Thursday, August 6, 2009

Mengira waktu


Setelah pulang dari mengerjakan umrah, waktuku terasa sempit dek tugas-tugas yang bertimbun di pejabat. Mujur juga aku punyai mama yang rajin untuk memasak untukku (dasat ye). Mamaku ini jenis tak berkira, suka masak untuk anak-anaknya, aku pun sejak-sejak balik dari Mesir memang amat liat untuk memasak, lantaran kepenatan kot ketika belajar dulu aku yang paling rajin ke dapur :). Tapi bukannya malas seluruhnya terkadang tu rajin juga untuk masak nasi goreng ringkas. Walau ada chef yang hebat di rumah aku tetap menjadi malas terutamanya untuk menupdate blog yang ada ini. Nak mencantikkan blog ini pun aku tidak pandai, tak comel tapi aku contengkan juga, sekurangnya aku punya tulisan tidak terlalu kering. Apa cerita ye yang hendak aku tuliskan di sini? Aku ceritakan sedikit pengalaman ketika aku berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah.


Ketika aku berumrah tempoh hari aku sempat berjumpa dengan rombongan dari pelajar al-Azhar, dan aku diminta oleh mas'ul mereka agar memberi pengisian kepada adik-adik yang datang mengerjakan umrah. Aku memberi pengisian yang sederhana yang mungkin, aku pun bukannya bersedia lantaran on the spot. Pengisian dalam persediaan untuk berada di medan telah aku bentangkan kepada mereka bagaiman untuk bergiat dengan PAS khususnya. Juga aku turut memberi tips bagaimana untuk memberi kepada jemaah walaupun tenaga dan idea tidak dapat disumbangkan. Mengapa aku melontarkan perkara sedemikian, kerana ramai diantara sahabat-sahabatku hanya bergiat dengan sekolah dan anak murid tidak berkesempatan memberi tenaga dan idea kepada Jemaah PAS, maka dengan ini infaqkan seringgit dua setiap bulan untuk tabung jemaah. Kesediaan tersebut hanya dapat dikota oleh sahabat-sahabat, aku hanya mampu memberi idea. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.


Dalam hidup ini kita perlu mengira, kiraan dosa pahala yang kita perolehi. Perjalanan ke Makkah memberikan insaf yang berterusan, di manakah diriku ini ditempatkan kiranya nyawa ini terputus dari badan, sempatkan aku mengira ibadat dan kerja buat ku untuk Islam, seikhlas dan sesempurna yang mungkin. Penghijrahan Rasulullah dari ota Makah ke Kota Madinah bersama epayahan untuk menyebarkan Islam, dan ita yang mewarisi Islam secara warisan ini sanggupkah mempersiakan Islam ini dan bajai iman ini dengan sebaik yang mungkin. Perjuangan menjagai iman adalah jihad, dan itu sehebat jihad. Keberadaan kita di kota suci ini sebenarnya akan diuji, dengan pelbagai rasa dan emosi, ada makcik dalam kumpulanku diuji dengan kejelesan yang amat tinggi (aku rasa) menyebabkan air matanya tumpah lantaran kerasaan tersebut, betapa dirinya diuji, kiranya mereka yang berada di sana berjaya dalam uian tersebut maka insyaAllah segala gerak lakunya keberadaan di sana tidak akan memperngaruhi orang lain. Kami tidak diuji dengan kesesatan atau ditinggalkan alhamdulillah, cuma ujian kejelasan, apa nak buat kita pun tidak mengetahui mengapa Allah mendatangkan ujian tersebut, maka kiranya kita melakukan kesalahan maka bertabat dan beristighfarlah dan cuba berubah. Kita dijadikan Allah pasti boleh berubah kearah yang lebih baik, demi keimanan yang ditambahkan ini.

Maka kirailah dengan hari-hari yang masih ada ini, kiranya ada kesalahan dan keterasaan maka ampunkan dan lembutkan hati untuk berlembut, kita tidak rugi demi untuk beralah. Walakhir malam menjelang ketiduran hitungkan berapa banyak kebaikan yang aku perbuatkan hari ini juga kesalahan yang aku lakukan, hisablah!

No comments: