Tuesday, December 30, 2008

Tarbiah bagi remaja Islam

Selama 2 malam 3 hari program Kem Beliawanis Kubang Kerian berjaya diadakan. Dengan kehadiran peserta seramai 120 orang, urusetia terpaksa berhempas-pulas bagi menjayakan program tersebut dengan bilangan yang urusetia yang amat sedikit. Namun sikap bantu-membantu meringankan kerja masing-masing.

Remaja merupakan golongan yang keliru dalam menuju alam dewasa, berpaksikan alam kanak-kanak. Ramai yang terjebak ke lembah maksiat jika tidak disedari perbuatannya. Aku selaku ajk yang bertugas mengajar mereka bagaimana solat jemaah, berdiri perlu rapat antara satu sama lain, betulkan sof, tidak bergerak terlampau banyak, membaca ayat-ayat dalam solat sekadar pengdengaran kita sahaja. Malah prktikal solat turut diajar kepada mereka. Mereka merupakan generasi akan datang yang akan mewarisi pimpinan sekarang. jika kita pandai mendidik mereka dengan betul maka kita akan melihat generasi akan datang merupakan generasi yang terbaik, mengamalkan Islam yang sebenar.

Tugas mendidik terletak di bahu semua petugas Islam, petugas Islam ialah mereka yang mengaku agama Islam ini adalah agama anutan mereka.

Saturday, December 27, 2008

Kehilangan?




Usrah yang dinamakan Intelek Juang telah berjaya mempersembahkan usrah terbaik buat diriku secara ringkasnya kejayaan peribadi. Anak-anak usrah semakin meninggalkan usrah I-J, pertama Jea kerana bertukar tempat kerja, Uni kerana menyambung pelajaran ke peringkat MA, dan kali ini orang terpenting dalam muslimat Anees juga menyambung pengajian ke peringkat Ijazah. Atas dasar ilmu aku tidak akan menghalang cita-cita mereka. Tetapi diri terasa kehilangan, memang benar kerana usrah kami diasas atas nama Allah, maka kesinambungan turut berlaku, kerananya demi Islam.

Ahli kami antara penggerak parti, dan semestinya aku amat terasa kehilangan mereka. Walau apa pun moga mereka tetap bersama Jemaah Islam walau di mana mereka berada. Siiru 'ala barakatillah

Friday, December 26, 2008

Tamrin muslimat DMPNK

24 dan 25 Disember tamrin muslimat Negeri Kelantan adalah kumpulan usrah gabungan DMPNK berjaya dilaksanakan dalam situasi kekalutan dan kesibukan pimpinan mslmt seluruh Kelantan. Dengan pengisian dari Ustaz Yahya Othman dan YB Dato' Omar menghidupkan lagi suasana dan penyampaian ilmu kepada peserta. Di sini ingin aku terjemahkan kertas kerja dari Ustaz Ya yang bertajuk Kepimpinan dalam Islam:Tugas dan tanggungjawab. Selepas Ustaz Ya membentangkan kertas kerja ini telah timbul dari beberapa orang muslimat rasa nak letak jawatan lantaran tugas pimpinan yang terlalu besar dan memerlukan komitmen yang tinggi serta dosa yang perlu dipikul (semestinya). Kertas ini akan aku postkan pada hari esok atau hari ini, InsyaAllah.

Kepimpinan bukan suatu yang glamor sebenarnya tapi tanggungan yang amat berat. Apakah terlaksana tanggungjawab yang diberi diselesai dengan sebaiknya, atau hanya ada pada pangkat tapi tidak ada masa atau hati untuk menggerakkannya, atau lebih baik lepas sahaja jawatan tersebut. Bukannya berada di dalam parti kerana orang parti masih sayangkan kita tapi amanah yang sebenarnya yang perlu di pikul, dan berupa fardhu ain kepada diri kita. Dalam dakwah bukan suatu matlamat untuk kepentingan diri atau populariti yang hendak diketengahkan.

Sebenarnya amat bertuah kepada sahabat-sahabat yang pernah mengikuti siri tarbiah ketika di kampus, ilmu teori yang diperolehi sebelum ini sedikit sebanyak membantu diri untuk terlibat dengan parti Islam. Dan sepatutnya kita menjadi mad'u kepada ahli sewaktu ini bukannya sebaliknya. Ya bukan mudah untuk berada dalam parti dan berada di kedudukan yang "tinggi" sebagai AJK Pemuda, Muslimat, Nisa', Ulama' dan sebagainya, tetapi keberuntungan yang ada atau rezeki yang cepat berada di peringkat pimpinan sepatutnya di halusi sebaiknya oleh kita, bukan mengambil kesempatan (?).

Kepimpinan bukanlah satu kebanggaan tetapi amanah yang perlu dipikul, sesama kita menjaga kepimpinan yang diamanahkan dari Allah kepada kita

Reunion geng sami photo




Aku hari ini terasa teruja dengan perjumpaan dengan sahabat-sahabat lama yang pernah kami hidup dan mengalami pengalaman pahit manis semasa menuntut di Alazhar. Ini bukannya perjumpaan alumni al-Azhar tapi aku bersama ahli bait dan jiran sebelah rumah. Kami berjiran dan merasai persahabatan diantara kami. Kini ramai yang sudah bertukar status dan punyai anak serta keluarga yang stabil. Aku turut menumpang bangga atas kejayaan mereka. Rata-rata sahabatku ini punyai kerjaya sebagai guru j-Qaf dan hanya beberapa orang sahaja di kalangan kami yang mengambil jurusan selainnya seperti pensyarah dan petugas parti, aku la tu.

Kami tinggal di bangunan bersebelahan studio photo yang dinamakan Sami Photo jadi bangunan kami dikenali dengan nama Imarah (bangunan) Sami Photo. Jiran sebelah rumah kami ada ustaz-ustaz yang semuanya Kelantan dan semuanya agak sebaya. Kami agak rapat dalam soal pinjam meminjam, garam, tea, gula, penyapu dan sebagainya. Macam pelik tapi itulah hakikatnya yang pernah kami alami sebelumnya. Rasa ukhuwwah yang pernah terjalin itu terus terjalin sehingga sekarang, walalupun ada di antara kami yang mengajar di Sabah, Sarawak dan negeri-negeri selain Kelantan. Aku antara yang bertuah kerana rezekiku berada di Kelantan, Alhamdulillah.

Kemungkinan program perjumpaan tahunan ini akan diadakan dari tahun ke tahun, semoga ikatan antara kami tetap utuh dan kukuh dalam meribatkan ukhuwwah yang terbit atas nama Islam ini. Sesungguhnya ana uhibum fillah.

Tuesday, December 23, 2008

Rasa hati


Meniti hari ke hari
pelbagai rasa dan nada dilalui
perlukah disuara
atau diam melihat
dan memerhati
ada rasa tidak patut di biarkan
ada rasa akukah yang zalim
membiarkan kekalutan
terus tersirat?

Atau aku takut
pada sebuah rasa
yang pasti atau tidak
menyakitkan atau sebaliknya
perlukah aku menegur
atau diam membisu
tanpa usaha dan tegur

kekalutan dalam
merubah
tapi doa tetapku
panjatkan
harapan Pada Yang Esa
agar rasa ini dipudarkan
demi sebuah rasa hati
ingin melihat yang terbaik
cuma

Sunday, December 21, 2008

Wacana Perdana:Konspirasi Politik Malaysia



Mengikuti wacana perdana malam tadi memperlihatkan kehebatan para panel membentangkan hujjah dan idea di depan khalayak. Sepatutnya pujian diberikan kepada moderator dan 3 ahli panel yang berkaliber mengemukakan isi dan isu di Balai Islam pada 20 Disember 2008. Dengan semangat muda yang ada pada diriku rasanya boleh melayang kaki tangan dengan perangai sesetengah penonton di Balai Islam semalam. Tapi demi tidak menunjukkan perangai buruk sebagai aku penyokong gerakan Islam. Malu karang kalu pergi beradu mulut atau sebagainya, pastinya aku dan dia akan menanggung malu yang besar. Jadi sabar, itu senjata yang paling baik. Beradu mulut tidak ada jalan penyelesaian juga. Aku menjadi pendengar dan pemerhati pada program malam tadi. Sempat mengambil gambar, dan YB Khairy yang inginku lihat dari dekat memperlihatkan profesionalnya dengan menjawab dengan emosi yang agak stabil. Walau menyampuk sedikit sebanyak apa yang diperkatakan oleh YB Dato' Husam. Selaku orang muda jangan diikut darah muda yang ada. Aku sedikit (sedikit sahaja) meminati pemimpin muda ini. Dengan umur yang muda (baya-baya aku rasanya) mampu berada di peringkat atas (parti) dan punyai wang yang bayak (harap-harap yang halal). Tentunya aku tidak cemburu kerana dia di parti yang berlainan denganku. Minat di atas dasar umurnya yang muda boleh berada di atas.

Semasa di Permatang Pauh aku pernah terserampak dengan YB Khairy, masa itu terasa nak bergambar tapi segan, tapi malam tadi bukan bergambar dengannya tetapi mengambil gambarnya sahaja.

YB Khairy menyokong YB dato' Husam sekiranya Dato' Husam mengambil calon sebagai Presiden PAS, bagaimana mungkin Khairy hendak menyokong sedangkan dia dari parti yang lain berlainan, jadi semestinya dia bersama parti yang sama dengan Dato' Husam, menyokong dari belakang dan menyorak dari belakang, tidak diketahui makna dan maksudnya.

Susah sangatkah untuk bersama pejuangan Islam, sedangkan diri sudah mengucap dan bersolat dan mengakui bahawa Allah dan Muhammad S.A.W itu sebagai Tuhan yang disembah dan Pesuruh Allah. Dalam berjanji kata dimungkiri. Doa dipautkan agar YB Khairy beroleh jalan yang benar dan parti yang mengangkat Islam sebagai agama.

Bagaimana pula pendokong Parti Islam? Kalau kita sudah berada di peringkat pimpinan mana mungkin untuk kita ponteng usrah? Berjauhan dari sahabat sejemaah, ponteng mesyuarat dan sebagainya yang menyebabkan tanda tanya kepada sahabat sejemaah. Kita yang pelik atau mereka yang bersikap kepelikan. Tanya hati betulkah aku bertindak pelik? Jawaban ada pada diri kita yang pelik itu, bukan pelik tapi kita semakin jauh dan jauh. Sedari segera sebelum kita semakin jauh dan jauh dari nasihat dan pedoman yang sentiasa sahabat titipkan. Mungkin bukan aku orang yang terbaik, atau mungkin kau semakin meminggir, tapi ada sahabat-sahabat yang ramai itu yang masih sayangkan ukhuwwah bersamamu.

Aku merapu tidak tentu hala pula dalam tulisanku ini, rasa hati ingin dikongsi bersama sebenarnya. Jika sahabat yang terasa dengan tulisan ini, aku benar-benar berharap agar sahabat boleh berubah, kembali mendekati sahabat-sahabat yang sebelumnya denganmu. Pernah menasihatimu, menegurmu, makan minum bersama, walau sekejap tapi meninggalkan kesan yang ampuh buat diri dalam pembentukan pejuang Islam.

Monday, December 15, 2008

Taqwin Pejuang Islam

MUHASABAH DIRI PEJUANG ISLAM

BULAN:

HARIBULAN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

TAHAJJUD

TAUBAT

HAJAT

WITIR

SUNAT QABLIAH

SUBUH BERJEMAAH

QABLIAH ZUHUR

ZUHUR BERJEMAAH

BA’DIAH ZUHUR

QABLIAH ASAR

ASAR BERJEMAAH

MAGHRIB BERJEMAAH

BA’DIAH MAGHRIB

QABLIAH ISYAK

ISYAK B’JEMAAH

BA’DIAH ISYAK

SEDEKAH

BACA AL-QURAN

ZIARAH

PUASA ISNIN&KHAMIS

‘HAASABU QABLA AN TUHAA SIBU’

MUHASABAHLAH KAMU SEBELUM DIMUHASABAHKAN