Monday, April 20, 2015


kembali mencoret

Alhamdulillah DPLI sudah diperoleh dengan ilmu yang diperolehi dengan mengajar dengan lebih memberi dari memberi yang sebelumnya. Alhamdulillah bila ilmu mengajar sudah diperolehi maka keilmuan ini perlu disampaikan tanpa had hingga Allah mengambil nyawa.

Seorang lecturer ku pernah berkata nak kaya bukan dalam bidang perguruan tetapi dengan perniagaan. Tetapi jutawan akhirat kelak. Aku bersetuju dengan pandagan tersebut guru bakal jadi jutawan akhirat kelak jika ilmu yang diberikan bertepatan dengan syariat Allah dan sentiasa ikhlas dalam menyampaikan. Jangan sampai ada tidak masuk kelas dengan alasan yang tidak sepatutnya. Jika termakan yang tidak halal maka gantikan dengan apa2 jua. Belanja makan anak murid, bagi tambahan percuma dan sebagainya yang guru2 rasa sesuai.

Blog sudah tersedia sepatutnya bagi diriku sentiasa menulis dan menulis agar skill menulisku terus ditajamkan. Permulaan selepas setahun atau 2 tahun tertawakkuh. Zaman belajar sempat untuk melarikan jari di laptop, tapi masa bekerja jari hanya sempat membalas wassap dan membaca fb juga mencari bahan untuk ceramah dan sebagainya. Semoga semangat ini berterusan untuk terus menulis dan menulis. Muha ada tambahan pahala dari Allah. Wassalam

Friday, February 8, 2013

Tafsir Surah almulk

Tanda qudrat atau kehebatan Allah pada kejadian allah di alam ini. Melalui surah almulk ayat 1-5 menerangkan tentang maha suci Allah Tallah yang menjadikan semua perkara di alam ini. Dan Allah penjadi semua perkara. Allah menjadi kematian jugaan kehidupan.Kenapa Allah mulai dengan kematian sedangkan manusia dimulai dengan dilahirkan oleh ibunya. Tafsir di sini adalah asal manusia bermula dengan tiada kerana manusia wujud dengan bertarikh, dan akan mati apabila ajalnya tiba. Allah telah tetapkan ajal manusia itu ketika ditiupkan malaikat ruh pada janin yang berumur  4 bulan lagi. Hamba yang bakal terlepas dari ujian di dunia ini berdasar keikhlasan yang sebenar kepada Allah

Tujuan Allah menjadikan bintang dengan tiga tujuan iaitu:
1-Melontar syaitan dengan bintang
2-Sebagai penanda arah kepada musafir
3-Mencantikkan langit dunia dengan bintang-bintang



Monday, February 4, 2013

Tasawwur Islam Tingkatan 5

Konsep Ketuhanan terdiri dari tiga bahagian:
1-Rububiyyah
2-Uluhiyyah
3-Asma' dan sifat

Rububiyyah
Allah yang menjadikan alam ini, semua manusia beriman dengan tauhid ini kerana Allah yang menjadikan alam ini

Uluhiyyah
Beriktikad bahawa Allah sahaja yang layak disembah, di patuhi dan ditaati. Paksi utama uluhiyyah adalah syahadah.

Asma' dan sifat
Mengakui bahawa Allah mempunyai sifat sempurna dan nama yang indah

Saturday, January 26, 2013

RPH Tauhid Tingkatan 4

Perbahasan Ilmu Tauhid merupakan pengajian tauhid yang memperbahaskan tentang ketuhanan. Yang meliputi wajid, harus dan mustahil.
Wajib bagi Allah adalah sifat-sifat sempurna milik Allah, telah dikumpulkan oleh ulamak dan meletakkan 20 sifat utama iaitu:
  1. Wujud erti ada
  2. Qidam erti sediakala
  3. Baqa' erti kekal
  4. Mukhalafatuhu lilhawaadia erti bersalahan dengan makhluk/tidak serupa dengan makhluk
  5. Qiamuhu binnafsih erti tidak emmerlukan yang lain
  6. wahdaniah erti esa
  7. Qudrat erti berkuasa
  8. Iradat erti berkehendak
  9. Ilmu erti berilmu pengetahuan
  10. Hayat erti hidup
  11. Sama'  erti mendengar
  12. Basar erti melihat
  13. Kalam erti berkata-kata

Mustahil sama sekali Allah bersifat kurang, kerana Allah tuhan yang Maha Berkuasa atas sesuatu dan juga diriNya

Harus Allah menjadikan makhluk, makhluk harus wujud kerana makhluk bakal rosak dan mati

Belajar buat blog


Friday, December 14, 2012

Mendidik


Salam kemaafan dilafazkan lantaran ketiadaan yang agak lama tidak mencoretkan sesuatu pada lambaran ini. Kerja sebagai guru amat membantutkan pergerakan melalui tulisan, yepi apabila menyambung peljaran ke bidang pendidikan maka blog perlu diaktifkan kerana mwnjadi kredit atas pengajian ini. Maka kesyukuran dilafazkan kepada Allah lantaran kesempatan inisanakan dengan seikhlas mungkin. MENGAJAR adalah kerja utama para rasul, maka kerja inilah yang kupraktikkan semenjak 3tahun lepas. MEngajar amat sukar kadangkala membahagiakan, tapi itulah raliti yang perlu dilaksanakan. Kehidupan sebagai guru amat memberi pengalaman yang pelbgi. Apa pun moga dinilai Allah kebajian dan diberikan kebajikan yang setimpal