Monday, December 28, 2009

Ijtima' Pelapis Ulama' Kelantan 1431H






KTC- Kota Bharu di sini berlangsungnya nadwah pelapis ulama' KElantan bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. memang berbaloi betul dnegan pengisian yang benar-benar berisi dari YABhg. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, sebagai pembentang kertas kerja yang bertajuk Peranan Ulama' Muda Dalam Merealisaikan Konsep Islam Memimpin Perubahan, Dato' Tuan Ibrahim berkata kita berada di alam lain dan remaja kita berada di alam lain, untuk menyelahkan mereka bukan jawapannya, tetapi sama-sama berusaha mengheret mereka yang jauh dari Iman ke jalan yang benar. Black metal atau balik meta telah menyusur masuk ke bandar Kota Bharu, kiranya gejala ini berlaku dan berlaku, kita akan menerima padahnya. Dan situasi penuntut agama, aku sukakan ayat penuntut agama berbanding ulama' muda atau pelapis ulama' kerana peringkat ulama', suatu perkara yang rasanya tidak tercapai pada keilmuan yang sebenar. Tetapi penuntut agama ialah mereka yang menuntut ilmu Allah yang bersifat akhrawi, ulama' terdahulu digelar ulama' turut mahir dalam ilmu keagamaan juga akademik. Ibnu Sina paar dalam kedoktoran, falsafah juga ilmu-ilmu agama seperti tafsir, nahi soraf dan turt menghafaz al-quran. Amat jauh dari kita yang hanya belajar sedikit dan tidak terlalu lumat ingin diiktiraf sebagai ulama'.


Program tadi memang sedikit sebanyak mengusik perasaan, sebelum memasuki dewan aku diminta untuk mengisi borang kajian. Bukan aku sahaja tetapi semua peserta tentang menjaga solat tahajjud, solat dhuha dan solat berjemaah. Dan hasil statistik tersebut amat memalukan dengan title ulama' ish penuntut agama Allah. Makanya apabila sudah memahami tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan dengan kepenuhan ilmu di dada amalan sunat ini perlu dianggap besar bukan melaksanakan secara on off. Aku rasa disebabkan kita melakukan amalan sunat secara on off ini menyebbakan kita selalu hilang punca dalam kebenaran, lantaran ilmu turut menyesatkan kita. Sepertimana yang berlaku sekarang ini kepada kawan-kawan yang sefikrah. Ujian demi ujian yang bukan datang dari musuh tetapi dari kewalahan diri. Aku buat keputusan bukan atas status pengajian tetapi ego atau emosi umpamanya. Terkadang muak juga untuk menasihati (kononlah) tetapi sudah menjadi tanggungjawab juga untuk melaksanakan kerja dawah hatta kepada sahabat.

Tugas untuk belajar, belajarlah jangan pula diselewengkan amanah yang diberikan. Usia yag ada kita tidak tahu bila berakhir, mengapa tidak digunakan sebaiknya. Masa untuk memberi, berilah sebanyaknya kerana kita tidak pasti selama mana yang dapat kita berikan. Masa di dunia masa untuk menjana keuntungan bakal membeli syurga kelak. Moga ijtima' penuntut Agama Allah ini bisa merungkai kemalasan untuk bergerak dan memberi semangat baru bersandarkan perjuangan demi kemenangan Agama Allah.

Sunday, December 27, 2009

Himpunan Kesedaran Wanita Kelantan




Bertempat di Pejabat DUN Temangan, Machang, Himpunan muslimat secara besar-besaran telah diadakan dengan kehadiran 2,000 ribu muslimat dari seluruh pelusuk Kelantan. Perasmian majlis oleh YB Dato' Timbalan Menteri Besar kelantan dan perasmian Penutup Oleh YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan. Pengisian dari pimpinan negeri dan parti seperti Ketua Ulama' PAS Pusat K'zailah Ketua Muslimat Negeri Kelantan, Mak Som Mantan Ketua Muslimat PAS Pusat dan Mantan Ketua Muslimat Negeri Kelantan. Program ini telah berjaya menautkan kembali semangat muslimat untuk berjuang untuk PRU 13 nanti dalam situasi tegang dalam suasana musuh menyerang Kelantan dari dalam dan luar.

Thursday, December 24, 2009

perancangan kerja dan muhasabah

Au sudah 3 tahun berada di tanah air, rasanya masih hijau dalam pemerhatian dan penilaian. Setibanya di Malaysia, aku berehat sakan selama 2 bulan tanpa usrah dan aktiviti cuma atas arahan K'zailah (Ketua Muslimat Kelantan) aku kendalikan usrah Nisa' Kawasan Tanah Merah, dan mengikuti mamaku aku ke kuliah halaqah. Mendengar dan belajar dari ustazah bagaimana kiranya aku berada di situ untuk mengajar makcik belajar dan mengenal ilmu dan hadam ilmu yang aku sampaikan. Bukan suatu yang mudah dan bukan suatu yang enteng. Awal tahun aku ditaqdim (dilamar) Nisa' Negeri untuk berada pimpinan negeri, memang payah dan aku menolak, tetapi akhirnya menolak lantaran posisi Unit Pembangunan Insan memerlukan orang lepasan agama. Aku terima dengan debaran kerana mampukah aku memikulnya, mungkin dengan pertolongan sahabat dan husbu zhon dariku kepada Allah mampu ku jalankan amanah ini. Berada di Urusetia Penerangan, benar-benar membuatkan aku kerdil. Semakin aku dipuncak diberikan lagi amanah sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan dan Dakwah Muslimat Negeri Kelantan. Tetiba aku rasa takut sekiranya dipuncak ini aku bisa jatuh, maka jatuh aku bukan setakat patah kaki namun bakal melumpuhkan perananku sebagai pendakwah Allah.


Makanya aku mulakan diri untuk tetap berada di bawah, bersama muslimat, mengajar di balaisah dan buat aje kerja-kerja menyusun kerusi, p.a sistem, drebar muslimat dan seumpamanya. Aku belajar dan masih belajar berpolitik dan berparti secara yang sebaiknya demi Islam jua. Merancang kerja dan bermuhasabah. tetapi perancangan kerja berjalan sebaiknya, tetapi muhasabah kerja kurang dilakukan. Tanpa muhasabah mana mungkin kerja kita akan dinilai dan tanpa penilaian. Makanya terasalah kerja yang dilakukan, program yang berjalan di bawah unitnya adalah yang paling terbaik, tetapi orang yang mengikuti adalah berkata sebaliknya. Jadilah kita seorang yang sentiasa berpuas hati dengan kita buat mengikut perancangan tetapi takut untuk dinilai. Mungkin takut kiranya, respon yang positif tapi ngilu untuk mendengar. Tidak termampukah kita untuk mendengar yang menyakitkan tetapi ada ubat yang membantu padanya.


Aku masih baru dan masih bertatih, tidak ingin berpandangan semberono dalam mengeluarkan pendapat padahal aku berada di luar rumah bukan dalam rumah sebagai salah seorang ahli ruamh tersebut. Tetapi sekiranya terdengar bunyi tetakan atau kebisingan suara-suara pertolongan maka tidak dapat tidak pastiku berikan pertolongan demi menjada Islam yang aku kasihi ini.

Wednesday, December 23, 2009

bila diuji begini

Dalam semangatku berkobar-kobar membawa idea bagi pemantapan blogger Kelantan khususnya pendakwah melalui pena elektronik ini perlu diadakan segera. Fikiran ini lahir rentetan dari konvensyen blogger tempoh hari yang berlangsung di Taman Melewar, Gombak di bawah Lajnah Penerangan PAS Pusat. Tetiba Pemuda Kelanatan dilanda taufan yang sebenarnya turut menyentak perasaanku. Walau aku bukan sahabat yang sering bertukar-tukar pandangan dengannya tetapi aku terasa dalam ukhuwwah fillah ini turut merasai apa yang sahabatku ini rasai. Dan bukan masanya untuk menyalahkannya walaupun aku rasa dia mungkin bersalah. Kesalahan kiranya bersalah bakal mendapat balasannya.


Keputusan drastik dengan meletakkan semua jawatan dalam parti menyebabkan aku tertanya-tanya perlukah semua itu dibuat walau alasannya sudah diberikan. Ketika peperangan Uhud dulu Rasulullah berpesan kepada pasukan pemanah agar jangan sesekali meninggalkan tempat yang dijagai itu. Tetapi arahan tersebut diengkari. Dan adakah situasi melepaskan jawatan bersesuaian dalam onteks ini. Mungkin istikharah dan hajatnya telah menolong kearah itu. Serahkan segalanya kepada Allah. Keupayaan manusia ini terbatas, walau perancangan dan impian melepasi benua.

Kejadian ini adalah iktibar, dan bukan masa untuk menyalahkan, ambillah masa untuk bertenang selama mana yang diperlukan. Tetapi jangan sampai futur di pertangahan, kerana hukuman yang bakal datang diluar kotak kesedaran yang kita miliki. Buat sahabatku hikmah memang ada diseabaliknya tetapi kita selaku yang diberikan akal ini positiflah dengan kurniaan Allah ini, alhamdulillah hillazi ala kulli hal.

Monday, December 21, 2009

Sanah hilwah 1431H

Hijrah pemula bicara sebuah dakwah yang bermula dan sedang berlangsung sekarang ini, melihat Islam naik dan turun mengikut pembawanya. Lemah dan kuat. Menelesuri perjuangan Rasulullah pastinya tidak termampu untuk diikiuti 100 peratus tetapi Rasulullah adalah guru yang paling ideal untk kita ikuti. Perjalan ketika mengadakan ibadat umrah beberapa bulan yang lalu mengingisafkan diri betapa pengorbanan yang amat-amat tinggi yang dilakukan oleh Rasulullah demi menempatkan Islam ditempat yang selayaknya. Bumi Madinah adalah yang paling sesuai untuk pengembangan Islam, dengan geografi dan penduduknya yang bersesuaian Islam bermula.


Melihat suasana perjalanan Rasulullah dari kota Mekah ke Kota Madinah atau Yathrib ketika itu, aku insaf diri betapa Rasulullah berkorban jiwa raga demi melihat Islam tersebar keseluruh umatnya. Perjalanan yang memakan masa 8 hari, hanya 8 jam berbas aircorn. Tetiba rasa sebak, apakah aku mampu menjadi seteguh pualam untuk menjadi pendakwah yang benar-benar ikhlas menyebarkan seruan Allah dan RasulNya? Sanggup menghadapi tekanan dan sebagainya. Sekarang musuh dar dalam dan luar, kalau dari luar mungkin berupaya menghalangnya tetapi bagaimana musuh dari dalam. Hmm hanya iman yang dapat menangkalnya dengan jitu. Maka tida dapat tidak (la budda) peranan iman perlu ditekankan dengan skala semakin meningkat bukannya menurun. Walau iman bertambah dan mengurang sepatutnya iman perlu dimantapkan dan gunalah apa cara sekalipun demi kemantapan tersebut.

Sempena tahun baru ini sepatutnya azam turut menjadi baru. Ketika aku masih belum meningkat dewasa sellau ditanya tentang azam, maka banyaklah azam yang kutanam. Dan pada hari ini tidak terlalu lewat untukku bertanya 'bagaimana azam 1431 kali ini?'pastinya yang best2 untuk diterjemah dalam perbuatan kita tahun ini. Semoga azam bar ini pemaagkin kehidupan yang paling baik kita dukungi. Umat Islam yang terbaik adalah hari ini lebih baik dari semalam dan esok adalah lebih-lebih baik dari hari ini, InsyaAllah..Siiru 'ala barakatillah.

Sunday, December 13, 2009

Wacana Perdana menggamit kepanasan

Wacana perdana yang dimoderatorkan oleh Prof. Agus dengan ahli panel menampilkan YB Dato' Mohd. Amar, Dr. Asri Zainal Abidin, Dato' Nakhaie dan Us. Affandi. Menampakkan kepada audien bagaimana kepakaran bercakap dan berfikir ahli panel. Bukan senang untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat yang cerdik dalam keadaan seumpama malam tadi. Maka ilmu juga yang menjadi pemamngkin yang utama, samaada ilmu yang diperolehi itu hasil ikhlas kerana Allah Taala atau sebaiknya. Hidup ini tidak lari dari landasan yang sepatutnya yang dipegang.


Seorang pendengar telah memberi markah UMNO-0 PAS-10, aku tidak mahu mengulas panjang tentang pemarkahan yang diberikan tetapi apa yang dipertontonkan malam tadi amat menyedihkan kiranya orang agama yang bercakap tidak mampu mengeluarkan hujjah yang bernas, hanya bertumpu kepada laporan akhbar yang tidak diketahui benar sohihnya.

Rasanya tidak rugi untuk seseorang itu menggali ilmu Allah ini seberapa banyak yang mungkin dan aku sedikit kecewa apa yang dipertontonkan adalah bukan imej orang yang belajar ilmu. Mungkin kepanasan darah muda atau sebagainya, hanya Allah Yang mengetahuinya.


Benar juga pendapat kita tidak akan tahu kebodohan seseorang sehingga mendengar dia bercakap apatah lagi apabila ditanya dengan soalan-soalan yang tidak diduga. pernah juga aku melihat seorang artis wanita yang apabila diinterviu menjawab dengan tidak berapa yakin dan semacam menghafaz jawapan bukan melalui ilmunya sendiri. Aku rasa kita berperanan mengasah ilmu kita dengan sentiasa mempertajamkan minda dengan membaca, melihat dan mencari pengalaman dari pengajaran dari mana-mana institusi pengajian samada formal atau tidak.

Saturday, December 5, 2009

Himpunan Pertahankan Tok Guru

Dengan cuaca yang mendung dan sesekali hujan turun tidak menggetarkan dan menyebabkan rakyat Kelantan berundur dari Dataran Ilmu demi menyatakan sokongan kepada pemerintahan Tuan Guru. Sebelum perarakan sokongan, kami mendengar kuliah dari Tok Guru seperti biasa, pengajian seiap jumaat. Pada hari tersebut terasa untai-untaian kata terasa lemak di telingaku. Tok Guru ceritakan bagaimana untuk kita gunakan akal kita sebagai orang Islam, menggunakan kecerdikan demi Islam. Seperti kereta yang punyai tayar spare, tayar spare tersebut bukannya digunakan hari-hari tetapi ketika masalah berlaku seperti tayar pecah atau pancit. Contoh kisah Nabi Sulaiman yang disuruh oleh bapanya untuk menjual berhala, dan tersekat dengan hukum haram menjual berhala. Maka Nabi Sulaiman menggunakan akalnya menjual berhala kepada orang kampung dengan menyatakan "belilah berhala ini yang buta lagi tuli serta tidak memahami". Maka Nabi Sulaiman telah melaksanakan arahan Allah dan bapanya. Itulah tayar spare yang dimaksudkan.


Dalam kecelaruan dan kekacauan yang dibuat oleh Umno di SUK tempoh hari di lawan dengan perarakan pada jumaat yang bening itu. tok Guru tidak berseorangan, sebenarnya beribu-ribu orang bersama Tok Guru walaupun mereka tidak bersama dalam perhimpunan hari itu. Rakyat dan penyokong Tok Guru berada di mana-mana hatta di luar negara. Kita menyokong bukan membabi-buta tetapi dengan iman dan akal, Tok Guru bukan sahaja Menteri besar Kelantan malah sebagai guru yang semestinya dihormati. Bagi mereka yang mengatakan kenapa terlalu taasub? pembetulan, bukannya taasub tapi kasih sayang yang dizahirkan. Kerana Tok Guru patuh dan akur dengan suruhan agama maka kami dibelakangnya. Kita tidak melihat dengan nafsu tapi iman dan akal.


Sokongan kami (aku) sepenuhnya bawah pemerintahan Tok Guru dan ISlam.

Wednesday, December 2, 2009

Doa pemangkin ummah...

Bising media dengan doa tok Guru ke atas pimpinan Malaysia jua merangkap pimpinan UMNO Malaysia. Kenapa baru nak bising-bisng siap dengan demo lagi depan SUK. Aku pernah mendengar Tok Guru doakan kemusnahan buat pimpinna UMNO satu ketika dahulu, tetapi mengapa mereka tidak berbuat apa-apa? Kerana sekrang media sentiasa memburu Tok Guru dan pimpinan PAS yang lain. Begitu juga dengan blogger2 yang suka-suka untuk membuka aib orang-orang di Malaysia ini. Samada benar atau sebaliknya, kita tidak pasti, tetapi Allah telah berpesan dalam kitabNya, sekiranya datang sesuatu berita maka koreksi dahulu berita tersebut benar atau tidak, takut2 sifasik yang membawa berita tersebut. Kita pun tidak pasti juga bagaimana rupa pembawa berita, entah solat puasanya lengkap atau kurang, hanya Allah yang Mengetahuinya.


Kalau diingatkan bila membawa blog yang memanaskan cuping telinga ini terasa ingin dibantai aje siapa aje penulisnya. tetapi tahap kesabaran perlu didepankan, tetapi tahap untuk membalas perlu ada, kalau tidak Allah tidak akan keluarkan perintah untuk berperang dengan musuh. Musuh itu sudah pastinya berlainan agama yang menentang, sekiranya berkawan walau berlainan agama, Islam mengsyorkan agar memelihara persahabatan itu. Yang paling menakutkan ialah orang munafik, mengaku Islam tetapi membunuh dari dalam, betapa ramainya golongan Abdullah b. Ubay dalam dunia Malaysia umum dan Kelantan khususnya, mengambil kesempatan atas kemenangan yang ada. Berapa lama Allah memberi kemenangan ini, itu tidak pasti. Tetapi selagi masih bernyawa dan punyai akal dan keupayaan dan kekuatan maka kerja perlu dilakukan hingga titisan darah yang terakhir. Sekurangnya jika ditanya malaikat di alam sana, adakah kamu sudah bekerja untuk Islam? maka kita sudah punyai jawapannya.


Doa yag diberikan Allah kepada umat muslimin merupakan senjata yang paling canggih yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kuasa. Malah doa dari insan yang terpilih. Maka komen peribadiku Tok Guru insan terpilih, maka ketakutan yang dizahirkan oleh musuh sekarang ini atas tindakan doa yang dilafazkan. Doa yang dimaqbulkan Allah antaranya doa orang yang dizalimi dan pemerintah yang adil. Bila hati pemimpin itu dekat dengan Pencipta maka manusia yang derhaka akan merasai bahawa doa itu akan dimaqbulkan, jika bukan hari ini, hari kemudian yang kita tidak pasti bagaimana suasana yang ditetapkan.

Doa itu buka suatu yang enteng, maka berdoalah walau bagaimana situasi kita berada semoga doa itu dimaqbulkan Allah bila tiba masanya yang sesuai, InsyaAlah

Tuesday, December 1, 2009

Ijtima'KPKM

Alhamdulillah ijtima' KPKM telah berjaya diadakan kelmarin pada raya ke-4. YAB Tuan Guru dengan berbesar hati datang ke majlis tersebut. Aku terasa amat terharu dengan kehadiran Tok Guru semalam di MADU, Machang. Kehadiran graduan yang hadir tidak sampai target, sekurang-kurangnya dapat mewujudkan gerakan alumni al-azhar yang hampir tiada sebelum ini. Dalam keadaan aku hadir meting dan aku kurang jelas kerja yang sepatutnya aku buat pada hari itu menyebabkan kelam kabut juga lah. Merangkap tukang masak rupanya. Setelah berkecimpung dengan PAS, aku kurang berada di dapur, tetapi semalam mengembalikan kenangan lama semasa berada di Mesir dulukala. Kalau waktu bazaria, kami menjadi tulang belakang masakan di Bait Nuha (nama rumah tempat kami memasak). Aku sampai demam-demam untuk menyiapkannya. Pernah satu kali mesin me'lumat'kan ikan rosak, kami terpaksa mesin ikan secara manual...wah memang aku jatuh sakit, perit tetapi kenangan yang best.


Ramai jumpa sahabat-sahabat yang pernah bersama jatuh bangun, sakit senang bersama, telah berubah haluan hidup, bahagia bersama kelaurga, dan ada juga yang mengalami kemalangan dalam hidup. Aku tidak sempat untuk mendengarnya tetapi perkumpulan ini menerbitkan kembali ukhuwwah kami, alhamdulillah.

Gambar semlam tidak kurakamkan kerana ketiadaan kamera, tapi yang pastinya kenangan semalam menerbitkan rasa yang sudah lama ditenggelamkan sebelum ini. Semoga hari-hari mendatang alumni al-Azhar bakal dijelmakan serta menaikkan semula semangat sahabat-sahabat (jua diriku) untuk lebih berbuat sesuatu untuk Islam dan masyarakat di alam ini.