Monday, April 12, 2010

..masa menajamkan penulisan

Aku hampir lupa pada blogku ini. Sekian lama tidak melukis pada kertas putih ini lantaran kesibukan menghambat waktu. Tugas baru ini menuntutku bekerja lebih. Waktu bersama pelajar-pelajar dan guru-guru menyebabkan masa di rumah terasa amat singkat. begitu juga bersama masyarakat. Walau apa pun kesempatan yang terdetik cuma bakalku garapkan sesuatu.

Aku mencintai tugas baruku ini, moga-moga semangat mendidik manusia menjadi insan akan kekal selamanya. Kerana kumelihat kemalapan terjadi kiranya terlalu lama menyandang tugas yang diamanahkan. Menyebabkan pelbagai konflik berlaku. Apabila aku diberikan tugas sebagai kaunselor sekolah, aku menjadi kanselor yang bergerak tanpa bilik sendiri. Jika kudapati anak-anak murid yang memrlukan bimbingan kuhulurkan dengan secara psiko, bukan masanya bertegas 24 dan kelembutan perlu dipancarkan ketika mana masalah ingin dikoreksi.

Ada juga masalah boleh dikurangkan, tapi ada juga yang tidak mengurang, tapi tidak mengapa asalkan anak-anak itu berupaya berkata apa yang ada pada benaknya. Aku perlu bersikap profesional menghadapi anak-anak ini. Jika mereka hadapi kesulitan aku pastikan mereka berkata atau bersuara demi kepahitan yang mereka alami. Aku cuba sedaya-upaya membantu mereka. Dalam status pekerjaan yang baru ini bakal memugarkan semnagatku mengahdapi ilmu dan suasana. Moga Allah sentiasa memberiku hidayah dalam apa jua suasana..Aamin

No comments: