempat perayu undi, bersedia tepat pada masa, ada kalanya kami yang muda (sebagai drebar) terkejar-kejar bersiap untuk menghantar mereka. Biasa orang muda agak lambat.

Dalam beberapa hari bersama muslimat pelbagai ilmu yang kukutip, pengalaman yang tiadak akan dapat dibeli dengan wang. Pengalaman dimarahi, dipuji, dan sebagainya mematangkan kami dalam hidup dalam perjuangan ini. Mulutku ini biasanya bukan boleh digam akan bercakap juga mengatakan yang hak (aku rasa), terkadang mengguris hati tapi berterus-terang lebih baik dari simpan di jiwa, bikin perhubungan rosak. Aku boleh bersabar dengan kerenah muslimat dan perasaan tersebut tiadak akan disimpan dalam hari melebihi tempoh yang tidak sepatutnya. Tapi jikalau bersama orang muda perasaan marah akan terkumpul lama. Perbezaan yang amat ketara, mungkin aku hanya sesuai bersama orang tua.

Balik sekejap ke Kota Bharu, menjenguk kerja-kerja di pejabat, aku akan kembali menolong kerja-kerja pilihanraya yang tidak tidak beberapa hari lagi. Perang poster tidak terlalu hebat, tetapi program bagi kedua-dua parti hebat juga, jika program cakno di pihak PAS maka UMNO juga adakan cakno tidak berapa jauh dari program cakno PAS. PRK kali ini dipenuhi denga 6,000 polis yang bertempat di tiga tempat di sekitar PRK Kuala Terengganu. Strategi apa yang digunakan tidak diketahui tetapi perang saraf dimainkan oleh pihak kerajaan. Dalam perjalan pulang ke Kota Bharu, ada sekatan polis trafik yang tidak pasti sekatan apa, tertanya-tanya juga kami yang tersekat di dalam jam. Aku terdengar perbulan polis trafik itu yang sekatan dibuat adalah saja-saja. Antara perang saraf yang dimainkan, tidakkah mengundang sumpah seranah dari pemandu yang tersekat dalam kesesakan. Perang pilihanraya tidak menumpahkan darah tetapi boleh membunuh fikrah seseorang. Maka ianya lebih bahaya dari pertumpahan darah.

Monday, January 5, 2009

Cukup hanya berdoa...




Setiap hari mengadap akhbar, melihat dan memandang krisis dan peperangan di Palestin, terasa di dalam hati setakat mana pertolongan yang aku berikan. Hanya berdoa? sedikit huluran derma? Kiranya punya kudrat dari mana NGO yang memerlukan petugas rasanya aku akan mendaftarkan namaku. Pastikan hutang sudah dilangsai, hutang dengan manusia dijelaskan, takut terkorban di medan Palestin. Kalau ke kemboja atau Mindanau pun kita sudah terasa akan bertembung dengan peluru sesat, apatah lagi di Palestin yang pasti peluru juga bom menggegarkan hati dan perasaan. Kalau pergi entah pulang atau tidak.

Kiranya ada persatuan atau pertubuhan yang anjurkan, alangkah bahagianya. aku takut juga kiranya doa yang ditadahkan ini hanya doa tapi rasa tiada untuk mempertahankan Islam, walau dari jauh apa sumbangan yang patutku berikan. Semasa aku menuntut di Azhar, aku telah bertemu dengan pemuda-pemuda Ikhwan Muslimin yang menunggu masa untuk keluar bertempur bagi menolong pejuang Hamas bertempur dengan yahudi. Ya Allah amat bahagia mereka yang mati syahid. Maka jika tidak berupaya untuk mempertahankan bumi suci Palestin jangan pula melupakan Piliranraya kecil di Kuala Terengganu, esok adalah hari penamaan calon. Aku perlu melaksanakan tuntutan jihad bagi menyambung perjuangan Rasulullah dan para sahabat.
Moga Allah melihat amal ini sebagai sumbangan kepada Islam.

Sunday, January 4, 2009

Selamat Tahun Baru



Apabila belek akhbar maka akan dilihat azam yang disemat oleh para artis tempatan. Azam untuk kerja lebih keras dalam bidang seni tentunya. Begitulah artis dinobat di tempat yang tinggi, tidak sepatutnya perkara sebegini berlaku. Mengapa?kerana peranan media mengeksploitasi dunia artis dan meminggirkan para ulamak tempatan. Jika ditanya sebutkan 10 orang sahabat nabi?rasanya berkira-kira untuk menjawab soalan semudah itu.

Azam tahun baru? Kali ini tiada azam baru cuma memperbaharui azam yang lepas. Bergiat lebih aktif dalam jemaah semestinya dan ingin sambung belajar. Aku rasa aku semakin tidak tahu, mungkin sudah lama tidak mengadap kitab, hanya membaca kitab yang pernah dibeli dan dikirimkan oleh sahabat-sahabatku dari Mesir.

Maka bagi sahabatku yang tidak punyai azam, maka sematkan azam untuk membantu Islam sekadar kemampuan yang ada. Esok jika di tanya Allah Taala apakah sumbangan tenaga kita untuk Islam, maka kita ada jawapannya. Kullu 'am wa antum fi too'atillah

Saturday, January 3, 2009

Bersin


Bersin adalah perkara yang disukai oleh Allah dan ianya datang dari Allah. Setiap manusia dikurniakan nikmat ini kerana dengan bersin, seseorang itu lebih sihat dan cergas. Apabila bersin seseorang itu dapat menjauhkan penyakit yang ada di dalam tubuhnya.

Maksud hadis:Daripada Abi Hurairah RA berkata:Rasulullah SAW telah bersabda :

"Bersin adalah daripada Allah dan menguap adalah daripada Syaitan, maka apabila menguap salah seorang daripada kamu, maka letaklah tangannya di mulut. Apabila ia berkata ketika menguap:Ah!ah! Maka sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap".

Hikmat bersin hanya diketahui oleh Allah dan memberi kebaikan kepada hamba-hambaNya. Bersyukurlah dengan nikmat ini semoga ianya mendatangkan faedah yang begitu besar kepada manusia.

Adab-adab yang dijelaskan oleh Islam semasa berikut:

1-Meletakkan tangan ataupun kain di mulut dan hidung

Maksud hadis Daripada Abi Hurairah berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila baginda bersin akan menutup mukanya dengan tangan ataupun bajunya dan merendahkan suaranya (bunyinya)

-riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi-

2-Merendahkan suara


3-Mengucapkan" alhamdulillah"


4-Mengucap "Yarhamukallah"


5- Tidak menjawab "Yarhamukallah"

Tidak mengucapkan "Yarhamukallah" bagi mereka yang tidak mengucapkan "Alhamdulillah" semasa bersin sebagaimana hadis Rasulullah yang berbunyi :


Daripada Abi Musa berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang kamu bersin, maka ia mengucapkan "Alhamdulillah", maka berdoalah kepadanya dengan (Yarhamukallah), jika ia tidak mengucap (Alhamdulillah) maka janganlah mendoakannya."

Daripada Anas berkata, " Dua orang lelaki telah bersin di sisi Rasulullah, maka Baginda berdoa dengan "Yarhamukallah" bagi salah seorang daripada mereka dan tidak berdoa (mengucapkan "Yarhamukallah") kepada seorang lagi.Lelaki (yang tidak diucapkan "Yarhamukallah") bertanya: Wahai Rasulullah! Kamu mengucapkan "Yarhamukallah" kepada lelaki tersebut dan tidak mengucapkan kepadaku! Baginda bersabda: Sesungguhnya lelaki tersebut mengucapkan "Alhamdulillah" dan kamu tidak memuji Allah (mengucapkan "Alhamdulillah')

-riwayat Bukhari dan Muslim-

Telah berpendapat sesetengah ulama' bahawa di ucapkan "Yarhamukallah" sekalipun tidak mendengar suara ia mengucapkan "Alhamdulillah". Mengucapkan "Yarhamkallah" sekiranya menyangka bahawa mereka mengucapkan "Alhamdulillah" dengan melihat mulutnya bergerak ataupun kebiasaannya orang mengucapkan
"Alhamdulillah" selepas bersin.


6-Mendoakan bagi orang yang bersin sebanyak tiga kali sahaja


7-Tidak mengucapkan "Yarhamukallah" bagi orang bukan islam


8-Mengingatkan mereka yang lupa mengucapkan "Alhamdulillah"


9-Bersyukur kepada Allah

Thursday, January 1, 2009

Doa untuk Palastine?

Baitul muqaddas dibedil lagi...bertambah lagi syuhada' di bumi suci itu. Dan di mana peranan kita sebagai saudara seakidah? memerhati, melihat, mendengar dan memberi pandangan? Semasa aku belajar di Mesir pernah terlintas di fikiranku untuk kelaur berjuang bersama pejuang Palastine, tapi itu adalah mustahil. Tapi perkara ini pernah dicita-citakan dalam hatiku. Aku juga terfikir bagaimana akhir hidupku nanti, dalam mempertahankan Islam atau bagaimana. Rakyat baitul muqaddas terang-terangan akan mendapat title syahid, tetapi kita bagaimana?

Rakyat kita yang hidup dengan harmoni, tapi rasa takut kepada gejala maksiat, atau takut dengan penyakit yang menghadapi kita, betapa ruginya memikirkan perkara yang tidak memberi manfaat. Berkhayal dan berangan pada perkara yang sia-sia. Kita boleh tidur lena di bilik berhawa dingin di atas tilam yang empuk. Tapi bagaiaman nasib saudara kita yang diperangi musuh?

Maka doa nazilah jangan ditinggalakan, sertakan dalam doa dan qunut pada setipa kali solat. Doa-doa kalian diperlukan buat masa ini, tapi jika diperlukan tenaga dan kekuatan kita untuk mara mengadapi Israel Laknatullah maka itu adalah seruan jihad dan wajib kita penuhi. ALLAH AKBAR!!!