Tuesday, May 5, 2009

Ulama' dan umara'

Sekarang perbahasan tentang ulama' dan umara' kembali muncul dalam akhbar-akhbar dan blog-blog. Ada yang mempersetujui dan sebaliknya. Kiranya perkara ini telah diputuskan oleh pimpinan kenapa perlu timbul pelbagai andaian yang sebegini. Ada sahabatku yang mengatakan perkara tersebut boleh diperbahaskan kerana tidak termaktub dalam perlembagaan parti. Aku mencelah tidak semestinya tiada dalam perlembagan tidak boleh pegang apa yang diputuskan dalam muktamar. Apa yang tidak termaktub boleh diputuskan.

Syura telah diadakan maka telah diputuskan maka seia sekata apa yang diputuskan perlu dilaksanakan dan dipatuhi. Rasulullah S.A.W dan para sahabat paling kerap mengadakan mesyuarat, apabila sesuatu perkara diputuskan serta dilaksanakan tanpa berpaling ke belakang sama ada suka atau sebaliknya. Kenapa perkara yang diputus tidak mampu dilaksanakan oleha kita? Majoriti atau sistem demokrasi yang dilaksana dalam PAS telah dipraktikkan dengan baik sebelum ini. tetapi sekarang ini semakin bertambah orang yang hebat dari segi bidang pengajiannya menyebabkan timbul suatu yang tidak wajar dalam keputusan yang telah diputuskan oleh pihak atasan. Dimana baih dan sumpah yang dilafazkan oleh kita sewaktu program atau muqayyam dari tarbiah.

Jangan semakin tinggi ilmu atau ijazah yang diperolehi semakin tinggi keegoan kita. Kena tepuk dada tanya iman dan tarbiahan dalaman kita masing-masing.

No comments: