Tuesday, February 2, 2010

Kau derhaka, kau nusyuz...

Aku kembali menjadi pendengar kepada masalah sahabatku. Kejadian yang berlaku menyebabkan aku berkata dalam diri, aik biar betul dan aku tak bujet perkara tersebut boleh berlaku kepada sahabat aku. Namun ujian Allah tidak mengenal sama ada apa jua peringkat keimanan seseornag itu. Dan adakah kita perlu meninggalkan orang yang diuji ini atau sentiasa bersamanyanya walaupun hati seolah digilis-gilis dan berpecah lantaran sakit hati yang tidak tertanggung itu. Ujian hati maha hebat hanya yang berjaya dengan sabar sahaja yang mampu mengatasinya.


Kehidupan berumahtangga rupanya mencabar keimanan bagi mereka yang mengalaminya. Sahabatku diuji dengan keduanya lepasan agama dengan degree, dengan ujian orang ketiga. Orang agama turut juga tersungkur kiranya perasaan mabuk itu tidak dipandu dengan sebaiknya. Kiranya siisteri menasihati sisuami akan berkata "awak mahu derhaka pada saya" ayat final yang suka sangat digunakan oleh orang terpelajar. Atau "awak ini nusyuz" maka dimanakah konsep musyawarah diantara suami isteri. Awal perkahwinan sememangnya semuanya baik belaka, tetapi apabila semakin matang perkahwinna tersebut, maka segala sudut keimanan bakal teruji.


Ego seorang lepasan agama, aku rasakan terlalu atau terlampau tinggi berbanding lepasan akademik. Mengapa aku menulis begini kerana pengalaman bersahabat dengan sahabat yang lepasan agama ini. Mengapa perlu untuk bersifat egois kiranya boleh membakar manusia sekeliling? menyakiti yang tersayang walau sekian lama bersama mengecapi kepahitan dan keselesaan. Mengapa manusia mudah melupakan kesengsaraan setelah berada dalam kesenangan. Aku merasakan kehidupan kita ini tidak kemana perginya, kita diuji sedikit dengan kesenangan, jika kita boleh berjaya dengan ujian kesesakan dan moga-moga ujian kesenangan ini dapat kita lepasi. ketua Nisa'ku pernah berkata ujian yang paling hebat adalah ujian kesenangan atau ujian duit / mewah dan sebagainya.

...bersambung...

No comments: