Thursday, December 4, 2008

Bengkel kewartawan UPKN



Bermula pada 3 dan 4 Disember di PCB Resort dengan penyertaan seramai 40 orang, bagaimana pengendalian sebuah cerita hingga kepada pruf dan editor. Bidang ini menjadi penting dalam memberitahu pembaca tentang peristiwa atau ilmu yang perlu disampaikan. Maka tulisan yang ditulis perlu dipertanggungjawabkan oleh penulis dalam apa jua keadaan dan situasi.

Pernah keluar tajuk utama di Berita Harian, Sultan Murka, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Sedangkan jika dibaca isi di dalamnya tidak memperlihatkan kemurkaan yang dialami oleh Tuanku. Maka pemberita telah memainkan isu dengan menghangatkan cerita yang ingin diceritakan.

Peranan pemberita dan wartawan di Tanah Melayu punca kemerdekaan tahun 1957. Tanpa tulisan yang membuka pemikiran rakyat Tanah Melayu maka Malaysia masih lagi di takak yang sama.

Kita melihat penulisan novel khususnya masa ini, penulisan yang hampir sama jika sekiranya kita membaca novel keluaran alaf 21 atau creative dan selainnya. Tajuk dan jalan cerita yang hampir sama, cinta dan cinta nafsu yang tidak bersandarkan Iman dan Islam. Minda penulis semestinya tidak kering dengan ilmu, tanpa ilmu maka tulisan akan bercampur dengan hukum yang dikeluarkan tanpa kajian dan pembacaan atau yang tidak tahu dalam ilmu agama. Contoh cerita novel yang menceritakan keluar dating dengan pasangan tunang atau kekasih. Tidak diajar dalam Islam tentang hak kepada tunang atau kekasih untuk keluar berdua kemana-mana sahaja. Dan suasana sekarang diperlakukan semaunya dari pelbagai golongan menghalalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Tidak tahulah apa yang akan berlaku kepada generasi akan datang dengan ketirisan akidah yang berlaku sekarang.

Kita menulis, apa yang baik diikuti maka ganjaran yang diperoleh, tapi sekiranya kita menulis yang bukan hak maka dosa yang akan mengiringi kita. Begitu juga jika berceramah dan sebagainya dalam gerak kerja dalam kehidupan kita ini.

Bengkel berkenaan dirasmikan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan YB Dr. Mohamed Fadzli Dato' Hassan.

No comments: