Sunday, November 8, 2009

next episode...

Kekalahan yang dialami oleh Pasukan kelantan diterima dengan agak pahit, dan penyokong Kelantan telah menyebabkan Stadium Sultan Jalil bertukar corak. Ini baru perlawanan bola sepak, belum lagi yang lain, kalulah Tok Guru diperlekehkan atau diISA, apa yang akan berlaku? Rasanya kejadian yang tidak diingini pasti berlaku (bagi pandanganku la). Walaupun kecewa dengan kekalahn amlam tadi namun kesyukuran tetap dilafazkan sekurangnya pasukan kelantan mampu berjaya ke peringkat akhir.


Terkadang kita amat jarang untuk menerima kekalahan, rasa yang tidak suka dirasa. Bagaimana ye sakitnya menerima kekalahan di dunia tidaklah sesakit untuk menerima keputusan Allah dimana kita akan ditempatkan syurga atau nereka. Biar kita kalah di sini tetapi menang di sana. itu harapan semua mukminin di dunia ini.


mereka yang kalah sentiasa menganalisa gerak kerja yang lebih baik, setelah sekian lama PAS kalah di Kelantan, bangkit pada tahun 1990 dan tetap mempertahankan kemenangan hingga ke saat ini. Maka dalam mebghadapi situasi PRU 13 kerja kuat perlu dilakukan sekarang demi mmastikan kemenangan tetap milik Islam.

Wednesday, November 4, 2009

Apa sebenarnya terselit di hatiku?

Selesai sudah membaca 'Lasykar Pelangi' setelah aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya. Lantaran peperiksaan dan mood yang hampir tiada untuk menghabiskan buku cerita yang bertema pengalaman Andrea Hirata ini. Namun akhirnya aku berjaya menghabiskannya bersama semangat yang baru (tajdid semangat) perlu dilakukan selalu. Bacalah moga kalian memperolehi semangat yang luar bisa. Dalam memnadu kehidupan ini dengan lebih padu lagi.


Lintang contoh genius yang tidak pernah Ikal jumpai dan mungkin juga dengan diriku. Genius dalam keadaan kemiskinan menyekang dirinya untuk terus menguasai ilmu. Ilmu dalam kehidupan ini untuk menyambung kehidupan. Aku rasa diriku bukan sebenarnya ada ilmu sebagaimana kumpulan Lasykar Pelangi, terlalu tumpul dengan ilmu-ilmu akhirat dan dunia. Betapa jauhnya aku dari mereka.

Pencarian ilmu tidak perlu terhenti di sini, selagi jantung masih berdeguk, tidak terhentinya pencarian ilmu. Betapa ruginya diri memeliki diploma, ijazah dan setarafnya ke hingga ke PHD tapi sikap, akhlak adalah diperingkat terendah. Apakah niat dilafazkan ketika berada dibangku sijil tersebut, hanya bertunjangkan sijil semata atau kerana ilmu. Patutlah kehebatan kiota sebenarnya tidak hebat hanya kerana kita pemilik sijil, lain dari mereka yang tidak memiliki apa-apa tapi mereka memiliki kehebatan akhlak yang terpuji. Anda tidak dipuji oleh makhluk bumi mana mungkin ada dipuji oleh makhluk langit. Malahan menjadi kutukan makhluk bawah tanah (na'uzubillah)

Apa yang ada padaku? Yang terselit pada hatiku, hanya aku rasa kekurangan, teramat sangat dalam keilmuanku, doaku aku terus diberi hidayah untuk mengejar ilmu yang ada demi pelengkap diriku ke arah matlamat awal ayat yang diturunkan Allah Talla, Iqra' bismirabbika llazi khalaq...

Thursday, October 29, 2009

kebahagian berada di mana?

Bahagia 'sa'adah' adalah peringkat naluri manusia mencapai tahap yang paling diingini oleh manusia keseluruhannya. Pencapaian 'bahagia' dimiliki oleh manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Bahagia bukan perkara yang diperolehi secara automatik tetapi terkadang ianya perlu diusahakan. Kebahagian hidup sebenarnya tahap manusia melakukan amalan ibdat kepada Allah Tuhan yang Hakiki. Tahap pencapaian ibdat yang paling tinggi adalah kebahagiaan hamba dan penciptanya.

Ibadat kita setara mana sebenarnya untuk mencapai tahap kebahagiaan. Kelazatan dalam melakukan ibadat adalah lahir perasaan sayang dan tawaddu'kepada Tuhan Rabbul 'Izzati. Maka sekurang-kurang hubungan kita adalah terasnya hubungan yang baik dengan Allah, maka hubungan sesama manusia akan berjalan dengan sebaiknya. Asal keikhlasan diletakkan di tempat yang utama walau payah tapi itulah ujian demi kemantapan iman ini.

Kebahagian jarang diperolehi dari manusia, kerana bukan semua kehendak kita akan dipenuhi oleh orang tersayang kerana usaha perlu dilakukan walau ianya lahir dari hati nurani. Maka kiranya kebahagian semakin sirna maka usahakan untuk sinarkan ia dengan usaha yang berlipat kali ganda. Pergantungan kepda Allah jangan disipikan kerana itu tunjang yang paling utama.

Tuesday, October 27, 2009

perjuangan vs perlawanan

Malam ini ribuan rakyat Kelantan menyaksikan perlawanan antara Kelantan vs Perlis. Kia mengharapkan kemenangan, dengan kelebihan bermain di tempat sendiri. Aku mengharapkan juga RTM membuat rakaman siaran langsung, tetapi sedih ianya tidak dipancarkan secara langsung. Perlawanan demi perjuangan? Ya, bagiku demi sebuah kemenangan perjuanagn perlu dilakukan. Demi meraih kemenangan The ared Worrior malam ini perlu untuk menang demi ke separuh akhir.


Sudah beberapa kali seorang kakak minta aku tuliskan pasal orang yang mudah perasan. Aku malas untuk menulis setelah habis peperiksaan tempoh hari. Setelah lama juga blog ini tiada tulisan baru maka buat-buat rajin untukku menulis sedetik. Aku pun tidak tahu bagaimana seseorang itu untuk mudah perasan. Mungkin tahap keimanan yang ada padanya pada tahap yang aku rasa mudah berlaku perasaan luar kawalan, atau tahap keilmuan yang agak tidak digunapakai menjadikan dirinya cepat terperasan. Rasanya itu terpulang kepada empunya diri masing-masing. Tetapi bagiku perasaan tersebut tidak sesuai untuk bertapak pada diri muslim terutama mukmin. YAB Tok Guru sentiasa memberitahu bahawa Islam beserta Iman, penting kepada hamba Allah untuk bergerak selari. Mengapa mudah untuk perasan sedangkan kita akan kembali padaNya juga, kalau-kalau datangkan perasaan bagaimana kehidupan selepas kematian, bagaimana menghadapi malaikat di kubur dan seumpamanya.


Selagi diberi Allah Taala akal yang waras fikiran perlu selari dengan keimanan dan keilmuan yang ada. Agak rugi rasanya apa yang kelaur dari mulut tidak berteraskan kepala dan dada yang dipenuhi idea-idea bernas. Diam itu adalah segalanya, kalau tidak tahu baik diam sahaja. Kerana apa yang kelaur dari mulutmu itu adalah dari hatimu, kiranya buruk maka hatimu juga sedemikian dan kiranya perkataan yang baik-baik keluar maka hatimu juga sebaik perkataan yang keluar dari bibirmu. Terkadang kita menjadi penilai apa yang ada di sekeliling kita. Jangan sampai pemerhatian hati ini menjadi benteng untuk rapat dengan seseorang. Husni zhon penting begitu juga untuk suuk zhon, demi kehidupan yang penuh dengan pancarobanya.

Monday, October 19, 2009

membaca dan berfikir serta bertindak

Proses untuk menjadi insan yang betul-betul bermanfaat adalah mengisi dirinya dengan keilmuan ditambah keimanan dan tidankan yang ada tujuan. Sekiranya kenalan yang dikenali bertindak tanpa iman dan tujuan maka akan terlihatlah kebodohan yang berlaku. Kiranya ada masalah dengan seseorang maka apakah tindakan kita yang tama? memarahinya tanpa rasa "aku ini berijazah, takkan aku memerahinya membabi-buta tanpa rasa sepatutnya aku berkelakuan sebegini atau begini atau diam sahaja jalan yang terbaik.


Alam bekerja ini rupanya rupanya lebih mencabar dari alam belajar. Ketika belajar hanya bermain dengan masalah pelajar, peperiksaan, pergaulan sesama pelajar yang bagiku tidaklah terlalu rumit untuk dihadapi. Tetapi suasana sudah berubah, aku perlu beranjak dari paradigma yang lebih lagi dalam mengharungi suasana baru ini. Alam bekerja dan pergaulan yang lebih besar. Rupanya masalah sesama sendiri adalah masalah yang terumit dalam susunan dakwah. Orang dalam rumah perlu ditarbiah sebelum orang di luar ruamh. Sahabat yang paling dekat perlu diteliti lebih dari orang luar, orang sepejabat perlu dinasihati sebelum pejabat yang lain. Dan itulah ujian yang terberat rasanya.

Atau kita perlu hadapi orang yang rasa dirinya lebih betul dnegan hanya 'maafkan dia, sebenarnya dia tidak tahu' atau perlu dan katakan padanya 'kenapa kamu boleh berfikir dan berkata sedemikian' atau katakan padanya ' betapa bodohnya kamu!' Noktah dan terus berlalu darinya. Kita merasa terkdang manusia ini tidak perlu dikatakan lagi atau dinasihati lagi kerana otaknya sudah tertutup, hatinya sudah keras atau dadanya sudah tidak mampu mendengar nasihat dan teladan dari orang. Hanya berpandangan 'aku yang betul orang lain memandai aje menasihati aku". Kiranya ingin berkelakuan demikian maka duduklah anda di bukit sana yang penghuninya hanya gajah, harimau, unggas dan haiwan-haiwan liar dan jinak tidak perlu ku tuliskan di sini.

Dalam dunia ini pelbagai feel di jadikan Allah, opps manusia yang memilih untuk menjadikan dirinya baik atau buruk. Jangan disalahkan Allah, kerana anda telah memilih untuk menjadikan diri anda buruk di sisi manusia dan Allah. Aku sebenarnya ingin berterima kasih kepada mereka yang selalu bersamaku ketika susah dan senang, dan kepada yang selalu ingin menjatuhku maka aku serahkan jua kepada Allah, kalian aku maafkan tapi kita semua akan kembali mengadapNya, kiranya kita kembali dengan sifar kesalahan sesama makhluk ini. Dengan sesiapa sahaja di keliling kita. Jangan tersa segan untuk meminta maaf kerana kemaafan itu membuka hati kita dan ketenangan yang tidak terbayar sebenarnya.

Wednesday, October 14, 2009

tahap pemikiran = tahap pengajian?

Ilmu suatu perkara yang amat penting, ayat pertama yang diturunkan Allah Taala adalah Sural al-'alaq, bacalah dengan Nama Tuhanmu yang menjadikan. Maka pengajian merupakan alat untuk mengetahui segala perkara yang Allah jadikan. Ilmu Allah amat luas, kiranya dikumpulkan pokok-pokok sebagai pena dan lautan sebagai dakwat maka tidak kehabisan untuk menulis ilmu-ilmu Allah yang ada di muka bumi dan alam. Mencari ilmu tidak semestinya melalui pengajian formal di sekolah, pondok, universiti dan sebagainya. Ilmu boleh didapati di mana jua, menuntutlah dengan keikhlasan yang mungkin melalui tadahan kitab atau pengalaman hidup diri dan orang terdekat. Semakin berilmu semakin warak dan beradab seseorang itu. Rasulullah merupakan contoh ideal bagi kaum manusia tentang kewarakan dan beradabnya baginda.


Maka ilmu dan adab juga tidak boleh dipisahkan. Semakin tinggi ilmu seseorang itu (bukan maksud di sini berijazah atau berPHD) semakin beradab seseorang itu. Persolaan yang sering kali timbul, orang yang berijazah tapi berperangai sebaliknya adab yang melampau tatsusila masyarakat Malaysia. Mahasiswa ditangkap berpeleseran dan melakukan jenayah. Kemungkinan tiada keikhlasan untuk menuntut ilmu tetapi beringinkan ijazah semata. Hanya niat masing-masing dalam diri seseorang itu menyebabkan hasil yang diperolehi tatkala kejadian buruk berlaku walau dia berpangkat ijazah. Allah jua yang mengetahui apa yang ada dalam dirinya.


Semakin tinggi orang itu berilmu semakin tinggi keimanan yang bakal diperolehi (benarkah pernyataan ini). Sepatutnya ilmu lebih meningkatkan lagi keimanannya. Tetapi tidak semestinya ilmunya tinggi tetapi imannya setahap keilmuannya. tetapi dengna ilmu yang ada dia tahu apa yang dilakukan itu benar atau salah. Orang yang tahu tetap melakukan kesalahan pastinya akan ditempatkan Allah tempat yang seajarnya akhirat kelak.


Maka jangan terlalu jumud dengan fikiran daya ilmu dan pemikiran perlu diluarkan tanpa kiraan tahap keilmuan yang ada. Kalau rasa tidak tahu maka carilah peluang untuk tahu. Anda tidak rugi dan Allah akan menfaqehkan lagi keilmuan yang sedikit menjadi berganda. Sekiranya sesuatu masalah terbit maka jangan memikirkan dengan sempitnya ilmu kita tetapi berfikir dengan kecilkan masalah luaskan peluang untuk menyelesaikan masalah. Anda berpeluang sebenarnya dan yakinlah dengan diri bahwa anda boleh maju seperti orang lain. Husnu zhon (sangka baik) tidak merugikan malah memberikan kejayaan buat diri khususnya.

Sunday, October 11, 2009

penyakit hati...

Banyak orang telah kutemui dalam kehidupan ini. Jika ditanya malaikat di dalam sana bagaimana aku berdakwah kepada manusia? pasti aku ada jawapannya, moga2 jawapan tersebut adalah hasil kebenaran yang diperolehi bukan penambah perisa sakit di sana nanti. Ingati mati kerana itu ubat kepada keterlonjakan nafsu. Nafsu? makhluk pelengkap kepada manusia, jika tidak ditarbiah sebaiknya rosaklah manusia tersebut. Ramai juga yang kukenali mendamba pada nafsu yang satu, cepat2 diminta bertaubat sebelum kematian datang menjemput. Tatkala ia datang tanpa penyelamat yang dapat meletakkan diri ditempat yang selesa. Tubuh terkujur menunggu masa untuk disimpan.


Dalam hidup apa yang tidak puas dinikmati oleh manusia adalah ilmu dan wang. Manusia akan bekerja demi untuk wang, juga akan bertungkus-lumus mencari ilmu tanpa mengenal erti jemu. Niatkan keduanya ini demi Allah pastinya dan demi amalan yang terbaik bakal diberikan kepada masyarakat bukan untuk kemegahan diri. Jika tersalah niat maka segala amalan yang dilakukan selama ini akan hancur berkecai.


Hidup perlu pergaulan, jika tidak pandai untuk menjaga perasaan sesama sendiri maka tinggallah jauh dari manusia, anda bersama makluk lain umpamanya. Lantaran tidak reti untuk berlaku sesama sahabat, rakan sepejabat, jiran, adik-beradik dan anggota sejemaah. Jangan cepat terperasaan dalam apa jua situasi, dia suka padaku? atau dia dengki padaku, cuba tilik pada diri kita. Sebenarnya perasaan itu bermula dari siapa dan tetiba dilemparkan kepada orang yang anda sukai. Maka perkara yang tidak sepatutnya berlaku lantaran cela-mencela dari arah belakang.


Fitnah. Satu perbuatan kepada asap-asap keganasan bakal mengeluarkan api yang bakal memadamkan manusia yang berdekatan. Hangus jika dibairkan maka air keimanan perlu dipancutkan. Dunia yang penuh kefitnahan akan menyebabkan umat Islam terus ketinggalan dari arus dunia. Kerana berada pada tahap hati berdendam tanpa henti. Jauhkan dan hindarkan dari perkara tersebut, hanya bermain dengan syaitan dan iblis semata beserta manusia yang berjiwa jahat.


Jauhkan dari pelbagai fitnah denga tetap menegur atau arikan diri darinya, jika terbakar akan memakan diri. Amalan 3 kul menjadi pagaran diri yang paling sempurna ajaran Penghulu segala penghulu Rasulullah S.A.W.