Wednesday, December 23, 2009

bila diuji begini

Dalam semangatku berkobar-kobar membawa idea bagi pemantapan blogger Kelantan khususnya pendakwah melalui pena elektronik ini perlu diadakan segera. Fikiran ini lahir rentetan dari konvensyen blogger tempoh hari yang berlangsung di Taman Melewar, Gombak di bawah Lajnah Penerangan PAS Pusat. Tetiba Pemuda Kelanatan dilanda taufan yang sebenarnya turut menyentak perasaanku. Walau aku bukan sahabat yang sering bertukar-tukar pandangan dengannya tetapi aku terasa dalam ukhuwwah fillah ini turut merasai apa yang sahabatku ini rasai. Dan bukan masanya untuk menyalahkannya walaupun aku rasa dia mungkin bersalah. Kesalahan kiranya bersalah bakal mendapat balasannya.


Keputusan drastik dengan meletakkan semua jawatan dalam parti menyebabkan aku tertanya-tanya perlukah semua itu dibuat walau alasannya sudah diberikan. Ketika peperangan Uhud dulu Rasulullah berpesan kepada pasukan pemanah agar jangan sesekali meninggalkan tempat yang dijagai itu. Tetapi arahan tersebut diengkari. Dan adakah situasi melepaskan jawatan bersesuaian dalam onteks ini. Mungkin istikharah dan hajatnya telah menolong kearah itu. Serahkan segalanya kepada Allah. Keupayaan manusia ini terbatas, walau perancangan dan impian melepasi benua.

Kejadian ini adalah iktibar, dan bukan masa untuk menyalahkan, ambillah masa untuk bertenang selama mana yang diperlukan. Tetapi jangan sampai futur di pertangahan, kerana hukuman yang bakal datang diluar kotak kesedaran yang kita miliki. Buat sahabatku hikmah memang ada diseabaliknya tetapi kita selaku yang diberikan akal ini positiflah dengan kurniaan Allah ini, alhamdulillah hillazi ala kulli hal.

No comments: