Tuesday, July 28, 2009

kembali bertugas

Permusafiran di bumi haram Makkah dan Madinah telah berakhir pada khamis lepas. Alhamdulillah segala yang didoakan oleh sahabat berlaku dengan baiknya, semoga amalanku diterima Rabbulizzati. Ketika di sana serasanya pemikiranku kosong dari Malaysia dan tugas-tugas yang bertimbun, tumpuan hanya kepada ibadat juga doa-doa yang dikirim oleh sahabat. Masa yang ada di sana aku doakan buat mereka, kalau mereka tidak sampai ke tanah suci biar aku yang sampaikan doa-doa mereka, taqabbal minni wa minkum ya Allah.

Doa untu MU, tetap melafazkan syukur walau menang dengan majoriti yang tipis, kita tetap pemegang DUN MU. Di sana para pimpinan membuat muhasabah, pastinya tindakan selepas muhasabah menjitukan lagi kerja-kerja sebelum PRU 13 nanti. Apa-apa alfun mubaarak kepada petugas parti, Allah tidak tanya kenapa kamu tidak menang tetapi ditanya nanti apakah kamu buat kerja atau sebaliknya.

Sejenak kembali ke bumi haram Makkah al-mukarramah, dengan suasana berbukit, bahang kepadanasan yang mencapai tahap 40 lebih darjah celicius menggamit penghijrahan Rasulullah ke bumi Madinah, dalam perjalanan menaiki bas mengambil masa 8 jam manakala Rasulullah S.A.W berjalan selama 8 hari, 'Azimnya Rasulullah ingin menyebarkan dakwah Islam kepada kita, dan apabila Islam sampai kepada kita apa yang kita lakukan? Menjaganya dengan baik atau sebaliknya? Betapa Islam datang sebagai asing dan akan kembali seperti asing di bumi ini. Tapi itulah Islam yang diredhai dan diakui Allah Taala. Dalam kita bekerja menyebarkan Islam sematkan dalam diri-diri betapa kita membawa syiar yang Rasulullah bawakan juga, dan kita adalah pengikutnya. Esok nanti kita tidak akan tersesat mencari syafaatnya untuk ke syurga. Ya Allah adakah dekat syurga itu dengan diri ini?

Permusafiran ini memberi ibrah dan keinsafan yang amat tinggi, doaku agar thabat dalam keimanan kepada Allah dan RasulNya. Hidup ini belum pasti, dipanggil maut entah bila namun persiapan tidak perlu ternoktah kerana amalan perlu dilakukan setiap saat dan waktunya. Moga kita semua adalah bakal penghuni syurga Allah kerana rahmat dariNya.Amin

1 comment:

Unknown said...

biso leny lo ni... -mujahidfilislam