Monday, May 11, 2009

berakhir sebuah pemilihan

Pemilihan di peringkat negeri telah berakhir, menanti muktamar yang akan berlangsung pada Jun nanti. Dalam proses pemilihan kali ini pelbagai cerita yang kita perolehi, maka dengan cerita-cerita tersebut sedikit sebanyak telah mengoyakkan thiqah aku pada seseorang individu tertentu. Kenapa perlu kepada jawatan kiranya kita telah dipundakkan dnegan pelbagai jawatan dan tugas yang bertimbun, kenapa memerlukan lagi jawatan yang tidak berapa penting untuk kita tetapi kepada orang lain?


Hak untuk memilih pimpinan adalah hak kita, walau ada lobi-melobi pimpinan yang diperlukan oleh parti atau seseorang yang ada kepentingan tetapi hak memilih adalah hak kita. Kedapatan suara-suara tempias yang suka untuk memberitahu orang lain yang kawan kau itu tidak angkat tangan memilih kamu. Tidakkah akan berlaku kekeliruan antara dua sahabat itu, bukan sahaja dua sahabat maka sahabat-sahabat mereka atau orang yang mengenali mereka akan berlaku khilaf. Ini dikatakan juga batu api, 'annamimah la yadkhulul jannah' batu api (yang suka mengapi-apikan) tidak akan masuk syurga. Kita merasa perkara tersebut kecil sahaja tetapi sebenarnya akan menyebabkan dua hubungan insanian atau ukhuwwah terpisah dan bermasam muka. Prinsip dalam memilih adalah kerahsiaan, tidak perlu mewar-warkan kepada orang luar. Semuanya kita telah belajar dalam proses pentarbiahan di universiti atau mana-mana institusi kita alami. Perkara yang telah dipelajari perlu disemat kukuh dalam ingatan bukannya dilemparkan entah kemana.


Jawatan adalah ujian, begitu juga pangkat dan anugerah-anugerah dari dunia. Ujian yang boleh menyesatkan atau menjatuhkan kita dari landasan iman. Minta dijauhkan Allah Taala. Sebanyak mana zikir yang dilafazkan sebanyak itulah tentera-tentera syaitan datang untuk menggoda kita. Setinggi mana pangkat kita dalam jemaah sehebat itu lah syaitan datang mengkelabui iman kita. Ada sahabat aku mengatakan akan berada di kedudukan ini (mungkin jawatan dalam parti) selagi mana orang masih sayangkannya. Tidak betul dan aku amat-amat tidak bersetuju dengan pendapatnya, keberadaan dalam jemaah adalah untuk kemaslahatan bersama, dipilih kiranya ahli tahu kemampuannya sebagai pemimpim, hatta kerja sebagai pengerusi tetap yang beroperasi sekali setahun tetapi tanpanya akan berlaku kelam kabut, kiranya ketiadaan dalam mengendali muktamar atau mesyuarat. Semua sudut dalam pimpinan adalah penting walau namanya tiada dalam senarai atau mukanya tidak muncul dalam paper atau pentas. Tetapi tugasnya amat besar dalam menjadikan perjalanan muktamar atau mesyurat berlaku dengan baik.

TAHNIAH kepada adik-adik AJK Muktamar Muslimat Negeri Kelantan yang sedaya upaya menjayakan muktamar tersebut. Walau kalian baru dalam bidang ini tetapi pengalaman yang bakal diperolehi adalah yang termahal. Jadikan kemarahan atau kecacatan yang diperbuat tanpa sengaja itu pengajaran yang paling berguna.

No comments: