Thursday, October 30, 2008

Love is the answer





diambil dari Star, Rabu 31 Oktober 2007

It has been the stuff of great romantic novels and blokbuster films. Doctors have long suspected it. A study of 9,000 British sivil servantas has at last established it is possible to die of a "broken heart".

The study, reported in the Archives of Internal Medicine in England, found the stress and anxiety of hostile, angry relationship can boost the risk of developing heart disease.

Chances of a heart attack or chest pain rose by 34% compared to people on good terms with their spouse or partner.

"A person's heart condition seems to be influenced by negative intimate relatinship", researchers wrote, "We showed that the negative aspects of close relationship .. are associated with coronary heart disease".

What it likely boils down it is stress - a well-known contributor to health problems as well as a potential by- product of troubled relationship,they said.

Othes research has shown more social connections can mean a healthier life- what is called teh "protective effect" - but few studies have looked at how close friendships or marriage affect health, said Roberto De Vogli, an epidemiologist at University College London, who led the study.

The researcher studied civil servants who completed questionnaires about negative aspects of their relationship- which included a spouse or close friend - between 1989 and 1990 or between 1985 and 1988.

The questions asked whether people had emotional support, a chance to talk with someone about problems or whether they could count on a partner or close friend for something as simple as a ride to the grocery store, De Vogli said.

Then team followed up over a 12- year period and found that people who reported that arguments, critism and other types of conflict were comman had a 34% greater risk of heart attacks or chest pain.

When teh researchers stripped out risk factors such as obesity, smoking, drinking abd family history, the chance of heart attack was still 23% higher, De Vogli said.

"If you have good people around, it is good for your health", he said. "If you have negative palyed a role in the severity of a heart attack.

"It seems clear from this analysis that no matter if positive aspects of social relationship are having a significants protective effect, the negative impacts seems far stronger". De Vogli added. "people continually replay negative experiences".

Ending a bad marriege s not necessarily the answer either, he said, given evidence that being unmarried could also be a risk.

Bertatih nak menyiapkan tulisan kot omputeh ni. Moga-moga memberi manfaat pada semua. So sayangi mereka di keliling kita, hargai mereka, bagi sahabat2 yang dah kawin pakat-pakat amik hati satu sama lain. Hari2 yang dilalui adalah hari kasih sayang

Wednesday, October 29, 2008

Tentang waktu

^ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan

^ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi

^Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan

^ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan

^ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan oleh Tuhan

^Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan

^ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati

^ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti

^ambillah watu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan

^ambillah waktu untuk beramal, itu adalah menuju ke syurga

Tarbiah Islam kepada anak-anak

1-Tarbiah iman dan akidah
^Akidah dan keimanan yang betul dengan kemantapan rukun Iman yang diimani dalam hati dan perbuatan. Ibubapa perlu menanam iman kepada anak-anak kerana punca yang paling utama. Awwalu ddin ma'rifatullah (permulaan agama adalah mengenal Alla).

Mengajar al-Quran kerana ia kalam Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Mereka yang terbaik di kalangan kamu adalah yang mengajar al-quran dan mengetahui tentang al-quran.

2-Tarbiah jasmani
^Pembangunan insaniah dan kekuatan jasmani merupakan dua asas yang paling utama untuk pendidikan anak-anak. Kerana akal yang cergas dari badan yang sihat.Sabda Rasulullah yang bermaksud:Mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang dhaif (lemah) dalam semua kebaikan.

3-Melatih melakukan ibadat
^Ibadat dalam Islam terjemahannya adalah akidah. Mengajar anak solat, puasa dalam umur sebelum baligh. Kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

4-Mengajar bahasa Arab dan bahasa selainnya dan ilmu-ilmu yang memberi manfaat
^Bahasa Arab merupakan kunci pada ilmu yang ada pada al-quran dan al-hadith. Ilmu-ilmu lain yang bermanfaat seperti komputer, matematik, kimia turut diajar kerana
boleh menyelamatkan orang lain (doktor, jurutera, peniaga dan sebagainya)

5-Akhlak yang baik
^Mengajar adab-adab Islam seperti berlemah-lembut, amaah, baik perkataan, jauh dari sifat-sifat yang berlawanan (hasad dengki, berbohong dan sebagainya)
Bersabda Rasulullah yang bermaksud:Muliakan anak-anakmu, dan perbaikan adab-adab mereka.

continue

Tuesday, October 28, 2008

Tarbiah aulad


Dalam membicarakan perkara in bukanlah kepandaianku sebenarnya. Tapi bila membaca rasanya bacaan tersebut ingin dikongsi bersama. Terasa rugi juga jika apa yang kita tahu tidak diberitahu, ilmu jika disimpan akan hilang begitu sahaja. Aku dari kuliah Usuluddin (Akidah dan Falsafah) ilmu yang kupelajari di bidang falsafah khususnya tidak diguna dan di ajar, rasanya sekarang ini tidak mampu untukku mengolah dan menceritakan apa yang kupelajari sebelum ini. Maka blog ini tempat untuk meluah dan berkongsi apa yang aku tahu. Pernah juga sahabatku meluahkan rasa padaku bahawa melalui tulisan kita akan kenali watak sahabat kita itu. Mungkin benar, tapi blog yang dibuka ini hanya untuk melukir sesuatu yang bermanfaat sahaja (Insyaallah) bukannya meluahkan rasa tidak puas hati yang boleh merosakkan hati orang lain. Moga-moga sesiapa yang membaca tulisanku ini tidak terasa hati tapi boleh menambah sesuatu walau tidak banyak tapi sedikit, juga buat diriku khususnya dan sahabat yang bisa menilai.

Kembali kepada topik perbincangan sebagaimana tajuk diatas, dalam buku yang kubaca dari Al-ustaz Doktor Wahbah Zuhaili, tarbiah anak-anak dari segi pembelajaran perlu dititik-beratkan. Tarbiah menurut Daktor Wahbah keupayaan ibubapa mendidik anak-anak sehingga sampai had sempurna untuk penerimaan sesuatu (pertarbiahan), penyempurnaan dari segi material, jasmani, diri, rohani, akal, akhlak dan kemasyarakatan (berdepan dengan masyarakat)

Manakala ta'lim (pendidikan) pula separuh dari tarbiah, ibubapa perlu ada ilmu pendidikan anak-anak, untuk membaiki kehidupan mereka, ilmu sebagai guru, serta ilmu tentang bagaimana untuk hidup di muka bumi Allah ini dengan agama dan akhlak yang terjamin.


bersambung dikesempatan waktu yang lain

'idilfitri DUN Bunut Payong




Bertempat di padang Taman Guru, YB Dato' Takiyuddin Hassan bersama isteri turut serta dalam raya yang dihadiri 1000 lebih penduduk setempat.

ghuraba'

Monday, October 27, 2008

Mesra 'idilfitri Wanita Kelantan

25 Syawal bersamaan 25 Oktober 08 telah berlangsung program Lajnah Penerangan DMPNK bersama Urusetia Penerangan Negeri. Pelbagai acara telah berjaya dipertontonkan tanpa kehadiran kaum muslimin. Aku rasa berpuas hati dengan adinda-adinda seusrah dengan keterlibatan mereka menjayakan pentominku yang bertajuk Ghurabat (asing). Sebenarnya skrip itu kutulis semasa di Mesir dulu tahun 2000 (seingatku). Apabila penganjur (masa di sana) memintaku membuat recall, jadi aku siapkan skrip (mufajaah) on the spot ini dengan segera. Ketika zaman-zaman mengaji idea untuk mengarang cerita dan puisi agak basah, tapi bila di alam bekerja ini ku rasa ideaku semakin kering. Tak mampu nak keluarkan idea baru untuk pementasan pentomin tersebut. Tapi apa pun tanpa sahabat-sahabat yang membantu skrip itu tidak ke mana. Di sini aku nak ucapkan terima kasih dan moga ALLAH yang selayaknya untuk memberi ganjaran kepada adinda-adindaku Aedah, Azzah, Anissani, Anes Solihan, Syidah, Madati, Akmal, Nadrah (baru lepas oncall terus ke PUTIK), Huda, Ainani, Sarida, Pah dan Noor (yang banyak membantu segi idea dan tenaga) hakikatnya seronok bersama kalian. Moga usrah Intelek Juang terus unggul dengan ikatan ukhuwwah fillah ini.

Program tersebut adalah kehebatan ikatan kami AJK Lajnah Penerangan DMPNK, k'shimah sebagai kepala, manakala K'mah Tok Ngulu, K'na Pegawai Armalah, K'Tie (Bun), K'Ti Saifuddin (ADR Machang), K'huda n Teacher Sofiah, kesemuanya penggerak kawasan, syukran bebanyak, aku banyak belajar dari kakak-kakakku ini. Manisnya dalam jemaah PAS ini. Moga aku tetap dan thabat membantu Islam bersama sahabat yang diredhai ALLAH.

Saturday, October 25, 2008

Persinggahan ini

Aku di persinggahan ini
Terkadang terkapai
Terkadang tenang
Walau terasa ada gelombang
Beralun-alun di bawahnya

Aku di persinggahan ini
Terkadang terleka
Terbuai asyikan
Muzik dunia
Aman, dayu dan berlalu

Aku di persinggahan ini
Perlu sedar
betapa persinggahan ini
hanya sementara cuma
Bukan selamanya aku di sini

Aku di sini
Sebagai pejuang Agama Allah
Perlu menyedari
Masa untuk menyampai
Dan mengingat
Juga dari diri
Kepada diri

Friday, October 24, 2008

Keluarga muslim masa kini

Jenis-jenis keluarga (usrah)
1-Kecil
^Merangkumi suami isteri dan anak-anak. Islam menggalakkan umatnya meneliti sebaiknya hubungan antara suami isteri dan anak-anak agar masyarakat terbina dengan kaedah-kaedah yang terbaik dari ikutan Islam

2-Pertengahan
^Peringkat kedua iaitu merangkumi datuk ke atas dari kedua-dua belah pihak suami isteri. Yang dimaksudkan di sini adalah hubungan silaturrahim (kekeluargaan). Silaturrahim terdapat padanya barakah dari Allah (rezki).
Maksud hadith qudsi:"Aku adalah Allah, Aku ar-Rahman, Aku menjadikan rahim (pemurah), Aku meletakkan sifat pemurah dari namaKu, sesiapa yang menghubungkan silaturrahim maka terhubunglah, dan sekiranya memutuskannya maka terputuslah hubungan tersebut"

3-Terbesar
^Masyarakat muslim dari jiran dan sahabat dan selainnya. Allah menjadikan hubungan antara manusia adalah bersaudara.
Firman Allah Taala yang bermaksud: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.
Maka manusia digalakkan untuk berkasih-sayang dan tolong-menolong antara satu sama lain.



Wednesday, October 22, 2008

Semakin bertambah atau mengurang

Bulan Oktober 2008 genaplah 2 tahun permukimanku di bumi kelahiranku. Maka dalam tempoh yang singkat ini pelbagai ilmu, kenangan, semangat, pengalaman yang kualami. Rasanya diri amat bertuah kerana berada dalam jemaah (tetap) dan niat ini akan kekal selamanya. Dalam mengharungi kemungkinan-kemungkinan untuk tidak berada di luar menyebabkan aku terus berada di sini, untuk bersama muslimat Kelantan memberi penerangan kepada masyarakat kelantan khususnya muslimat.

Aku tidak ditakdirkan untuk menjadi pembantu atau pegawai halaqat, walau sesekali turun untuk mengajar masyarakat kampung. Apabila diminta untuk memberi pengisian kepada muslimat, maka kubelekkan juga kitab-kitab yang ku bawa balik berkotak-kotak itu. Tapi apabila ku berada di pejabat contohnya, kitab itu tinggal saja di rak yang di buat khususnya oleh Babaku untuk menempatkan kitab yang banyak dan pelbagai. Maka semakin bertambahkah keilmuanku apabila kitab tersebut hanya dijadikan tempat renungan?

Aku cuba untuk kembali mengadap kitab, cuba mencungkilkan ilmu yang ada pada penulis yang tersohor di alam dunia Islam juga dunia amnya. Kali ini pada tajuk kitab yang bertajuk "Alusrah muslimah fil 'alam almu'asir" keluarga muslim masa kini. Karangan Al-Ustaz Doktor Wahbah az-Zuhaili, ulamak kontemporari. Bakal diulas pada tulisan akan datang. Moga memberi pedoman kepada kita semua dalam membentuk keluarga bahagia peranan utama suami dan isteri, bukan isteri sahaja dan bukan suami sahaja yang bertanggungjawab mengemudi keluarga, tetapi keduanya perlu berganding bahu memantapkan keluarga yang dibina bersama.

Bersin dan nikmatnya

Bersin adalah perkara yang disukai oleh Allah dan ianya datang dari Allah. Setiap manusia dikurniakan nikmat ini kerana denan bersin, seseorang itu lebih sihat dan cergas. Apabila bersin seseorang itu dapat menjauhkan penyakit yang ada di dalam tubuhnya.

Maksud hadis:Daripada Abi Hurairah RA berkata:Rasulullah SAW telah bersabda :

"Bersin adalah daripada Allah dan menguap adalah daripada Syaitan, maka apabila menguap salah seorang daripada kamu, maka letaklah tangannya di mulut. Apabila ia berkata ketika menguap:Ah!ah! Maka sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap".

Hikmat bersin hanya diketahui oleh Allah dan memberi kebaikan kepada hamba-hambaNya. Bersyukurlah dengan nikmat ini semoga ianya mendatangkan faedah yang begitu besar kepada manusia.

Adab-adab yang dijelaskan oleh Islam semasa berikut:

1-Meletakkan tangan ataupun kain di mulut dan hidung

Maksud hadis Daripada Abi Hurairah berkata: sesungguhnya Rasulullah SAW apabila baginda bersin akan menutup mukanya dengan tangan ataupun bajunya dan merendahkan suaranya (bunyinya)

-riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi-

2-Merendahkan suara

3-Mengucapkan" alhamdulillah"

4-Mengucap "Yarhamukallah"

5- Tidak menjawab "Yarhamukallah"


Tidak mengucapkan "Yarhamukallah" bagi mereka yang tidak mengucapkan "Alhamdulillah" semasa bersin sebagaimana hadis Rasulullah yang berbunyi :

Daripada Abi Musa berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang kamu bersin, maka ia mengucapkan "Alhamdulillah", maka berdoalah kepadanya dengan (Yarhamukallah), jika ia tidak mengucap (Alhamdulillah) maka janganlah mendoakannya."

Daripada Anas berkata, " Dua orang lelaki telah bersin di sisi Rasulullah, maka Baginda berdoa dengan "Yarhamukallah" bagi salah seorang daripada mereka dan tidak berdoa (mengucapkan "Yarhamukallah") kepada seorang lagi.Lelaki (yang tidak diucapkan "Yarhamukallah") bertanya: Wahai Rasulullah! Kamu mengucapkan "Yarhamukallah" kepada lelaki tersebut dan tidak mengucapkan kepadaku! Baginda bersabda: Sesungguhnya lelaki tersebut mengucapkan "Alhamdulillah" dan kamu tidak memuji Allah (mengucapkan "Alhamdulillah')

-riwayat Bukhari dan Muslim-

Telah berpendapat sesetengah ulama' bahawa di ucapkan "Yarhamukallah" sekalipun tidak mendengar suara ia mengucapkan "Alhamdulillah". Mengucapkan "Yarhamkallah" sekiranya menyangka bahawa mereka mengucapkan "Alhamdulillah" dengan melihat mulutnya bergerak ataupun kebiasaannya orang mengucapkan
"Alhamdulillah" selepas bersin.

6-Mendoakan bagi orang yang bersin sebanyak tiga kali sahaja

7-Tidak mengucapkan "Yarhamukallah" bagi orang bukan islam

8-Mengingatkan mereka yang lupa mengucapkan "Alhamdulillah"

9-Bersyukur kepada Allah

Tuesday, October 21, 2008

Waktu menggarap isi

Terkadang Allah memberi idea yang berlambak-lambak tetapi berlaku juga kekurangan idea untuk mencoret sesuatu. Bukan masalah gerakan jari yang tumpul tapi idea yang seakan kehausan. Maka detik in bagi seorang penulis adalah saat yang yang mengerunkan. Mungkin tidak bagi aku kerana aku bukan seorang penulis, maka lebih-lebih lah aku menghadapi kekontangan isi. Permulaan blog ini yang kerajinan untukku mencoret sesuatu tetapi tetiba berlaku kemalangan tandus idea. Sesekali kekurangan menjadi kebiasaan bagi makhluk bernama manusia.

Raya muslimat pada 25 Oktober ini akan mempersembahkan pelbagai kesenian yang ada pada muslimat Kelantan khususnya. Persembahan pentomen (Usrah Intelek Juang), sanjak (sajak),dikir Timuran Islam(para penghuluwati Kelantan), nasyid (Pegawai armalah)dan peragaan fesyen (PURNAMA). Harapan dariku moga kalian yang membaca blog ini boleh hadirkan diri ke majlis tersebut. Seni-seni yang ditampilkan adalah seni yang dibenarkan untuk dihargai dan dipersembahkan ajaan oleh Kerajaan Kelantan. Seni akan diteruskan jika tidak bersalahan dengan Islam. Persembahan yang akan diadakan pada hari sabtu ini adalah program tertutup yang akan dihadiri oleh kaum muslimat sahaja.

Bersama kita meriahkan program muslimat yang julung kali diadakan menggabungkan kesenian yang ada pada muslimat.

Thursday, October 16, 2008

Qalb?

Tika masa terus berdetik
Hembusan nafas bertalian
Denyutan berdetak
Perasaan terus hidup
Hati merasa
Otak berfikir

Tika ini patutkah
aku merasa
pada utiran bicara
merajuk dan jauh hati

Terasa ingin tinggalkan
segalanya
Setelah dibina sedetik masa
Atau dibiarkan saja
Kerana hati perlu dirasa
demi perubahan
diri dan rasa

Biar mendatang yang parah
biar melayang lalu tersepah
kepastian bukan pasrah
demi hati makin terarah
demi teguh dan terarah

hati perlu diuji
jangan mudah dibawa arah
dalam dunia yang penuh
tompokan tohmah

Wednesday, October 15, 2008

Mampukah menjadi pemimpin yang baik?

Setelah mengikuti ceramah dari YAB Mohamad Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak sebentar tadi terdetik di mindaku betapa susah dan payahnya untuk melaksanakan tugasan sebagai pemimpin kepada makhluk bernama manusia. Menurut YAB IR Nizar walau sempit kami hadapi tetapi rasa sempit itu lebih dirasai oleh YAB Dato' Tuan Guru kerana semasa menjadi MB, beliau keseorang, ditekan oleh raja, UMNO negeri dan pusat. Betul aku turut merasakan begitu.Tekanan yang Perak hadapi tidak sehebat Kelantan yang satu ketika dulu bersendirian (satu-satu negeri Pembangkang). YAB MB Perak juga mengungkapakan betapa Tok Guru bersendirian ketikamana mesyuarat Menteri-Menteri Besar, sekarang ini punyai MB dari PAS, PKR dan DAP. Itu adalah suatu contoh yang pimpinan tunjukkan kepada kita, betapa hebatnya kita menghadapi kesusahan tapi lebih hebat lagi pimpinan atas kita menghadapinya. Maka jangan mudah mengeluh atas apa yang Allah tentukan. Maka keterlibatan ukhuwwah Islamiah penting demi mengharungi pelbagai karenah dari kawan maupun lawan dalam menaikkan Islam sebagai tunggak.

YB K'zailah pernah menasihati kami (sesama aku berada di bumi Kinanah (Mesir)) untuk matang dan masak dalam perjuangan memerlukan masa yang agak lama (bergantung kepada kejituan minda pejuang tersebut) seperti ubi yang hendak di makan perlu direbus terlebih dahulu, dalam proses perebusan tersebut ubi perlu masak dengan sebaiknya. Maka itulah pejuang untuk jadi pejuang yang sebenar pejuang perlu mengalami proses-proses tarbiah. Usrah, tamrin, qiamullail, iqab (denda) dan sebagainya perlu dilalui oleh pejuang yang ingin menjadi pejuang.

Di alam kampus aturan tarbiah telah dilalui sebaiknya, tapi apabila berada di Malaysia tergagau seketika untuk melestari sebuah pertarbiahan, maka setiap program parti, qiam dan sebagainya perlu diikuti. Konsep denda tidak dikenakan, mana mungkin lewat hadir usrah denda RM50 dipraktik, tapi tak tahulah kiranya ada usrah yang berbuat demikian. Konsep denda ini telah dibuat oleh Rasulullah kepada sahabatnya Mus'ab (betul ker?)yang tidak keluar berperang. Mus'ab didenda selama 4 bulan, semua orang tidak dibenarkan bercakap dengannya hingga turun ayat mengilangkan denda kepadanya (selepas bertaubat dan menyesali akan perbuatannya). Konsep denda perlu di praktikkan, contoh kiranya kita tertinggal solat dhuha maka diiqab buat diri dengan istighfar 100x sebagai contoh. Iqab penting bagi pejuang agama Allah khususnya kita sebagai ahli PAS. Dan semoga perjuangan yang kita pilih ini akan bersama kita hingga akhir hidup selagi mana Islam menjadi tunggak utama PAS.
Sehingga berjumpa nanti

Tuesday, October 14, 2008

Ujian? dimana kita...

Aku baru sahaja mengikuti ceramah YAB Lim Guan Eng di Perniagaan China di Kota Bharu. Terasa terpukau juga mendengar kalimat-kalimat yang keluar dari bibirnya, biasanya kalimat yang diperkatakan diguna oleh orang Melayu beragama Islam. Terkadang orang Melayu pun tidak berupaya mengeluarkan kalam seperti ucapan Ketua Menteri P.Pinang. Keadilan yang ingin dilaksanakan Khalifah Abdul Aziz ingin diikutinya, dan kita semua tahu betapa keadilan yang dilaksanakan oleh Khalifah menyebabkan tidak terdapat orang miskin pada zamannya. Betapa azimnya hamba Allah yang dapat melaksanakan amanahNya. Aku berdoa pada Allah moga-moga dibukakan pintu hatinya (Ketua Menteri P.Pinang) untuk menerima hidayah dari Allah.

Dalam kesempatan ini aku ingin berkongsi dengan sahabat tentang luahan hati Presiden i-Grad pada blognya yang dapat dibaca pada msk-net. Zaman belajar dan berjemaah di kampus tidak sama dengan realiti yang kita hadapi sekarang ini. Kalau di alam belajar kita tidak terlalu memikirkan ongkos atau masalah rumahtanga atau keluarga atau masalah rakyat, kita hanya memikirkan jemaah yang kelompoknya tidak terlalu complicated, tidak terlalu besar dan meluas. Tapi sekarang kita berada di medan yang sebenar untuk menguji di mana kita sebenarnya. Dan kita bersendirian uantuk melaksanakan sepatutnya untuk dilaksanakan. Ujian yang Allah datangkan dengan pelbagai bentuk untuk melihat bagaimana kita menghadapi ujian tersebut. Kita seorang yang diberi ilmu yang lebih dari orang lain maka ujian yang Allah datangkan mesti setinggi ilmu yang diperolehi. Kita tidak sama dengan orang kampung yang tahap pembelajaran dan pemikiran pada tahap biasa. Lantaran perbedaan yang tinggi ini maka salamatussodr (sikap berlapang dada) perlu dipraktikkan setelah sekian lama kita pelarinya secara teori ketika mana masa pengajian dahulu. Ujian yang akan datang dan terus datang demi mengangkat darjat kita pejuang agama Allah ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Perhatikan Rasul ulul 'azmi yang lima itu menghadapi ujian melebihi 20 orang rasul yang diketahui. Rasul Ulul 'azmi ini diangkat darjatnya di peringkat yang tinggi. Maka jangan mudah mengeluh kerana keluhan adalah sikap orang yang berputus asa, orang yang berputus asa adalah mereka yang putus harapan dari raja' kepada Allah. Maka doakanlah untuk kita dan kepada sahabat agar diberikan Allah kehebatan melawan ujian-ujian mendatang. Tapi tanpa ujian manusia tidak tahu mengukur skala imannya. Maka berterima kasihlah pada ujian Allah kerana itu tanda Allah menyayangi kita.

Monday, October 13, 2008

Hak-hak muslim terhadap saudaranya

1-Menjaga rahsia adalah amanah
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Jika bercerita seorang saudara kepada saudaranya kemudian saudaranya itu merahsiakan dia dikira amanah"
-dikeluarkan oleh Tirmizi


Apa sangat merahsiakan apa yang diperkatakan oleh sahabat, cuba kita tutup mulut dari mengata aib sahabat, tidak rugi kerana jika kita menutup aib sahabat maka Allah akan menutup aib kita. Suatu perkara yang susah juga untuk tidak berkata kerana resam lidah adalah bercakap hal orang lain tapi rahsia kita? Semestinya ditutup serapat-rapatnya. Maka resam yang tidak baik ini perlu dijauhi, cuba andaikan sekiranya rahsia kita dibongkarkan orang walaupun rahsia tersebut telah diMOUkan agar tidak diwar-warkan tetapi tetap juga berlaku, lantaran kita tersilap memilih orang untuk kita luahkan rahsia tersebut? Maka cuba-cubalah bersikap untuk membisu sedikit dari bercakap keterlaluan? Banyak cakap banyaklah silapnya, banyak silap banyaklah dosanya, banyak dosa? pengakhirannya ... (na'uzubillah).

2-Sentiasa redha dengan sahabatnya
Miliki hati yang bersih terhadap sahabat. Walaupun sahabat memiliki pangkat yang lebih tinggi, harta yang sedikit banyak, kehebatan berada di depan khalayak, dikenali, disukai ramai, cuba bersikap positif dengan kecapaian anugerah Ilahi kepadanya. Kerana kehebatan semuanya dari Allah. Mengapa perlu ada sikap irihati atau hasad terhadap kejayaan sahabat? Dan sepatutnya kita sama-sama bersyukur dan sentiasa berdoa demi kesejahteraan sahabat dan akan menegurnya sekira sahabat tersilap. Kita mudah untuk merasa irihati atas kehebatan sahabat tapi payah untuk menegur sahabat sekiranya sahabat melakukan sesuatu yang luar kawalan.

3-Muslim perlu mencintai kebaikan yang ada pada sahabat walaupun sahabatnya itu tidak memberi kebaikan kepadanya.
Rasa susah sedikit untuk ku huraikan maksud ayat ini. Terkadang aku juga memerlukan kebaikan dari sahabat? Jauh lagi menjadi sahabat yang berkualiti mengikut kehendak Islam. Jangan mengharap kebaikan sahabat untuk kita terus menjalinkan persahabatan, kemungkinan kebaikan padanya tiada, tidak pernah belanja kita makan, tidak pernah menghadiahkan sesuatu, tidak pernah menegur kesilapan yang kita lakukan, tidak pernah jadi imam jika solat bersama, tidak pernah menghulur wang minyak jika keluar bersama dan sebagainya yang tidak tertulis jika ditulis, namun mungkin juga sahabat yang tiada kebaikan di mata kasar ini sentiasa berdoa kepada kita? Mungkin doanya dimaqbulkan Allah walaupun tiada kebaikan yang kita dapati darinya (yang bersifat material).

Namun begitu jika kita merasakan persahabatan ini perlu diteruskan demi setiap mukmin itu bersaudara maka give n take perlu dalam jalinan persaudaraan ini. Sayangilah dia kerana Allah Taala. Ya sahabat, sepertimana Ustaz Yahya Othman sentiasa melukirkan kata "ana uhibbukum fillah" dan taraf mukmin jika ingin digelar mukmin semestinya lafaz ini di bibir kita. Buat ahli usrah i-j (bila nak cari nama yang sesuai ye, guna dulu nama ini sebelum dapat nama yang sesuai) ingin ku lafazkan buat kalian "ana uhibbukunna jami'an fillah" moga usrah kita semakin mantap dan syukran jazilan atas segalanya.

Saturday, October 11, 2008

Seni muamalat sesama manusia 2

Allah melarang keras manusia bersikap sombong dan bongkak. Ketika rasa mazmumah mula menguasai diri maka sematkan pada diri bahawa asal keturunan manusia itu sendiri, lahir dari air mani yang keluar dari tempat yang bawah. Maka perasaan buruk itu akan terpadam atau malap dengan sendiri. Apa sangat dengan kehebatan yang ada pada diri?jika anda pandai berceramah bukannya bakat tersebut wujud sendiri tapi ianya dari Allah, jika anda pandai berpolitik ianya bukan terbit dari anda tapi anugerah dari Allah. Terkadang kehebatan yang muncul dari kita menyebabkan kita rasa "aku memang hebat", kita boleh rasa hebat tapi perlu disandarkan kepada kehebatan dari Allah. Mungkin rasa-rasa ini menyebabkan pejuang Islam makin sirna dengan akhlak yang ditarget tapi makin bersinar dengan riya', na'uzubillah. Terkadang dalam mengata kepada musuh tapi banyak kelemahan dtersandar pada bahu, moga perjalanan dalam menegak ad-din tidak berkecai dengan sikap kita (yang banyak gejala-gejala yang dilarang Allah Taala)

ولا تصعر خدك للناس ولا تمش فى الارض مرحا ان الله لا يحب كل مختال فخور
لقمان 18

Maksud:Janganlah kamu memalingkan muka dari manusia kerana kesombongan, dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekelian orang yang sombong dan membanggakan diri

Tok guru sentiada berpesan sekiranya kamu tidak mengakui Allah sebagai tuhanmu maka carilah tuhan lain dan dunia lain untuk menumpang hidup.

Seni bermuamalat sesama manusia

Sahabat dari Bumi Kinanah menghadiahkan kutaib (buku kecil) kepadaku demi Bahasa Arabku tidak tinggal kerak, maka inginku berkongsi dengan sahabat tentang buku kecil yang sarat dengan ayat Al-Quran dan hadith tentang bagaimana cara interaksi sesama kita. Buku yang ditulis oleh Ustaz Wajdi Ghanim ini mengatakan bahawa kejadian kita bukan sahaja untuk beribadat kepada Allah malah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjaga pertalian sesama kita. Larangan riba kerana ia membebankan, apabila berniaga perlu bersikap amanah, suasana di dunia perlu dipercantikkan demi keselamatan di akhirat esok. Tok Guru Nik Aziz selalu berpesan kepada rakyatnya apabila kita musafir ke Kuala Lumpur kita tidak menyediakan bekalan kerana di tengah perjalanan kita akan dapati makanan di kedai-kedai sepanjang perjalanan, tapi suasana akhirat bukan begitu. Dunia tempat untuk mengaut segala pahala (yang tidak dapat dilihat) dan akhirat bayaran pahala untuk memperolehi syurga (dengan syarat memperolehi rahmat dari Allah).

Ustaz Wajdi Ghanim membawa pembaca agar menghayati erti kita sebagai orang Islam yang bermakna penyerahan, kepatuhan, ketaatan secara mutlak hanya kepada perintah yang datang dari Allah Taala. Tanda penyerahan tersebut bukan sahaja berkata لا اله الا الله محمد رسول الله sahaja malah para penganut Islam perlu melakukannya tanpa pilihan, solat lima waktu, berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturrahim, berbaik dengan jiran, makanan yang baik (halal). Sebagaimana firman Allah Taala

انما كان قول المؤمنين اذا دعوا الى الله ورسوله ليحكم بينهم ان يقولوا سمعنا واطعنا واولئك هم المفلحون


Bermaksud:
Jawapan orang-orang yang berimana itu apabila mereka dipanggil Allah dan RasulNya, supaya berhukum (diputuskan perkara) di antara mereka iailah: Kami dengar dan kami patuhi. Itulah orang yang beroleh kemenangan

Sekiranya anda seorang muslim, adakah anada akan menyerahkan segala urusan dunia anda kepada Allah Taala atau separuh sahaja?Adakah anda hanya memilih Islam yang sesuai dengan jiwa anda?

Apabila kita masuk Islam kita perlu masuk secara totaly bukan separuh-separuh sahaja. Buku kecil ini terlalu berharga apabila diteliti dan difahami. Semoga perkongsian sedikit ini memperoleh ganjaran sebaiknya dari Rabbul Izzati.



bersambung

Friday, October 10, 2008

Salam muqaddimah

Assalamualaikum warahmatullah

Dalam muqaddimah penulisan ini segala kesilapan sedikit atau sebesar dimaafkan kerana jari ini sudah lama tidak menukil sesuatu pada kertas atau lakaran elektronik ini. Maka diteruskan penulisan demi perananku sebagai penda'e kerana apabila lafaz laa ila haillalah di ucap maka kamu adalah pendakwah.Moga-moga secara bertatih ini ku mampu menulis dan melukir demi kerana Allah, demi Islam lebih diamati dan dipraktik oleh semua manusia yang bernama insan.

Permulaan Jumaat sebesar-besar hari kumulakan coretan pertama, peranan para sahabat menggalakkan demi mempunyai ruang untuk mempamerkan penulisan. Ok kuteruskan, terima kasih semua, semangat kalian memberikanku kekuatan. Terimbau seketika semasa menuntut di Mesir, aku pernah menjadi editor untuk majalah Suara Kampus Edisi Kelantan dan kolumnis dengan nama Kakak, moga-moga penulisan ku ini tidak ditelan zaman dan kesibukan. Insyaallah sedikit ilmu yang ada bakal dikongsi dengan semua. Syukran wa ila liqa'