Wednesday, May 27, 2009

Bahas @ tesis keadilan

Semasa aku belajr di al-Azhar cara untuk menulis bahas (tesis) bukan menjadi satu perkara yang payang untuk dilakukan, kerana susah untuk mencari rujukan tapi untuk emnulisnya bukannya payah kerana kami hanya perlu menulis di kertas kajang atau kertas A4 tanpa perlu menaip di komputer. Betapa canggihnya, kurasakan.Tidak perlu menulis bertatih-tatih dalam bahasa arab. Menggagau juga untuk mencari huruf-huruf arab. Tetapi kalau yang belajar di peringkat M.A semesti penulisan adalah ditaip. Tetapi biasanya pelajar kita mengupah sesiapa yang menaipnya. Dalam keadaan kepayahan untuk mendapatkan laptop atau komputer. Betapa kami tidak dikurniakan kemudahan seperti pelajar di Malaysia atau over sea yang lain. Itu lah sistem al-Azhar yang ketinggalan sistem komputernya tetapi tetap canggih tentang keilmuan thurasnya. Aku tetap berbangga dengan al-Azhar, segala sistemnya adalah simpanan dalam kertas dan ditulis tangan.

Kini aku sambung belajar di bumi Malaysia, dan terasa susah padaku kerana perlu menaip dan membetulkan tulisan atau bahasa sebaiknya dalam tesisku kali ini. Tetapi untuk mencari rujukan bukan suatu kepayahan kepadaku. Begitu dalam melaksanan kan sesuatu kerja pastinya adalah payah dan senangnya. Bahas akau kali ini ialah antara syarat bagi qadi ialah adil. Syarat-syarat qadi banyak dan aku menggemari syarat adil.

Adil yang tidak condong kemana-mana pihak. Selepas kes Perak terjadi keadilan menjadi semakin pudar di neagra kita. Kes Altantuya juga tiada penghujungnya, disebut bakal disumbat ke ISA, maka adil lah hanya membisu dan merelakan apa yang pihak atasan lakukan. Kebenaran perlu diperjuangkan, keadilan Islam adalah keadilan yang sebenarnya.

Bhas akanku sudahkan tetapi isu keadilan akan selamanya dipertaruhkan di kamar penghakiman. Mka bertindakalah atas landasan keimanan bkan kenafsuan. Hukum Allah amat-amat adil tidak mengenal sesiapa, maka adili diri, sahabat, keluarga dan sesiapa dikeliling saya, awak, anta, kamu dengan nilaian iman bukan hitungan nafsu semata.

Tuesday, May 26, 2009

ukhuwwah fillah





Usrah kali usrah santai di marrybrown sambil menghafaz surah al-insan. Aku sebenarnya pernah menghafaz surah ini tapi berterabur sebab tidak menghafaz secara istiqamah, menyebabkan hilang begitu sahaja. Maka dalam usrah kami aku mengsyorkan selepas kita baca tafsir kita hafaz, baru ingat dan lekat di kepala. Maka secara paksa rela 31 ayat dapat di semat ke dada, moga2 hingga akhirnya melekat InsyaAllah. Melalui usrah kita mendapat pelbagai manfaat yang tidak dapat dibilang dengan jari, dan alhamdulillah aku berbangga dengan ahli usrah yang ada.

USRAH!!Ada juga sahabat yang rigid dengan perkataan usrah, pernah usrah diadakan yang datang hanya beberapa orang sahaja. Betapa takutnya dengan perkataan usrah. Makanya perkataan usrah perlu ditukar kepada ceria group atau kumpul suka atau sebagainya (rekaan semata).Kenapa perlu takut kepada salah satu pentarbiahan diri? kita takut untuk emnundukkan nafsu maka akan semakin bergeloralah nafsu dalam diri. Nafsu yang tidak mahukan perubahan. Kembali ke tanah air menyebabkan aku tidak mendapat kepuasan bila berusrah, menyebabkan aku mengumpulkan sahabat-sahabat yang sekepala dan pastinya menjadi tunjang kepada muslimat negeri dalam melakukan kerja di kawasan, negeri atau NGO2 Islam. Aku tidak suka kiranya memaksa sahabat-sahabt untuk berada dalam lajnah muslimat contohnya dengan terpaksa, kerana kita bekerja dengan ikhlas bukannya dipaksa, tidak perlu marah-marah dalam sesuatu perkara yang tidak patut. Untuk mendapatkan tenaga kerja yang tidak berbayar ini bukan mudah, makanya tenaga yang ada perlu dilayani sebaiknya selaku ukhuwwah fillah.

Usrah memainkan peranan yang amat penting kepada pekerja-pekerja parti Islam. Fikiri dan muhasabah sebaiknya. Kiranya kita miliki kumpulan usrah yang pelbagai tidak rugi untuk hadiri, moga-moga dihisab Allah dan diirakan Allah pahala yang berpanjangan.

Monday, May 25, 2009

perlembagaan Malaysia dikoyak2

Isu Perak yang tidak tahu bila ada koma atau noktahnya, tidak tahu dan tidak boleh dibaca. mengikut Tok Guru kiranya mahkamah yang menetapkan menteri besar biarpun dipilih rakyat. So tidak perlu ada pilihanraya di negeri yang kononnya berdaulta dan berpelembagaan kononya. Dalam keadaan hampir muktamar pelbagai juga isu yang hadir yang mencemaskan terkadangnya. Isu rasuah dalam parti Islam, aku secara peribadinya menentang pandangan tersebut, dan agak bersetuju dengan pandangan Dato' Mohd. Amar tidak perlu mengisytiharkan harta takut-takut ada isu rasuah. Kenapa perlu disiasat kiranya majlis syura telah menetapkan bahawa tiada rasuah dalam parti. Noktah dan teruskan agenda lain yang banyak lagi yang perlu dilakukan dan dibuat. Kerja baru bermula jangan cuba datangkan masalah di diapan. Masalah jangan dicari, kalau dah datang tangani dengan cara yang hikmat.

Rasulullah S.A.W telah mengajar kita bagaimana teknik-teknik berperang, bagaimana menghadapi musuh dan bagaimana kita diajar agar menjaga hazar dan kerahsiaan dalam peperangan. Tetapi apa yg kita pelajari nampaknya semacam ilmu diangin lalu, tidak ambil manfaat atas apa yang kita perolehi, dan kita sudah berani mengeluarkan kenyataan demi kenyataan atas apa yang berlaku. Kiranya bertepatan alhamdulillah tetapi sekira berlaku sebaliknya, bagaimana untuk membaiki dan menjernihkan kembali masalah yang kita timbulkan? Maka kiranya kita dilantik pada potfolio yang tidak kuang pentingnya dalam sesuatu organisasi atau dalam mana-mana kedudukan dalam parti sepatutnya perlu dirujuk apa-apa kenyataan yang ingin dipublicka, takut nanti fitnah yang tidak koma bakal melanda bukan setakat diri kita malah parti ISLAM ini.

Tidak rugi segala pentarbiahan yang diperolehi sebelum ini, kerana tempoh dahulu telah berlalu dan sekarang kita adalah kita yang telah ditarbiah secara efektifnya sebelum ini perlu melaksanakan tanggungjawab Islam kepada kita dengan sebaiknya.

Thursday, May 21, 2009

sang pemimpi

Aku terobsesi membaca dan mengamati buku tulisan Andrea Hirata bertajuk 'sang pemimpi'. Kukutip kata-kata Arai dalam buku ini "tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..." mimpi dahulu maka usaha untuk mencapainya. Mereka yang bercita-cita tidak rugi untuk bercita-cita kerana dengan mimpi dan cita-cita tersebut hidup kita lebih bermotivasi.

Kerana cita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke Paris, mereka (Arai dan Ikal) sanggup bekerja sambil belajar, meneruskan peringkat ijazah tanpa sedikit bantuan dari keluarga, semuanya dicari sendiri, bekerja sambil belajar. Kiranya mimpi itu dikhayalkan dan ditulis serta gerakkan tenaga dan daya untuk mencapainya. Sebelum aku ke Mesir, aku turut berkeinginan untuk belajar di Iran, bukan apa ingin mencari ilmu yang yang pure atau asli. Pelik juga kenapa asli? sebab aku melihat pengajian di Malaysia hanya pada kulitnya dan aku ingin mengetahui yang lebih lagi. Lalu tempat yang paling sesuai bagiku adalah Kaherah, gedung ilmu.

Sang pemimpi menceritakan bagaimana peritnya untuk mencapai mimpi, tetapi mimpi dapat dicapai bertahun-tahun selepas itu. Dari daerah Pulau Belitong sana, dapat menggapai cita-citanya menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. Di mana kita? segala kesenangan kita kecapi, tidak pernah memahami betapa peritnya untuk mendapat sedikit suapan, segalanya senang buat kita. Terkadang terfikir juga di benak, betapa senang hidup kenapa tetap malas untuk melakukan sesuatu yang berguna demi untuk diri dan masyarakat. Kita terus berkhayal dengan khayalan merugikan, bukan untuk orang lain tetapi untuk diri semata.

"biar kau tahu, Kal, orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semanagt dan mimpi-mimpi, dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi itu!!". "Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati..."

Wednesday, May 20, 2009

Kebebasan kehakiman yang semakin sirna

Dalam pengajianku dalam bidang kehakiman syarie sedikit sebanyak membuka mataku terhadap sistem kehakiman yang dilaksanakan di Malaysia. Maka dengan isu Perak yang tidak kita tidak tahu bila kesudahannya menampakkan kepada kita betapa sistem yang dijalankan di negara kita terlalu banyak khalalnya (cacat). Sistem perundangan atau al-quda' dalam Islam adalah rujukan yang dibuat oleh semua perundangan di dunia. Apabila kita membaca dan merujuk kepada sistem Islam maka ingin rasanya menjadikan Islam sebagai sumber rujukan atau pelaksanaan di Malaysia, tapi penantian tersebut tidak juga pasti bila akan berlaku.Usaha dan doa sahaja, selebihnya serahkan kepada Allah jua. Dengan platform PAS kita usaha tanpa henti. Allah tidak akan tanya kerja kita berjaya atau tidak tetapi Allah akan tanya kita buat atau tidak.

Dasar Islam yang dibawa adalah kesejahteraan rakyat, dan hakim tidak berada di mana-mana pihak. Tetapi di Malaysia itu amat bertentangan dengan apa yang kita pelajari. Apabila dikumpul dan dirujuk serta membaca tentang kebebasan yang ada kita semakin tidak bebas. Baru-baru ini kabinet telah memutuskan hak penjagaan anak-anak kepada ibu apabila berlaku pertukaran agama kiranya bawah umur. Pentafsiran bawah umur di Malaysia adalah 18 tahun, dalam Islam dalam umur 15 tahun. Sepatutnya umur 18 boleh diturunkan (itu pendapatku.

Dewasa kini terlampau banyak isu-isu kehakiman atau perundangan di Malaysia yang digugat oleh pelbagai pihak, dengan politik kuasa perlembagaan semakin digugat. Dengan isu Perak juga membuatkan kita membuka mata dan menelaah undang-undang Perak dan perlembagaan tentang Menteri Besar dan perlembagaan Perak. Dan pelbagai penafsiran keluar dari isu yang berlaku. Tetapi tetap mengajar rakyat bagaimana untuk memilih kerajaan yang benar-benar membawa rakyat ke arah kesejahteraan.

Monday, May 11, 2009

berakhir sebuah pemilihan

Pemilihan di peringkat negeri telah berakhir, menanti muktamar yang akan berlangsung pada Jun nanti. Dalam proses pemilihan kali ini pelbagai cerita yang kita perolehi, maka dengan cerita-cerita tersebut sedikit sebanyak telah mengoyakkan thiqah aku pada seseorang individu tertentu. Kenapa perlu kepada jawatan kiranya kita telah dipundakkan dnegan pelbagai jawatan dan tugas yang bertimbun, kenapa memerlukan lagi jawatan yang tidak berapa penting untuk kita tetapi kepada orang lain?


Hak untuk memilih pimpinan adalah hak kita, walau ada lobi-melobi pimpinan yang diperlukan oleh parti atau seseorang yang ada kepentingan tetapi hak memilih adalah hak kita. Kedapatan suara-suara tempias yang suka untuk memberitahu orang lain yang kawan kau itu tidak angkat tangan memilih kamu. Tidakkah akan berlaku kekeliruan antara dua sahabat itu, bukan sahaja dua sahabat maka sahabat-sahabat mereka atau orang yang mengenali mereka akan berlaku khilaf. Ini dikatakan juga batu api, 'annamimah la yadkhulul jannah' batu api (yang suka mengapi-apikan) tidak akan masuk syurga. Kita merasa perkara tersebut kecil sahaja tetapi sebenarnya akan menyebabkan dua hubungan insanian atau ukhuwwah terpisah dan bermasam muka. Prinsip dalam memilih adalah kerahsiaan, tidak perlu mewar-warkan kepada orang luar. Semuanya kita telah belajar dalam proses pentarbiahan di universiti atau mana-mana institusi kita alami. Perkara yang telah dipelajari perlu disemat kukuh dalam ingatan bukannya dilemparkan entah kemana.


Jawatan adalah ujian, begitu juga pangkat dan anugerah-anugerah dari dunia. Ujian yang boleh menyesatkan atau menjatuhkan kita dari landasan iman. Minta dijauhkan Allah Taala. Sebanyak mana zikir yang dilafazkan sebanyak itulah tentera-tentera syaitan datang untuk menggoda kita. Setinggi mana pangkat kita dalam jemaah sehebat itu lah syaitan datang mengkelabui iman kita. Ada sahabat aku mengatakan akan berada di kedudukan ini (mungkin jawatan dalam parti) selagi mana orang masih sayangkannya. Tidak betul dan aku amat-amat tidak bersetuju dengan pendapatnya, keberadaan dalam jemaah adalah untuk kemaslahatan bersama, dipilih kiranya ahli tahu kemampuannya sebagai pemimpim, hatta kerja sebagai pengerusi tetap yang beroperasi sekali setahun tetapi tanpanya akan berlaku kelam kabut, kiranya ketiadaan dalam mengendali muktamar atau mesyuarat. Semua sudut dalam pimpinan adalah penting walau namanya tiada dalam senarai atau mukanya tidak muncul dalam paper atau pentas. Tetapi tugasnya amat besar dalam menjadikan perjalanan muktamar atau mesyurat berlaku dengan baik.

TAHNIAH kepada adik-adik AJK Muktamar Muslimat Negeri Kelantan yang sedaya upaya menjayakan muktamar tersebut. Walau kalian baru dalam bidang ini tetapi pengalaman yang bakal diperolehi adalah yang termahal. Jadikan kemarahan atau kecacatan yang diperbuat tanpa sengaja itu pengajaran yang paling berguna.

Tuesday, May 5, 2009

Ulama' dan umara'

Sekarang perbahasan tentang ulama' dan umara' kembali muncul dalam akhbar-akhbar dan blog-blog. Ada yang mempersetujui dan sebaliknya. Kiranya perkara ini telah diputuskan oleh pimpinan kenapa perlu timbul pelbagai andaian yang sebegini. Ada sahabatku yang mengatakan perkara tersebut boleh diperbahaskan kerana tidak termaktub dalam perlembagaan parti. Aku mencelah tidak semestinya tiada dalam perlembagan tidak boleh pegang apa yang diputuskan dalam muktamar. Apa yang tidak termaktub boleh diputuskan.

Syura telah diadakan maka telah diputuskan maka seia sekata apa yang diputuskan perlu dilaksanakan dan dipatuhi. Rasulullah S.A.W dan para sahabat paling kerap mengadakan mesyuarat, apabila sesuatu perkara diputuskan serta dilaksanakan tanpa berpaling ke belakang sama ada suka atau sebaliknya. Kenapa perkara yang diputus tidak mampu dilaksanakan oleha kita? Majoriti atau sistem demokrasi yang dilaksana dalam PAS telah dipraktikkan dengan baik sebelum ini. tetapi sekarang ini semakin bertambah orang yang hebat dari segi bidang pengajiannya menyebabkan timbul suatu yang tidak wajar dalam keputusan yang telah diputuskan oleh pihak atasan. Dimana baih dan sumpah yang dilafazkan oleh kita sewaktu program atau muqayyam dari tarbiah.

Jangan semakin tinggi ilmu atau ijazah yang diperolehi semakin tinggi keegoan kita. Kena tepuk dada tanya iman dan tarbiahan dalaman kita masing-masing.

Monday, May 4, 2009

Teguran membina bukannya menyakitkan

Blog dan web menjadi medan untuk menyakitkan perasaan seseorang atau menceritakan perihal peribadi sama ada berbentuk naluri perasaan yang dialami olehnya. Terkadang kita merasa malu apabila cerita rumahtangga ditulis, mungkin perasaan bahagia bila bergelar suami atau isteri ingin dikongsi bersama sahabat yang membaca blog kita. Perasaan yang tak terbatas dilukis dalam blog.

Juga melakar perasaan marah dan perasaan tidak puas hati terhadap seseorang menggunakan ayat yang juga menyakitkan kita yang membaca, padahal kita tidak kena mengena dengan orang yang dimaksudkan, tetapi di situ keterlancaran ayat tempias juga kepada orang lain.

Membaca dan mengulas apa yang ditulis oleh seseorang perlu menggunakan ayat yang sebaiknya. Cara berhikmat selaku kita seorang yang ditarbiah dari segi dalaman dan luaran. Komen yang aku baca dan teliti melalui blog semestinya tentang komen kepada tulisan Ustaz Nik Abduh terkadang memeningkan kepala. Ada juga kedapatan ayat yang menyakitkan, tidakkah kita boleh mengkomen dengan ada rasa tawaddu' dan hikmat, anak Tok Guru ini sahabat kita juga. Jika kita ditegur tidak memakai stokin (bagi muslimat)kita bukan ingin melihat kepada teguran yang dibuat sahabat tetapi siapa yang menegur aku. Tilik dulu diri kita kiranya kita ada kekurangan, kiranya kita sudah mengenakan pakaian yang dituntut oleh Islam maka tengoklah kepada penegur tersebut. Mungkin ada disitu penegur tersebut yang salah.

memang iman tidak dapat diwarisi seumpama harta tetapi percikan dari ayah kepada anak ada kesannya. Dan sianak bukan tidak mengaji atau belajar seumpaman ayahnya, kemungkinan ilmu yang dikuasai ayah melebihi anak atau sebaliknya. Pendapat tidak semestinya sama, tetapi pendapat perlu dihormati. Bagaimana untuk menghormati pendapat sahabat? Rai dahulu atau puji kemudian bahas satu persatu bukannya dengan ayat yang menyakitkan. Penerangan dari akhbar lagi memeningkan kita. Bakal membakar ukhuwwah sesama kita. Maka kepada para blogger ulaslah, komen, tulislah tetapi prinsip penulisan Islam perlu disemat dikepala tidak perlu diketepikan. Bukan untuk berlaku sinis tapi betullah qulil hakk walau kaana murran.