Thursday, August 27, 2009

cekal setara mana iman kita?

Kata-kata orang, hidup ini umpama roda, terkadang di atas terkadang di bawah. Setiap kita akan mengalami ujian, terkadang kita rasa seorang diri untuk menghadapinya, terkadang kita bersama sahabat atau keluarga. tetapi ujian tetap menghampiri manusia selagi dia bernama manusia. Kenapa rasul-rasul yang diuji dengan pelbagai ujian di gelar 'rasul 'lul 'azmi'? kerana mereka diuji untuk memantapkan keimanan mereka. Maka kiranya kita diuji bermakna kita adalah yang digolongkan untuk bersama golongan Allah memberi prihatin.


Sebenarnya ujian tersebut untuk meningkatkan darjat kita di sisi Allah Taala. Mana mungkin jalan ke syurga dengan cara yang mudah, pertentangan antara nafsu dan iman sering kali bercanggah. Dan terkadang kita merasa bahawa iman kita telah melakukan keputusan yang baik tetapi sebaliknya berlaku.


Dalam persahabatan kita yang sentiasa diuji, maka sekarang kita hanya bersendirian, hilang sekejap teman untuk berbicara, tetapi tetap Allah menggantikan dengan yang lebih baik yang kita miliki sebelum ini. Betapa segala kesulitan ada keringan yang telah ditetapkan Rabbul Izati. Kisah Nabi Ibrahim apabila di kunjungi Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, tetapi ditanya Nabi Ibrahim 'aku adalah kekasih Allah, mana mungkin kekasih Allah akan mati', malaikat maut terasa bersalah maka kembali berjumpa Allah, maka Allah berfirman kalau mati baru dapat bertemu denganKu'. Wahai diriku, nafsuku, tidakkah aku terasa ingin bertemu Allah Taala? Ya Allah aku amat rindu padamu. tetapi aku perlu melalui kematian terlebih dahulu, dan terimalah segala amalanku Ya Allah.

Dan keberadaan kita di dunia ini bukan selamanya, kita menghirup udara ini hanya seketika sahaja. Dan entah bila akan diambil kembali dari jasad ini. Dan selama mana kita berada di dunia ini , perkemaskan kedudukan iman kita yang jitu kepada Rabbul Izzati. bagaiman dan caranya? belajar itu yang perlu dilakukan oleh umat Islam, bukan menanti tetapi mencari.

Thursday, August 20, 2009

Ihya' Ramadhan

Ahlan wasahlan ya Ramadhan, pastinya terawaih tahun ini bersama para muslimin dan muslimat di dataran Stadium Sultan Mohd ke-V. Syeikh Rajab yang didatangkan dari tanah Mesir sekali lagi bersama kita. kelmarin di Dewan Teratai program Semarak Ramadhan anjuran UPKN beliau memperdenagrkan bacaanya kepada hadirat peserta. Tahun lepas belaiu bergandingan dengan syeikh yang agak muda (aku lupa namanya). tetapi aku terasa denagn bacaan Syeikh Rajab, kerana pada noktah yang memberi keinsafan boleh dirasi oleh ma'mun, intonasinya juga boleh merasai setiap ayat yang menjelaskan suasana dan keadaan ayat tersebut.


Suasana di Mesir dulu amat berbeza dengan Malaysia, orang arab menghidupakan suasana Ramadhan dengan menghidupakan lampu fannus (semacam pelita), rumah orang ISlam bergemerlapan dengan lampu fannus. Malam dihidupakan dnegan qiam dan bacaan al-Quran. Siaran televisyen menghentikan cerita-cerita dan drama-drama berunsur duaniawi yang dihidupkan hanya berita, info, rencana, kuliah dan tafsir al-Quran. Itulah susana yang negara yang berbangsa arab, dan kita yang mengaku negara Islam ini tidak menghidupakan bulan yang sepaptutnya dihidupkan ini.

Allahumma balighna ramadhan (Ya Allah sampaka kepadaku Ramadhan) kita tidak pasti bila berakhirnya nafas ini, maka ramdhan ini mungkin ramadhan yang terakhir maka kita perbuatkan yang sehabis baik

Tuesday, August 18, 2009

Tadarrus Surah an-Nahl

Tadarrus surah an-Nahl ayat 120 - 128 merupakan surah pilihan tadarrus kali ini. Bermula ramadhan ini seluruh Kelantan mengambil Surah ini sebagai tadarrus di semua peringkat. Di masjid SUK sudah ayat yang ke tiga iaitu ayat 124 yang bermaksud: "Sesungguhnya hari Sabtu itu dijadikan (hari kelepasan yang wajib dihormati) atas orang-orang (Yahudi) yang telah berselisihan padanya. dan sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum dii antara mereka pada hari Kiamat tentang apa yang mereka telah berselisihan padanya"


Larangan Allah kepada Bani Israel menangkap ikan pada hari sabtu. Maka Allah telah menurunkan bala berupa sumpahan kepada mereka. Antara yang terkena sumpahan tersebut adalah:
^Penangkap ikan
^menegur perbuatan menangkap ikan
^mengkritik kerja penangkap ikan walau mereka tidak turut serta


Mengikut ahli tafsir (mufassirin) mereka bertukar menjadi kera atau kelakukan mereka seumpama kera. Dalam sejarah manusia tidak pernah terjadi kera kepada manusia, tetapi menusia menjadi kera. Kerana telah tersebut dalam ayat di atas.


Pentazkirah semalam telah membawa cerita bagaimana seorang Muslimat berasal dari Mesir dan bermastautin di German Timur telah syahid dalam mempertahankan tudungnya. Beliau telah dibunuh di mahkamah oleh orang yang membuat provokasi kepadanya. Marwa as-Syarbini syahid mempertahankan Islam beserta suaminya, dan kita tidak lagi digugat keIslaman kita, hanya diombak oleh perasaan dan hati. Jika hati diombak dengan thunami yang tidak beropenghujung maka bukanlah sekuat ujian nyawa dituntut untuk mempertahankan Islam.

lasykar pelangi

Aku sedang membaca novel lasykar pelangi catatan seorang insan yang bernama Andrea Hirata yang bermukim di Pulau Belitong seberang sana. Aku tertarik dengan serba kekurangan anak-anak kecil di pulau tersebut tetap semangat untuk mengutip ilmu di sekolah yang serba kekurangan infrastrukturnya tetapi tetap melahirkan anak-anak pintar pembela agama dan bangsa.


Betapa jauh mereka meninggalkan kita dengan kekurangan yang ada tetapi mereka tetap semangat dalam meneruskan hidup. Semalam aku berusrah dengan Nisa' kawasan Kota Bharu dan alhamdulillah kehadiran yang membanggakan, kiranya usrah sesama kita dapat memberikan infak yang selesa dapat mengeluarkan pendapat dan tidak terlalu serius. Kalau aku bersama muslimat keadaannya berlainan sedikit. Kerana aku hanya menjadi pemerhati dan pendengar yang setia dengan menambahkan ilmu kepadaku tentang masalah muslimat dan masalah yang berlaku dalam kawasan mereka.

Kami juga ada membincangkan tentang memberi usrah kepada anak-anak pimpinan. Idea k'aida (Pengarah Nisa' Kota Bharu) yang amat-amat baik, harap-harap dapat dilaksanakan. Rata-rata kita menghadapi masalah ini, ketidaklibatan anak-anak pimpinan dalam jemaah Islam patut difikirkan bersama.

Monday, August 10, 2009

bagaimana ingin bahagia dalam hidup?

Firman Allah Taala yang bermaksud:"Sekiranya kamu menghitung nikmat-nikmat yang Allah berikan pastinya manusia itu tidak akan terhitung.."dari Surah Ibrahim ayat 34.


Betapa banyaknya nikmat yang diberikan Allah Talla, pastinya kita tidakkan terhitung, nikmat menyedup udara, dapat merasai sedapnya nasi dagang, nikmat boleh bercakap, mendengar, berlari, menggerakkan jari, memakai pakaian yang baik dan seumpamanya, makanya tidak dapat dihitung.

Kiranya kebahagian adalah hakikat hubungan dengan Allah Taala dan keimanan kepadaNya. Dengan asas amalan yang soleh semata kepadaNya. Firman Allah Taala lagi yang bermaksud: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Taala. Itulah tanda kebahagian kepada Allah Taala.

Makanya segala amal perbuatan tentunya dilafazkan bulat ikhlas kerana Allat Taala, kerja tidak terkeluar untuk mendapatkan upah. Aku bersetuju 120% dengan kata-kata YB Dato' Mohd Amar tempoh hari. Satu peringatan yang selayaknya para petugas Agama Allah ini mengambil pedoman dan dijadikan sempadan sepanjang hayat. Kita hidup untuk tegakkan Islam dan bukan sebaliknya, maka perkara niat bukan boelh diambil lewa, demi Islam kerja keras perlu dilakukan.

Kebahagian akan tergambar bila mana niat yang asal itu dilaksanakan oleh peniatnya. Kurangkan rasa dalam hati kepada sahabat dan zhon yang berlipat-lipat dalam mengata domba hati kepada mereka disekeliling. InsyaAllah kita akan bahagia dalam melayari samudera pelayaran hidup ini.

Thursday, August 6, 2009

Mengira waktu


Setelah pulang dari mengerjakan umrah, waktuku terasa sempit dek tugas-tugas yang bertimbun di pejabat. Mujur juga aku punyai mama yang rajin untuk memasak untukku (dasat ye). Mamaku ini jenis tak berkira, suka masak untuk anak-anaknya, aku pun sejak-sejak balik dari Mesir memang amat liat untuk memasak, lantaran kepenatan kot ketika belajar dulu aku yang paling rajin ke dapur :). Tapi bukannya malas seluruhnya terkadang tu rajin juga untuk masak nasi goreng ringkas. Walau ada chef yang hebat di rumah aku tetap menjadi malas terutamanya untuk menupdate blog yang ada ini. Nak mencantikkan blog ini pun aku tidak pandai, tak comel tapi aku contengkan juga, sekurangnya aku punya tulisan tidak terlalu kering. Apa cerita ye yang hendak aku tuliskan di sini? Aku ceritakan sedikit pengalaman ketika aku berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah.


Ketika aku berumrah tempoh hari aku sempat berjumpa dengan rombongan dari pelajar al-Azhar, dan aku diminta oleh mas'ul mereka agar memberi pengisian kepada adik-adik yang datang mengerjakan umrah. Aku memberi pengisian yang sederhana yang mungkin, aku pun bukannya bersedia lantaran on the spot. Pengisian dalam persediaan untuk berada di medan telah aku bentangkan kepada mereka bagaiman untuk bergiat dengan PAS khususnya. Juga aku turut memberi tips bagaimana untuk memberi kepada jemaah walaupun tenaga dan idea tidak dapat disumbangkan. Mengapa aku melontarkan perkara sedemikian, kerana ramai diantara sahabat-sahabatku hanya bergiat dengan sekolah dan anak murid tidak berkesempatan memberi tenaga dan idea kepada Jemaah PAS, maka dengan ini infaqkan seringgit dua setiap bulan untuk tabung jemaah. Kesediaan tersebut hanya dapat dikota oleh sahabat-sahabat, aku hanya mampu memberi idea. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.


Dalam hidup ini kita perlu mengira, kiraan dosa pahala yang kita perolehi. Perjalanan ke Makkah memberikan insaf yang berterusan, di manakah diriku ini ditempatkan kiranya nyawa ini terputus dari badan, sempatkan aku mengira ibadat dan kerja buat ku untuk Islam, seikhlas dan sesempurna yang mungkin. Penghijrahan Rasulullah dari ota Makah ke Kota Madinah bersama epayahan untuk menyebarkan Islam, dan ita yang mewarisi Islam secara warisan ini sanggupkah mempersiakan Islam ini dan bajai iman ini dengan sebaik yang mungkin. Perjuangan menjagai iman adalah jihad, dan itu sehebat jihad. Keberadaan kita di kota suci ini sebenarnya akan diuji, dengan pelbagai rasa dan emosi, ada makcik dalam kumpulanku diuji dengan kejelesan yang amat tinggi (aku rasa) menyebabkan air matanya tumpah lantaran kerasaan tersebut, betapa dirinya diuji, kiranya mereka yang berada di sana berjaya dalam uian tersebut maka insyaAllah segala gerak lakunya keberadaan di sana tidak akan memperngaruhi orang lain. Kami tidak diuji dengan kesesatan atau ditinggalkan alhamdulillah, cuma ujian kejelasan, apa nak buat kita pun tidak mengetahui mengapa Allah mendatangkan ujian tersebut, maka kiranya kita melakukan kesalahan maka bertabat dan beristighfarlah dan cuba berubah. Kita dijadikan Allah pasti boleh berubah kearah yang lebih baik, demi keimanan yang ditambahkan ini.

Maka kirailah dengan hari-hari yang masih ada ini, kiranya ada kesalahan dan keterasaan maka ampunkan dan lembutkan hati untuk berlembut, kita tidak rugi demi untuk beralah. Walakhir malam menjelang ketiduran hitungkan berapa banyak kebaikan yang aku perbuatkan hari ini juga kesalahan yang aku lakukan, hisablah!