Wednesday, May 20, 2009

Kebebasan kehakiman yang semakin sirna

Dalam pengajianku dalam bidang kehakiman syarie sedikit sebanyak membuka mataku terhadap sistem kehakiman yang dilaksanakan di Malaysia. Maka dengan isu Perak yang tidak kita tidak tahu bila kesudahannya menampakkan kepada kita betapa sistem yang dijalankan di negara kita terlalu banyak khalalnya (cacat). Sistem perundangan atau al-quda' dalam Islam adalah rujukan yang dibuat oleh semua perundangan di dunia. Apabila kita membaca dan merujuk kepada sistem Islam maka ingin rasanya menjadikan Islam sebagai sumber rujukan atau pelaksanaan di Malaysia, tapi penantian tersebut tidak juga pasti bila akan berlaku.Usaha dan doa sahaja, selebihnya serahkan kepada Allah jua. Dengan platform PAS kita usaha tanpa henti. Allah tidak akan tanya kerja kita berjaya atau tidak tetapi Allah akan tanya kita buat atau tidak.

Dasar Islam yang dibawa adalah kesejahteraan rakyat, dan hakim tidak berada di mana-mana pihak. Tetapi di Malaysia itu amat bertentangan dengan apa yang kita pelajari. Apabila dikumpul dan dirujuk serta membaca tentang kebebasan yang ada kita semakin tidak bebas. Baru-baru ini kabinet telah memutuskan hak penjagaan anak-anak kepada ibu apabila berlaku pertukaran agama kiranya bawah umur. Pentafsiran bawah umur di Malaysia adalah 18 tahun, dalam Islam dalam umur 15 tahun. Sepatutnya umur 18 boleh diturunkan (itu pendapatku.

Dewasa kini terlampau banyak isu-isu kehakiman atau perundangan di Malaysia yang digugat oleh pelbagai pihak, dengan politik kuasa perlembagaan semakin digugat. Dengan isu Perak juga membuatkan kita membuka mata dan menelaah undang-undang Perak dan perlembagaan tentang Menteri Besar dan perlembagaan Perak. Dan pelbagai penafsiran keluar dari isu yang berlaku. Tetapi tetap mengajar rakyat bagaimana untuk memilih kerajaan yang benar-benar membawa rakyat ke arah kesejahteraan.

No comments: