Wednesday, July 8, 2009

Detik-detik terakhir di bumi Malaysia

Setelah sekian lama tidak mencoret di blog ini lantaran sibuk ke Manek Urai (M.U), maka aku cuba menulis sedikit untuk aku luahkan sesuatu pada blog kesayanganku ini. Bermula esok aku akan mengerjakan umrah, segala puji bagi Allah (alhamdulillah) kerana dengan rezkiNya aku dapat ke sana (moga-moga). Hati rasa tidak sabar untuk melihat kaabah.


Lantaran kesibukan berkejar ke M.U dan pengajian diplomaku, aku tidak sempat untuk menghadiri kursus umrah atau taklimat perjalanan, hanya sempat berkursus dengan bossku ketika dalam perjalanan ke M.U. Dan membaca buku yang diberi oleh travel, moga-moga Allah memudahkan urusanku dan sahabat di sana.


Seputar di M.U memperlihatkan kehadiran polis yang hampir menyamai jumlah penduduk di M.U. Dalam suasana kampung aku rasa kepenantan yang dialami oleh polis tidak seberapa, (mengikut andaianku). Jalan besar yang menghala ke Gua Musang ini menghadapi kesesakan kiranya berlaku ceramah di tepi jalan besar. Tetapi hampir sebahagian esar ceramah PAS diadakan di dalam kampung-kampung. Mlam tadi ceramah oleh YAB Tok Guru di Chuchuh Puteri, dalam hujan renyai ramai juga pendengar hadir untuk mendapatkan info terkini. Aku bersama Urusetia Penerangan turun memantau dan semalam dikir dipersembahkan oleh Jen Endoro bersama kumpulannya dan Azhan Atan telah memaku perhatian orang kampung dan pendengar dengan persembahan mereka. Sebelum persembahan dikir, Abe Ha (p.a Perhubungan Negeri)pasang lagu dikir yang baru dicipta oleh pengarah Tabung Tok Kenali tajuk Pok Su, ramai muslimat K.Krai yang menitiskan air mata, sesiapa yang biasa rapat dengan Arwah pok Su akan terasa pemergiannya. Memang Pok Su seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Aku yang baru mengenaliny apun dilayannya aku seperti bertahun dia kenaliku.. Aku hanya sempat meneydekahkan alfatihah dan solat ghaib untuk Pok Su, moga Allah menempatkan Pok Su bersama orang-orang solihin di sana.

Apa perasaan untuk ke Mekah? tak terkata dengan perkataan sebenarnya. Tidak sabar untuk melihat kaabah, melihat sendiri kiblat solat yang selama ini aku mengadap. Menziarahi Rasulullah S.A.W penghulu segala manusia, manusia agung yang aku ucapkan dalam syahadahku. Memang perasan yang tidak terkata sebenarnya Ya Allah. Semoga pemergianku ke sana dipermudahkan Allah Taala, sahabat-sahabatku doakan ku.

3 comments:

ازلينا ااحمد‬‎ said...

Kak Lenn,
Moga Selamat Pergi dan Selamat Sampai..

Anonymous said...

alhamdulillah..smg diberkatiNya dan dipermudahkan..sdh sgtxleh ikut,..

Unknown said...

Syukur Alhamdulillah... semoga doa yang dikirim akan dimakbulkan-Nya, amiinn...