Tuesday, September 22, 2009

E'id mubarak untuk semua

Sempena Syawal yang mulia ini diucapkan Selamat Hari Raya dengan ucapan 'maaf atas segalanya' terminum, termakan, termengumpat, tersakit hati dan sebagainya. terkadang kita tidak mengetahui kesalahan yang diadakan, maka keampunan dilafazkan. Kekadang kita tahu tentang kesalahan yang kita lakukan tetapi berat untuk lidah dan hati mengatakan aku salah dan aku minta maaf. Begitulah kita selaku umat manusia yang selalu melakukan kesalahan. Dalam hidup aku ini ada juga manusia yang tidak ingin aku temui, dan alhamdulillah Allah maqbulkan doaku. Dan ada juga insan yang ingin sangat aku temui, dan Allah juga terima doaku.

Orang yang tidak ingin aku temui adalah seorang kawan yang pernah menjadi sababat, dan menjadi ahli keluargaku, selepas berkahwin dengan sedaraku dia mula berubah watak, bila aku mengutarakan apa-apa pertanyaan jawabannya yang seakan mengguris hatiku , maka untuk menjaga hatiku dari tertus berprasangka maka lebih baik aku tidak bertemu atau berselisih dengannya. Allah amat mendengar doaku, alhamdulillah.

Hari ini pada raya yang ke-3 aku bertemu kembali dengan sahabat2 kecilku semasa aku bersekolah Maahad Perempuan Kota Bharu. Kami bertemu semuala dalam facebook, dan keceriaan bersama anak-anak memeriahkan lagi suasana. Masa berlalu terlalu pantas, sudah berbelas tahun aku meninggalkan alam sekolah tetapi kenangannya masih terakam indah dimindaku. Betapa jauh sudah aku memasuki usia kematangan dalam hidup ini. Ramai sahabatku yang telah berjaya dan ada juga yang masih bertatih dalam meniti perjalanan hidup ini. Dan itu lah kehidupan yang yang ditentukan Allah, moga kita tetap tabah memngharunginya.

No comments: