Sunday, March 15, 2009

Wacana Perdana

Rukunenegara:Didaulat atau dicabar? Aku pun tidak pandai nak mengulas tentang wacana malam tadi, tetapi yang pasti tidak berapa memenuhi selera pendengar. Aku selaku pendengar juga ingin mendengar yang jelas bukannya benda yang terapung tanpa ketegasan yang pasti. Sebagai ahli akademik sepatutnya beliau jelas dengan apa yang ingin diucapkan, bukan teori semata tapi bukti yang jelas. Kita tidak ingin menjadi ahli dalam mengkaji tetapi diserahkan penyelesaian seratus-peratus kepada kerajaan. Maka sebagai parti pembangkang check and balance penting dalam membantu kerajaan melakukan gerak kerja, jika dibiarkan maka bakal tenggelamlah Malaysia yang kucintai ini.

Dari penjelasan malam tadi betapa layanan yang mesra akan diperolehi jika kita di pihak kerajaan, betapa layanan yang baik didapati semasa YB Saifuddin Nasution perolehi ketika menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, dan betapa air kimia dan gas pemedih mata menghinggapi tatkala berada di pihak pembangkang. Keadilan yang tidak adil telah berlaku dalam negara tercinta ini. Dan moderator Profesor Abu Hassan terus berada di tengah tidak berani mengatakan yang hak walau optimistik katanya. Terus berlari anak dalam mengatakan 'kebenaran'. Hanya berdiri sebagai ahli akademik semata bukannya 'qulil hak walau kaana murran' (berkatalah benar walau pahit). Bagaimana hendak berkata benar kerana itu adalah periuk nasinya, berkata tidak benarlah walau pahit. Yakinlah dengan rezeki yang Allah berikan, manusia hanya penghubung tetapi Allah yang utama Pemberi Rezeki, krisis keyakinan telah berlaku di sini.

Maka pilihlah di mana perlu kita berada, kita tidak akan tahu kapasiti iman kita setelah diuji. Maksud firman Allah Taala dalam surah al-ahzab ayat 2
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami
telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"

Keadilan wajib ditegakkan dan hanya melalui menaikkan Islam itu sendiri keranan dalam Islam adanya selamat, adil, jujur, amanah, hebat dan sebagainya. Maka kita terus bekerja dan bekerja untuk menaikkan Islam dan diamalkan oleh manusia sedapat tidak atau semampu yang mungkin, InsyaAllah.

No comments: