Thursday, February 26, 2009

Buku dan ilmu

Hari-hari yang berlalu menjadi sejarah yang ingin dikeanng atau dilupakan terus dari ingatan. Namun Rasulullah pernah bersabda 'biarlah hari ini lebih baik dari kelmarin dan hari esok lebih baik dari hari ini. Bagaimana untuk menjadikan hari ini sebagai hari yang berkualiti? Kita perlu memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya, jika tidak ada kerja atau tugas di pejabat maka luang masa untuk mengisi minda kita dengan membaca dan menambahkan thaqafah (pengetahuan) diri kita. Ilmu itu adalah makanan kepada roh selain tazkirah, zikir dan sebagainya.

Dalam pembacaan, aku sendiri berasa agak ketinggalan lantaran kemalasan yang melanda diri. Sepatutnya dalam seminggu kita boleh menghabiskan sebuah kitab atau buku yang berundur ilmiah semestinya. Dalam sebulan kita perlu menginfakkan wang kita untuk membeli bahan bacaan, contohnya sebanyak RM20 sebulan atau lebih. Sejak aku balik aku tidak tahu bahan bacaan mana yang sesuai, biasanya aku akan membeli majalah berbentuk ilmiah (sewaktu di sana). Tapi kini aku hanya membeli majalah i dan milenium, lantaran di Malaysia kurang bahan ilmiah berbentuk majalah. Banyak kedapatan majalah hiburan, sukan, wanita dan fesyen. Dengan harga yang sedikit tinggi maka aku hanya peruntukkan dua buah majalah sahaja.

Sebenarnya kita bermasalah dalam pengisian ilmu. Kita rasa amat jahil tapi kita tidak rasa untuk mengurangkan kejahilan kita melalui pembacaan atau pendengaran atau penglihatan. Ceramah misalnya merupakan bahan ilmu yang boleh kita dapati. Maka jangan lepaskan peluang untuk mendengar isu terkini dengan mendengar ceramah di tv atau di tempat-tempat umum yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

Wednesday, February 25, 2009

Sakitnya sebuah kehidupan

Nenek aku umurnya 100 tahun lebih atau kurang tidak ku tahu secara tepatnya. Dalam mengharungi sakit tua itu menyebabkan kami sentiasa berada bersamanya. Maka seluruh sanak-saudara datang menziarahi, bermula cerita titih-waris oleh bapa saudaraku. Sambil aku turut berkenalan dengan sepupu-sepupu ayahku yang agak ramai bilangannya, hingga ke negara Thailand. Saudaraku di sana sudah lama tidak dijenguk, memandangkan aku kalut dengan urusan kehidupanku, parti, kerja dan seumpamanya menyekat perhubungan tersebut serta suasana di selatan Thailand yang tidak mengizinkan untuk aku ke sana.

Hubunganku dengan nenek sebelah ayahku kurang mesra lantaran kami tidak tinggal di kampung dan nenekku ini lebih menumpukan perhatiannya kepada cucu dari anak bongsunya. Kami tidak pernah rasa marah atau cemburu dengan kelebihan kasih-sayang tersebut kerana nenek sebelah ibuku lebih menyayangi kami ('',). Tetapi apabila nenek dalam kesakitan sebegini kami tetap bersama nenek, ibuku bermula minggu lepas bersamanya membantu apa yang patut, walaupun status menantu tapi tanggungjawab tetap dilaksanakan sebaiknya.

Malam tadi nenek ketenatan, solat hajat dan bacaan yasin diadakan, aku dan adik-adikku tak sempat menyertai solat hajat kerana menunggu adikku balik kerja. Kami adik-beradik kecuali adikku yang perempuan bekerja di selangor mengelilinginya sambil mengurut-ngurut dan nenekku meminta kami membacakan yasin, maka kami bergilir-gilir membaca yasin. Mamaku berkata nenek tidak tidur seharian, selepas kami membacakan yasin nenekku melelapkan mata, selepas itu kami pulang untuk kerja esok harinya.

Menunggu kematian tidak dapat kunukilkan di sini bagaimana perasaannya. Dalam menanti kematian tidak pasti bagaimana kesudahannya, dan bagaimana suasana di kubur dan hari menanti buku amalan kebaikan atau keburukan. Dalam mengharungi kehidupan seharian terkadang mati tiada dalam ingatan, maka Saiyidina Umar menganjurkan agar bermuhasabah sebelum tidur, maka bagaimana mati menjenguk sekiranya kita masih bermasalah dengan sahabat dan anak-beranak. Cubalah untuk memberi kemaafan dan meminta maaf, lembutkan hati kita kerana hidup di dunia ini bukan segalanya, kerana akhirat kelak bakal kita hadapi juga akhirnya.

Tuesday, February 24, 2009

Pengalaman berada di parlimen




Bersama AJK Lajnah penerangan & Dakwah DMPNK, berada di parlimen dan melihat parlimen yang tidak sepertimana yang difikirkan.

Monday, February 16, 2009

Berpura-pura atau sebenar..

Ramai di kalangan kita yang suka bersikap berpura-pura atau melahirkan sikap yang sebenar. Ada juga yang sepenuhnya mempertahankan diri demi mengatakan diri tetap benar, biarpun kita tetap salah. Kalau dapat dilihat melalui mata batin pasti kita dapat melihat betapa berpura-puranya manusia. Ramai di kalangan kita suka play-safe, tidak pernah nampak melakukan kesalahan, dan apa yang dibuat betul semata tanpa sedikit pun kesalahan di lakukan.


Tidak bolehkah untuk mengatakan aku juga salah, atau saya minta maaf atas kesalahan saya, susah atau payah itu bermula dari hati kita. Tidak berupaya untuk menyedarkan diri kita adalah salah. Dan kita tidak mengharapkan sahabat kita untuk menegur kita, kita hanya mengharapkan pujian semata. Qulil hak walau kana murran (berkatalah benar walau pahit sekali pun). Kalau terlalu bercakap yang benar, pastinya akan di marahi orang, ye kerana terlalu berterus-terang. Hanya mereka yang tahan dengan lidah kita memahami kita. Susah juga kalau tidak berterus-terang, kerana ada sahabat yang tidak mengerti apa yang aku buat salah rupanya.


Memang susah untuk menjadi hamba yang boleh diterima di sisi Allah dan manusia. Rasanya kalau hubungan dengan Allah dapat dijalani dengan baik kalau sesekali melakukan kesalahan Allah yang bersifat pengampun akan pastinya mendengar luahan kita hambaNya. Namun hubungan sesama manusia perlu dihalusi sebaiknya, terkadang kita rasa sudah ok tapi tidak ok sebenarnya. Walau susah tapi kita pasti ada saham dalam melakukannya kerana kita sabar dengan karenah manusia.

Sunday, February 15, 2009

Hari yang memeningkan

Mehnah dan ujian sentiasa menimpa umat demi untuk melihat setara mana umat dapat menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Hari ini hari penuh mehnah yang aku lalui. Perjalan ke Kuala Lumpur membawa AJK Lajnah Penerangan Muslimat Kelantan diuji dengan pelbagai suasana sama ada program yang diserahkan ketua lajnah kepadaku dapat dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.

Niat untuk membawa adik juga turut terhalang. "Tidak mengapa" pujuk diriku sendiri, kita akan keluar daerah bersama nanti. Dalam kekalutan merancang, datang permintaan dari orang luar untuk bersama kami. Ya Allah bagaimana untuk berkata 'tidak' dengan tidak memberi orang terasa dan orang lain juga terasa, tetapi keputusan 'tidak' perlu dikata, demi maslahah orang lain. Akukah juga perlu memutuskan walhal aku hanya sesiapa? Maka aku berkeputusan putuskan juga yang layak hanya mereka yang layak. Minta maaf.

Berada dalam jemaah atau apabila kita dilantik sebagai kepala, segala bentuk keputusan perlu diputuskan, jangan sesekali memberi mandat kepada anak buah atau orang lain untuk memberi keputusan, lantaran kita mengelak takut dikata orang. Apabila aku memutus maka aku bakal dikata, tidak mengapa kerana kita telah dilantik orang untuk memberi kata putus. Begitu jua kita melihat MB sah Perak YAB Dato' Seri Nizar, kata putus darinya tidak letak jawatan kerana untuk letak jawatan perlu melalui beberapa prosedur, kita ketahui pasti. Kalau tidak tahu, baca dan teliti.

Tidak salah untuk kita mengkaji atau study apa-apa perkara apabila kita dilantik atas sesuatu gerak kerja. kita sebagai pengarah program atau ajk cuma. Jangan hanya membuat tanpa tidak tahu. Untuk tahu maka kerja perlu dikaji sebaiknya. Kita tidak rugi dan gerakkerja kita akan berjalan mengikut mesyuarat atau perancangan yang baik. Kalau ada sedikit kecacatan (khalal) sama-sama ditangani dengan hikmat dan syura sesama kita. Bukan mudah untuk melakukan kerja dengan hasil yang membanggakan, tetapi sekurang-kurangnya kita melakukan dengan baik serta muafakat semua anggota kerja

Friday, February 13, 2009

Permulaan sebuah hubungan..

Perjalanan hidup di dunia ini penuh dengan warna-warninya. Maka kita pencorak utamanya. Dengan warna apa, kita sendiri yang bakal mewarnainya. Minggu lepas sempat menonton proram Oprah dia citer pasal niat, apabila kita dah niat maka kita akan capai niat yang kita pacakkan dan tanamkan itu. Memang mat saleh nih baca pasal hadith yang Rasulullah sebutkan pasal innama a'mal binniat. Permulaan pekerjaan adalah dengan niat. Aku selalu membaca buku yang ditulis oleh penulis Ikhwan atau beridentitikan Islam, jarang juga membaca buku yang ditulis oleh orentalis barat. Aku tidak seperti Mrs.Gray (sahabatku yang suka membaca buku mat saleh). Selalu ada perbincangan dengannya Mrs.Gray yang pastinya aku suka menentang dan membahaskan apa yang dia ikut atau positif dengan pengarang tersebut. Begitu percanggahan pandangan antara kami. Mungkin juga Mrs. Gray didikan barat dan aku didikan sebegini jadi percanggahan tersebut berlaku, tapi itu adalah permulaan sebuah hubungan.

Aku sukakan perbahasan kerana ia boleh meningkatkan gaya pemikiranku. Itu dalam pergaulan. Suasana di Mesir juga banyak mengajarku tentang pergaulan. Antara pergaulan yang mengawal kami sesama pelajar adalah dengan adanya persatuan ini atau Bait Muslim. Bait Muslim bukan sekadar pelajar mencari calon melaluinya tetapi segala peraturan pergaulan dikeluarkan oleh Bait muslim. Demi menjaga kemaslahatan bersama maka peraturan yang digubal perlu dipatuhi bersama.

Aku ingin menyentuh perihal taqdim. Muslimat mentaqdim muslimin. Taqdim (apa makna ye?ingin meminang?) aku tidak tahu perkataan sesuai untuk makna perkataan ini. Dalam suasana tertentu taqdim muslimin dari muslimat digalakkan, tapi perlu melalui proses yang sesuait. Tidak mengaibkan dan memalukan mana-mana pihak. Ada juga di kalangan sahabatku berlaku perkara sedemikian, bagiku itu tidak menjadi masalah. Sekiranya tiba calon yang sesuai dan bertepatan dengan agama, apa salahnya. Khadijah boleh mentaqdim Rasulullah tetapi melalui jalan yang baik dan tidak mengaibkan. Jika sekiranya aku bertanya soalan ini wajarkah muslimat meminta muslimin? Pakat-pakat jawab masing-masing dalam hati.

Aku rasa dalam keadaan dharurat begini sepatutnya soal jodoh ini atau soal berkenan perlu disegerakan, jika ada rasa berkenan maka terus taqdim, dunia sekarang susah untuk mencari calon yang sesuai. Maka sahabat jangan terlalu berhati-hati untuk pilih jodoh, tapi jangan tidak berhati-hati untuk memilihnya. Sahabat yang sudah berkeluarga dan pilihan atas dasar jemaah, maka kuatkan ikatan antara anda dan berkatnya amat besar kerana pilihan dari jemaah InsyaAllah. Cuba kenalinya dengan lebih dekat lagi dan percayalah banyak kebaikan yang anda tampak darinya.

Wednesday, February 11, 2009

Memahami sahabat

Perbualanku semalam bersama Hewi PMRAM membangkitkan pelbagai memori semasa menuntut di al-Azhar tika dahulu. Terkenang kembali sahabat-sahabat yang pernah aku dampingi, sama hadapi sedih dan duka dalam kehidupan sebagai pelajar dan penggerak kepada persatuan KPKM (Keluarga pelajar-pelajar Kelantan Mesir) dan PMRAM persatuan induk di sana. Setiap hari bergelumang dengan aktiviti dan sarat dengan masalah yang perlu disetlekan. Tapi itulah kehidupan yang perlu dilalui.

Akhir tahunku di Mesir menyebabkan jadual harianku semakin bertambah. Menghabiskan pengajian di markaz Bahasa Arab, pengajian bersama adik-adik (sebagai moderator kelas tambahan) dan pengajian di kuliah. Semuanya perlu dilakukan sebaiknya.

Bagaimana suasana mahasisiwa al-Azhar pada hari ini? Terdetik juga di benakku, harapnya semakin baik dan harapanku agar mereka balik dan memberi obor kepada masyarakat Malaysia terutama ilmu. Tidak salah untuk berada bersama orang kampung untuk memberi penjelasan mengenai hukum-hakam dalam agama, walau sibuk dengan j-qaf dan sebagainya yang membelenggu kehidupan seharian. Harapanku juga moga alumni al-Azhar menjadi mentor kepada masyarakat bukannya menjadi bahan fitnah kepada parti dan jemaah Islam.

Harapan bersama, selagi hayat bersama Jemaah Islam, mempertahankan hingga nyawa yang terakhir. Amiin