Wednesday, September 2, 2009

kita sebagai sahabat...

Aku ini bukanlah seorang sahabat yang baik, tetapi apabila aku sudah menyayangi sahabatku itu aku akan pastikan apa-apa yang menimpanya akan aku kongsikan dan ringankan bebanannya sedaya mungkin. Aku bukan mudah untuk jatuh sayang, tetapi apabila sudah sayang maka aku akan perbuat segala untuknya.


Aku ini juga seorang yang wala' pada perintah ketua, dan aku terasa kerjaku akan cacat kiranya aku tidak melaksanakan wala' dengan sebaiknya. Kerjaku akan cacat dan penampilan kerjaku akan punah lantaran wala' yang tidak sepenuhnya ku lakukan. Tetapi dengan ketaatan yang diberikan terkadang mengundang suatu dilema yang menyukarkan pada diriku. Atau aku tersilap langkah dalam melaksanakan kewala'an tersebut? Hanya Allah yang mengetahuinya. Aku rasa aku masih di pihak yang benar, kerana bukan membesarkan ego tetapi apa-apa masalah akanku rujuk kepada sahabat yang benar2 boleh memberikan aku nasihat ang membina bukan mematikan semangat.


Kebelakangan ini aku menjadi telinga kepada sahabat-sahabat yang memerlukan aku mendengar luahan hati mereka, mungkin aku bukan memberi penyelesaian tetapi mungkin sedikit meringankan bebanan sahabatku dalam menghadapi rintangan hidup tentunya masalah yang bernama manusia.


Aku bersetuju dengan pendapat ketuaku dunia ini umpama masuk pintu depan keluar ikut pintu dapur, terlalu sekejap. Hari ini kita bergaduh dan terasa hati dan menangis lantaran sakit hati itu, esoknya kita sudah sedia untuk diusung ke lubang kubur, terlalu sekejapnya hidup ini. Makanya telan sekejap rasa sakit hati itu demi kita semua akan menghadapi kehidupan di alam barzakh juga alam akhirat. Bagaimana ye kita di alam sana. Kita perlu mati untuk kita meneruskan perjalanan di hari depan sana. Sakitnya, memang kesakitan perlu ditanggung kerana berpisahnya roh dari jasad. Berapa lama bergabung antara jasad dan roh maka kesakitan akan terasa untuk memisahkan keduanya ini.


Lupakan dan pasrahlah dengan kesakitan hati yang ada, serahkan kepada Allah, nikmat dan sakit di dunia hanya sementara, Sumayyah pertahankan akidahnya walau sakit disula hanya sementara kerana nikmat syurga takkan terhingga. Nikmat syurga itu pasti ada duri-duri untuk dilalui, maka jadilah sepohon pokok tetap mengeluarkan buah walau dibaling batu kiranya kita tidak mampu menjadi lilin.

No comments: