Wednesday, April 29, 2009

Perangai muslim di rumah

Kitab yang dikarang oleh Ustaz Wajdi Ghanim tentang perangai seorang muslim di rumah, telah digarap dengan sebaiknya. Ibubapa memain peranan yang penting dalam pendidikan anak-anak di dalam rumah, kebersihan, pengurusan, adab dan sebagainya. Pengurusan rumahtangga perlu diajar kepada anak-anak, contohnya mengemaskan tempat tidur setelah bangkit dari tidur, mencuci pinggan atau gelas selepas digunakan, tidak membuang kertas coklat merata-rata, menolong ibubapa di rumah dan sebagainya. Jika melihat anak-anak di depan televisyen contohnya jangan dibiarkan terus. "Along tengok tv hanya 1 jam, lepas itu ulangkaji pelajaran atau bantu ibu didapur", contohnya.

Aku punyai adik-adik lelaki yang ramai (3 sahaja) maka amalan mencuci gelas atau pinggan yang telah digunakan telah kupraktikkan lama dahulu. Memang menjelmakan kemarahan pada mulanya, yelah hampir hari-hari memperingatkan lepas makan basuh/cuci,tetapi ajaran tersebut lekat juga dengan diingatkan setiap hari.

Kita melihat kaum lelaki di Kelantan membiarkan urusan rumahtangga diserahkan seratus peratus kepada kaum wanita, tidak sepatutnya ia berlaku. sepatutnya kaum lelaki atau kaum bapa menjadi penolong yang setia kepada isteri atau ibu atau kaka atau adiknya pengurusan di rumah. Aku rasa pekerjaan di luar rumah tidaklah memenatkan sangat jikalau hanya bekerja dalam penghawa dingin, tidak keluarkan peluh. Maka peluh dan tension perlu dilakukan di rumah. keluarkan peluh dengan menggosok baju, menyapu rumah dan seumpamanya. Apa salahnya membantu isteri memandikan anak, tidak salah dan tidak akan menjatuh status anada, malah mengeratkan hubungan antara suami isteri dan akan memahami perasaan seorang isteri suri rumah.

Kerja suri rumah adalah kerja 24 maka hargai isteri anda, ibu anda sebaiknya. Hadith Nabi yang bermaksud "Jangan menjadikan rumah kamu kubur" maka maksud hadith ini jangan sunyikan rumah kita dengan tidak adakan solat, solat-solat sunat (sunat di rumah dan wajib di masjid untuk kaum lelaki khususnya)zikir, ingatan dan sebagainya. Jika ada tetamu yang datang ke rumah kita maka rai mereka sebaiknya. Kerana tetamu mendatangkan rahmat dan mengeluarkan bahana. Pepatah arab ada menyatakan (khatiru rramad) banyak abu kerana tetamu ramai dikatakan tuan rumah tersebut seorang yang pemurah.

Hendak merealisasikan sebuah hadith bukan suatu yang mudah, tetapi kita boleh meralisasi dengan cara yang beransur-ansur. Sematkan tekad laksanakan hukum, moga jadi satu cara kehidupan yang bertunjangkan Al-quran dan Sunnah.

Tuesday, April 28, 2009

pandangan2 yg panas

Kita merai padangan, tetapi terkadang kita akan rasa panas dengan pandangan, hatta dari sahabat yang baik , memahami kita terkadang berlainan pendapat dari pandangan kita. Itu adalah perkara biasa. Ustaz Nik Abduh dalam blognya meredakan isu yang ditimbulkan olehnya. Aku rasa pendangannya dapatku fahami dan agak bersetuju dengannya.


Ustaz juga telah menerangkan siapa pembantu tok guru dalam politik khususnya. Di sini bukannya untuk mencari siapa yang Ustaz N.Abduh maksudkan, tapi jadikan iktibar dan sempadan buat diri kita, dalam perjuangan ini adalam muslim, kafir dan munafik. Hatta perjuangan Rasulullah bersama sahabat. Khalifah Uthman bin affan juga dibunuh oleh sesama Islam, maka dalam selut kita tidak pasti siapa yang bersalah. Maka jika terasa maka istighfar dan bertaubatlah, jangan sesekali PAS ini jatuh di tangan kita, na'uzubillah.


Dengan harapan dengan keluarnya pandangan Ustaz N.Abduh ini maka boleh melegakan urat saraf sesiapa yang terasa terseliuh pandangannya. Sikap mereda perlu ada dalam politik ini. Moga kita tidak akan bermasam muka dengan hanya sedikit pandangan yang khilaf. Redha meredhai dengan kekhilafan yang berlaku, agar tidak berlaku perpecahan.

Isu bertambah sempena muktamar?

Lantaran isu yang dikeluarkan oleh ustaz Nik Abduh terasa kepanasan semuala isu muqabalah yang asalnya dari muzakarah yang diingini oleh UMNO. Muqabalah (pertemuan) yang diminta dari UMNO di pause sekejap oleh pimpinan PAS. Semuanya ada pandangan masing-masing, tetapi keputusan majlis syura adalah yang perlu dipakai dan diguna serta diwala'kan. Kata-kata atau pandangan dari bawah boleh dikeluarkan tetapi jangan sampai mengubah wala' dan thiqah kepada pimpinan atasan.

Aku bersetuju dengan pandangan Ustaz N. Abduh tentang perbincangan yang dikeluarkan dari blognya. Dan ada juga yang mensyarahkan matan yang dikeluarkan. Kita hanya boleh bersetuju atau tidak, terserah. Kiranya ada hujjah sila keluarkan, tidak bermasalah. tetapi jangan sampai isi yang diketengahkan menyebabkan antara kita berpecah. Mazhab terbentuk lantaran pandangan yang berlainan. Rasulullah ketika hidupnya adalah pentafsir kepada hukum dan masalah yang timbul. Ketika ketiadaannya ulamak mengeluarkan pendapat (ijtihad), maka kita hari ini menggunakan pandangan mereka yang diiktiraf. Dimana-mana organisasi akan berlaku percanggahan pandangan, maka kita memerlukan ilmu untuk berhujjah. Hujjah ma'qul (diterima) maka InsyaAllah diterima.

Dan sebelum kita menghentam pandangan seseorang sepatutnya ada ilmu untuk diri kita untuk kita perdalamkan perbahasan tersebut. Aku juga bersetuju dengan ustaz pada

"Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.


Sedikit kita belajar tentang ilmu agama terus kita mendabik dada dengan mengeluarkan hukum yang rasa sesuai dengan rasa kita. Ilmu agama diperolehi dengan cara yang bukan mudah, menadah kitab dengan tok guru berzaman terkadang tidak mampu juga untuk berijtihad, maka susunan ilmu yang ada untuk berijtidad telah ditetapkan dalam fiqh. Sekurangnya kena ada 14 ilmu, bukan hanya faqeh dalam usuluddin semata atau syariah semata. Ilmu kedua usuluddin dan syariah perlu sebati. Bahasa arab ditahap boleh membaca kitab, memahami dengan kjelas nahu dan sarofnya, dan pelbagai lagi ilmu yang tidak akan disebut di sini.

Aku thiqah dengan pimpinna yang ada, kiranya aku terasa wala'ku menghampiri penghujung maka kuperbaiki wala'ku kerana aku takut Allah menghancurkan parti Islam lantaran wala' yang makin terjejas dari kalangan ahli.

Monday, April 27, 2009

Kita pilihanraya lagi

Apa perasaan dalam prk kali ini. Buat masa ini tidak terjelma lagi sengat untuk turun membantu jentera, mungkin jentera belum lagi bermula tetapi perancangan sudah bermula. Nampaknya prk kali ini bermula sebelum 4 hari muktamar PAS berlangsung. Ketika prk Permtang Pauh tahun lepas berlaku selepas sahaja muktamar PAS di Ipoh, Perak. Tidak tahu juga apa helah dari pihak SPR. Tetapi hampir berkebetulan statement dari YB Dato' Mohd. Amar yang mana-mana prk akan berlangsung semasa PAS sedang bersiap sedia dengan kerja muktamar atau selepasnya beberapa ketika.

Mengharapkan SPR tidak berada di mana-mana pihak, tetap dengan pendirian yang satu. Harapan dari kita tetap akan berlaku, namun pihak yang berkenaan perlu berani untuk menegakkan kewibawaannya di persada keadilan.

Aku begitu mengharapkan yang PAS akan meletakkan calonnya. Semangat untuk bekerja akan bertambah kiranya calonnya dari PAS. Tetapi berserah sahaja kepada pihak atasan, aku yang berada di sini perlu wala' dan patuh dengan keputusan yang diambil oleh pipmpinan parti. Maka wala' jika sekiranya kamu suka atau benci. Jika kita masih lagi kabur tentang wala' maka bacai dan telitilah tajuk ini dengan sebaiknya.

Sunday, April 26, 2009

kalah dalam menang

Tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya ke peringkat final. Dengan kehadiran berpuluh ribu penyokong di Stadium Bukit Jalil menyatakan sokongan yang padu kepada pasukan Kelantan. Wakil kalah dengan penalti tetapi, kemenangan telah kita miliki dengan melangkah ke final. Dalam kita menghadapi kemenangan perlu diselitkan juga rasa kekalahan. Apa makna kalah dan apa makna menang. Semuanya ujian jika ia berlaku dalam hidup kita. Menang dan kalah adalah ujian dari Allah. Menang pastinya ada perasaan riya', ujub dan seumpamanya, minta dijauhkan. Kalah akan meningkatkan kualiti hidup dan motivasi makin meningkat. Dalam pengajianku di al-Azhar aku sentiasa bertemu dengan perkataan rosibah (gagal) dalam ujian. Tetapi dengan kekalahan tersebut aku bermuhasabah kenapa boleh gagal, maka bermula dari diriku dan hingga hubunganku dengan rakan taulan muhasabah tanpa henti. Ada kalanya satu hari suntuk bermuhasabah dengan kegagalan tersebut. Dengan kalah kita akan bermuhasabah, tapi dengan menang adakah kita akan bermuhasabah?

Dalam hidup pastinya akan bertemu dua lawanan ini, pastikan diri kita bersedia untuk menerima kalah atau menang tapi yang utama berlawan terlebih dahulu dengan segala persiapan yang padu. Jika kita kita dengan persediaan yang baik kita kalah dengan bergaya, kerana tawakkal diserahkan sekiranya usaha, doa dan tawakkal dilakukan.
Apa yang berlaku menjadi muhasabah kepada kita, adat pertandingan ada menang ada kalah, maka dengan kekalahan akan menambahkan lagi semangat yang ada, InsyaAllah.

Thursday, April 23, 2009

sikap yang tidak diingini menghampiri

Dalam pemerhatian dalam hidup menjadi sebuah pengalaman, walau pengalaman dari sahabat dan taulan dan manusia disekeliling kita namun itu adalah sebuah ilmu yang perlu dijadikan pedoman untuk perjalanan hidup kita. Sekurangnya kejadian yang tidak best tidak menghinggapi diri kita dan keluarga jika kita berhati-hati dan bersikap cakna dan ambil berat tentang apa kejadian yang berlaku. Jangan ada sikap 'mujur benda ni berlaku kepadanya bukan padaku' sikap ananiah (individualisme) tersebut memang membakar kebajikan yang ada dalam diri.

Pernah satu ketika staf bawah tidak mendengar apa yang diputuskan dalam mesyuarat masalah yang baru atau rekaan ke pihak yang tinggi. Disini mengadakan cerita yang tiada dan merosakkan nama boss. Berapa dosa yang diperolehi dan berapa banyak pahala yang terkorban.

Melihat dan mendengar dari sahabat sebenarnya menguatkan lagi ilmu dan pengalaman diri kita. Sekarang sahabat sedang menghadapi dugaan, maka ringankan telinga dan hati untuk mendengar rintihan dari sahabat, kita tidak rugi bahkan sedikit meringankan bebanan sahabat, paling kurang?

Iman yazid (bertambah) dan yankus (mengurang) terletak dimana kita menguasai diri kita. Iman tetiba menjadi kurang dan kitalah yang mengkontrolkan keimanan tersebut. Ketika kita mendapat sms dari seorang wanita yang halal kawin dengan perkataan sayang, abang, bagaimana respon dari kita, menjawabnya atau membiarkan. Itu bukan isteriku, bukan suamiku. Maka nilaian iman yang memainkan peranan. Iman adkan wujud dengan ilmu, maka belajarlah selagi mampu. Informal atau formal. Banyak pengajian halaqah di Kelantan, maka jangan disia-siakan , tadah ilmu selagi sempat kerannanya ianya jalan mudah untuk ke syurga selagi tidak berlaku dosa besar dan syirik kepada Allah.

Tuesday, April 21, 2009

Yang pergi adalah kenangan

Semalam bersama AJK Muslimat Negeri kelantan dan AJK Tarbiah Negeri adakan bacaan yasin di rumah arwah Us. Wan Jamil di Wakaf Bharu. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan. Kak Arniwati merupakan AJK Muslimat Negeri Kelantan, banyak memainkan peranan ke arah membangunkan Islam di Kelantan.

Inilah yang dapat dilakukan kepada Allahyarham dengan membaca yasin dan mendoakan agar rohnya dirahmati Allah, kiranya kita semasa hidup sentiasa berbakti kepada manusia, maka di hari kematiannya orang ramai akan turut bersedih dan mengiringi pemergian simati ke tanah perkuburan, tanda kasih dan sayang semasa hidup dahulu, juga turut mendoakan simati sentiasa.

Jika kita bermuhasabah sedikit, adakah di hari kematian kita nanti orang ramai turut mengerumi jenazah kita dan turut bersolat jenazah? Maka berbuat baik sesama insan itu yang paling utama, jika umat di bumi meredhai kita maka orang makhluk di atas turut meredhai kita. Jika kita tidak pandai untuk berbaik dengan orang maka akan kesepianlah hidup ini.

Saiyyidina Umar Ibn Al-khattab menganjurkan kita agar bermuhasabah selalu, setiap kali henda menutup mata mata maka kiralah sebanyak mana pahala telah dikutip pada siangnya, dan banyak mana kesalahan yang telah kita lakukan.
Hasiblah diri kita sebelum ajal mendatangi

Monday, April 20, 2009

Lari dari masalah atau hadapinya

Masalah atau ujian yang mendatangi pasti akan ada untuk kita dan hati kita. Bagaimana untuk setlekan, samada berdepan atau melarikan diri dari ujian tersebut. Jika kita seorang yang mampu untuk hadapi kemungkinna yang akan berlaku kepada kita dan ada sikap berani maka kita akan hadapinya.

Masalah perlu diselesaikan dengan hikmat, bukannya melarikan diri dengan menghiraukan apa yang berlaku. Kita mahu ignore apa yang kita hadapi. Betulkah matlamat atau cara yang kita katakan atau kita handlekan. Cara hikmat perlulah difikirkan sebaiknya oleh kita. dan jika kita ada sijil atau ijazah maka ujian tersebut makin tinggi dan bakal menggugat keilmuan dan keimanan kita.

Aku sebagai sahabat rasanya ingin menghurai apa yang terjadi, tapi Allah jua yang memberi kekuatan dan penyelesaian atas apa yang berlaku.
Moga kekuatan adalah milik kita

Thursday, April 16, 2009

Kekurangan diri

Kita merasa rendah diri dengan kapasiti yang ada pada kita, contohnya ilmu, status, pangkat, harta dan sebagainya. Kita terkadanag lupa apa yang kurang akan menyebabkan taqarrub diri kepada Allah semakin bertambah, contohnya. Tetapi tidak pula difikirkan oleh kita betapa kekurangan tersebut menyebabkan kita lebih berhati-hati menjalani kehidupan di akhirat.

Kita terkadang hilang arah dalam kebenaran dan mencari-cari identiti sendiri. Kita yang hanya mengenal diri kita sebnarnya, segala rahsia dan kelemahan hanya kita yang mengetahuinya. Maka apabila disedari kelemahan tersebut ubati dan baiki mana yang terkurang atau tersakit. ini peranan kita bukan orang lain. Orang boleh mengatakan dan menegur tetapi kita yang dahulunya menjadikan diri kita seorang yang terunggul.

Jangan sesekalai menuding jari kepada orang lain jika masalah dan ujian mendatangi diri kita, keranan ujian tersebut adalah tahap ujian kematangan diri atau membaiki keleemahan yang kita ada. Banyakkan mendengar dan membaca al-Quran pastinya kita keseorangan.

Ujian yang datang dapat diganti dengan mendekatkan diri kepada Allah pastinya. kesakitan, ujian, mehnah, rasa diri dijauhi sahabat, tidak dikasihi sahabat, isteri, suami, segalanya ujian tersebut dapat mentaqarrubkan diri kepada ALLAH. Mengapa kita mudah melupakan ALKHALIK jika berlaku situasi menjerat diri sebagai alasan dan penguat kepada kita? Memang tidak mudah tapi mudahkan diri menghadapinya. Bacai sirah, nilai sirah dan lumatkan sirah dalam diri betapa Rasulullah S.A.W dan para sahabat hadapi yang lebih dari kita.

'Laa ila hailla anta subhaanaka inni kuntu minazzolimin'
Kita lebih mengetahui diri kita lebih dari orang lain, maka bermuhasabahlah aku dan kamu.

Wednesday, April 15, 2009

Koleksi mutiara kata al-Qarni

'Jangan bayangkan kebahagian yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercapat datangnya kesusahan dan kesedihan'

'Sebaik-baik sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda'

'Ibadah dalah kebahagian, kesolehan adalah keberhasilan, dan siapa beristighfar dan memperbanyak doa, maka ia adalah seorang hamba Allah yang soleh'

Tuesday, April 14, 2009

Hari-hari adalah hari untuk berubah

Moga-moga hari ini adalah hari yang terbaik dari semalam dan esok lebih terbaik dari hari ini. Tahniah kepada yang selalu memanfaatkan masanya untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk Islam. Berbuat baik kepada keluarga, mencari rezeki untuk keluarga, berbuat baik sesama insan, moga hari ini adalah hari perubahan demi sebuah perubahan pada sebuah ukhuwwah yang terbaik kita miliki.

Rasa sukar untuk berubah, tapi berjihad untuk berubah, pasti Allah akan menolong dan membantu kepada hambaNya yang berdoa dan memiliki azam yang berterusan.Faiza azamta fatawakkal 'alallah (Apabila kamu berazam/cita-cita maka tawakkal kepada Allah).

Kiranya ada ujian dan mehnah yang perlu diharungi, maka itu adalah jihad yang perlu dilalui demi sebuah perubahan. Kita pastinya tidak diduga seumpama orang dahulu, seperti diletakkan batu di dada, digunting kulit, dicabut kuku dan seksaan-seksaan yang terkadang tidak terfikir di minda, namun itu adalah sennarai yang pastinya kita mengalami kecuali ujian hati dan perasaan. Kesediaan untuk merelakan, meminta maaf, mengucap terima kasih, mengakui kesalahan dan contoh-contoh yang menjatuhkan ego pastinya.

Aku sebagai penulis pastinya diuji dengan kalamku, moga aku dibantu jua oleh sahabat sentiasa ditegur dan ditegur moga aku berjalan dengan langkahan yang baik bukannya senget tapi tetap tidak ditegur sahabat. Siapa yang menegur itu adalah sahabat yang menyayangikeranan berlandaskan ukhuwwah fillah.

Monday, April 13, 2009

Apa itu cinta

Ketika aku sedang menuntut di Azhar as-syarif pernah kami berbincang tentang cinta. Aku bukannya ahli dalam alam percintaan monyet, hanya melihat dan memerhati kawan-kawan menghadapinya, dan sememangnya aku tidak pandai bermuamalat dengan kaum lelaki lantaran belajar di sekolah perempuan dan hanya bergaul dengan kaum perempuan. Masalah tersebut dapat diatasi semasa aku berada di Mesir, bergaul dengan kalangan ahli KPKM (Keluarga Pelajar Kelantan Mesir)dengan sebaiknya, walau ada tergigit lidah, kerana dikatakan aku kasar. Biasalah dalam proses kebaikan akan terdapat teguran untuk menjadikan kita sebaiknya.

Aku membaca dan bertanya kepada sahabat kerana house-mate aku ditimpa cinta kepada lainan jantina ini, jadi aku bertanyakan sahabat aku tentang masalah yang dihadapinya, mungkin tiba masa untuk sahabatku itu mengalami perasaan kepada jantina yang berlainan. Disini aku catatkan nukilan dari Imam Ghazali:
"Apabila seseorang itu mencintai orang lain kerana Allah, maka hendaklah apabila membencinyakerana Allah juga. Sebab punca yang menyebabkan anda mencintai seorang manusia itu mestilah kerana dia amat taat kepada Allah, ataupun kerana dia dicintai di sisi Allah disebabkan amalan-amalannya yang baik. Tetapi bila orang itu bermaksiat kepada Allah, tentulah anda akan membencinya kerana dia menderhaka kepada Allah dan terkutuk di sisi Allah".

Untuk jatuh cinta kepada insan yang berlainan amat mudah, tetapi untuk cinta dan lakukan yang terbaik kepada Allah terasa juga kesusahannya, padahal Allah akan memberi ganjaran yang tidak terhingga di syurga kelak lantaran cinta yang kudus kepadaNYa.

Cinta terlahir dengan:
1-Mahabbah
kasih yang bertepi, terbatas,biasanya dialami oleh orang-orang yang dilanda cinta, namun itu semua mempunyai batasan, terutama batasan waktu. Seseorang yang mencintai kekasihnya (terutama yang belum menikah) akan merasakan betapa cinta pada saat kali ianya diungkapkan, berbeza dengan saat setelah dia menikah

2-Mawaddah
Kasih tidak bertepi. Kasih seorang ibu kepada anaknya.

3-Rahmat
Kasih tidak bertepi datangnya dari Khalik kepada makhluk

MenurutLawrence Durrell mengatakan bahawa cinta adalah sesuatu yang suci, indah dan bercahaya.

Ibrahim al-khawwash mengatakan cinta itu menghapuskan semua kehendak, membakar semua sikap dn keperluan, dn membenamkan dirinya dalam samudera isyarat.

Manshur al-hallaj berkata kepada Syibly ketika dia akan dibunuh dalam tungku api setelah dipenjara selama lapan belas hari, "Wahai syibly, cinta itu awalannya terbakar dan akhirnya terbunuh"

Jika ada dari sahabat yang kepeningan dalam masalah cinta yang datang secara tetiba ini, maka fikirkan dahulu adakah ianya berdasarkan Ilahi atau sebaliknya. Sekali datang amat mengkucar-kacirkan perasaan tetapi hadapilah ia dengan kematangan yang kita miliki. Kombinasi iman dan ilmu yang ada pada diri kita pergunakan sebaiknya. 'La yukallifullah nafsan illa wus'aha'

Sunday, April 12, 2009

Poligami isu yang tidak kehabisan

Sahabat aku ingin berpoligami, cuma aku belum bertanyakan kepadanya bersediakah dia untuk melaksanakan tanggungjawab yang besar itu? Sekiranya sudah bersedia aku turut menyokong kiranya keadilan dapat dilaksanakan sebaiknya dan sewajarnya dalam perkiraan dirinya. Aku secara peribadi bersetuju sahaja dengan poligami dengan bersyarat bukannya tanpa syarat. Semampu dengan kadar yang ada pada sisuami, dan pastikan tidak berlaku penganiayaan kepada mana-mana pihak samada pihak pertama, kedua dan seterusnya.


Isu ini telah aku perbincangkan sebelum ini dengan ustaz (bekas pimpinan di Mesir), poligami penting dalam situasi hari ini kerana terlampau ramai wanita dengan nisbah lelaki, perempuan ini berhak juga mengecapi alam rumahtangga, maka perkongsian suami akan berlaku. Jika menjadi isteri pertama, keutamaan hati menjadi isu. Maka soal amanah anak, nafkah menjadi isunya. Maka bukan suatu yang mudah juga untuk dilakukan. Kiranya suami memerlukan isteri yang lebih dari satu maka pengorbanan dari isteri pertama perlu dilakukan, takkan hendak membiarkan suami melakukan dosa melalui telefon, sms, e-mail, chatting dan seumpamanya. Kiranya lakukan dengan peranan bersama bukannya dari satu pihak sahaja. Maka isteri perlu rasional dalam menangani perkara tersbut, dan suami memerlukan redha atau persetujuan dari pelbagai pihak, isteri, keluarga sebelah isteri dan keluarga bagi pihaknya juga.

Sisuami juga harus berperanan sewajarnya bila mengambil keputusan untuk berpoligami, sekurangnya jika ahli jemaah jangan sampai kerja-kerja terbengkalai lantaran beristeri lebih, atau anda hilang dari jalan yang anda pilih. Ingat betapa di belakang lelaki yang berjaya adalah perempuan yang menolak dari belakang. Jika pilihan tersebut tidak berdasarkan empat perkara yang Rasulullah sebutkan, tidak kemana juga poligami yang anda ingin lakukan atau sedang anda lakukan. Aku bukan ingin menjadi negatif dengan banyak isu-isu yang berlaku kini yang agak mencemaskan tetapi ini adalah hukum dari Allah, jika anda memilihnya maka pilihlah dengan berlandaskan syariat yang bertepatan. Sekurang-kurangnya pilihan anda adalah pilihan dari Allah jua. Lakukan istikharah walau anda terasa pilihan anda itu tepat.

Thursday, April 9, 2009

Kabinet baru?

Kabinet baru telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru Malaysia sebentar tadi. Ada muka baru ditonjolkan dan juga muka lama yang digugurkan. Lantaran tidak dipilih dalam persidangan UMNO lepas menyebabkan tidak dapat bertahan di kerusi menteri. Tapi yang peliknya yang menang di ersidangan UMNO pun tidak naik lantaran berlalian team barangkali.

Khairy tidak terpilih untuk menduduki mana-mana kerusi menteri, dimana silapnya? Hanya sebagai mennatu bekas Perdana Menteri atau tidak mendapat restu Tun Mahadhir? Segala ramalan boleh dilepaskan asal jangan terISA dengan analisis yang dikeluarkan. Negara ini negara yang tidak sepenuhnya demokrasi, maka tidak boleh sewenangnya melepas kan sesuatu dari mulut dan fikiran.

Demokrasi hanya dipelajari tetapi tidak dilaksanankan secara tinggi peratusnya. Makanya pekerja Islam perlu bekerja dengan lebih keras lagi demi kemanangan dan kemenangan kebangkitan Islam yang kita inginkan.

Tahniah untuk semua penyokong Islam

Selama berhari-hari bertugas sebagai petugas pilihanraya, akhirnya Allah memberi kemenangan kepada parti Islam. Aku bersama sahabat round kawasan membuang undi hampir seluruh Parlimen Bukit Gantang, melihat dan membuat kesimpulan itu semestinya. Aku menaiki pajero YB Cikgu Rahim, maka sedikit menarik perhatian orang ramai. Sampai di kawasan tempat pengundian ada kalanya kami di booo oleh penyokong UMNO, tetapi kami hanya melambai dan tersenyum, huu rasa bengkak juga dalam hati tetapi kami hanya di boo bukannya di lempar dengan sesuatu atau disakiti. Tapi itu lah akhlak yang ditunjukkan. Tapi pastinya kesabaran perlu tinggi dalam melaluinya. Aku terkadang kagum dengan pimpinan PAS kerana walau dimaki tetap menunjukkan akhlak yang terbaik. beginilah pejuang Islam, penegak agama Allah pasti akan melaluinya detik-detik menyakitkan walau sedikit. Kalau pejuang Islam tidak diduga maka bukan pejuang namanya.

Peratus pengundi yang keluar hanya 40% pada sebelah tengah hari, dari info Perak fm. Dalam jam 2 lebih kedengaran satu upu kalah. Aku sudah lemah seluruh badan, semangat terasa berkurangan, rasanya nak balik bilikan gerakan, lelapkan mata. Tapi rahmat Allah mengatasi segalanya sebelum maghrib rasa semangat sedikit, aku pujuk diri mungkin kemenangan berpihak kepada kita? Maghrib dapat sms yang kita menang 3 upu. Semangat semakin mendatang, dan aku dapat sms dari sahabatku yang belajar di Mesir, dari Malaysiakini.com, kita menang dengan majoriti 2 ribu lebih. Maka aku terus sujud syukur dan kukhabarkan kepada sahabat-sahabat yang berada di bilik gerakan. Malamnya kami ke Taiping demi mendengar keputusan dari SPR. Alhamdulillah dengan Dato' Seri Nizar=21860 Ismail Safain=19071 Bebas=62, majoriti 2789.

Kemenangan ini adalah ujian, ujian dalam menjaga rakyat dengan memberi sumbangan, ujian dari harapan rakyat yang tinggi menggunung kepada PAS, ujian kita melaksanakan apa yang dijanjikan. Semoga segala ujian tersebut dapat dilepasi dengan melakukan kerja-kerja kebajikan kepada rakyat Bukit Gantang. ALLAH AKBAR!!!

Thursday, April 2, 2009

Semasa penamaan calon 29/03/09






Seketika di Bukit Gantang

Tempoh hari semasa bertugas di Bukit Gantang aku mengiringi YB k'Zailah dan YB k'Ani memantau perjalanan petugas di seluruh DUN di Bukit Gantang. Kita melihat keadaan petugas di sana, ada yang mengalami masalah lantaran suasana yang cukup berbeza dari Kelantan. Tetapi aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada petugas Kelantan yang bertungkus-lumus bekerja demi memenangkan Parti Islam Semalaysia (PAS) juga demi Islam yang ingin kita pertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir.

Dari satu DUN ke satu DUN memang agak berjarak maka keletihan terpancar di wajah kedua YB ini, tetapi demi melihat gerak kerja serta memberi peransang kepada petugas mereka teruskan langkah. Dan ini sebagai sumber semangat kepada diriku juga. Aku didatangkan dengan pelbagai pertanyaan dari sahabat bagaimana kemampuan PAS untuk mennag? Aku hanya mampu menjawab usaha dulu dengan sebaik-baik usaha mungkin 200% dan kita akan melihat hasilnya. Bukan berpuas hati atau ada perasaan tidak pasti atas kemenangan tetapi sekarang ini masa yang masih ada kita perlu husnu-zhon dan berpandangan positi demi sebuah kemenangan. Allah tidak akan tanya menang atau kalah tetapi kita berusaha atau sebaliknya.

Maka munajat kita semua petugas parti dan sahabat-sahabat yang tidak sempat bersama kami lafazkan doa dan munajat demi pertolongan dari kejauhan. Ucapakan hasbiallah wa ni'mal wakil sebanyak mungkin yang kalian mampu. Khususnya kepada pilihanraya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.