Wednesday, February 24, 2010

Taubat Yang Berhasil

Imran bin al-Husain al-Khunza radhiallahu ‘anhu menceritakan bahawa ada seorang wanita dari Juhainah yang datang kepada Rasulullah Shollallahu alayhi wa Sallam falam keadaan hamil kerana berzina. Ia berkata, “Wahai Rasulullah! Aku telah melanggar batas. Maka tegakkanlah hukum terhadapku.” Kemudian Nabi memanggil salah seorang walinya agar memperlakukannya dengan baik. Beliau berkata, “Perlakukan dia dengan baik. Jika ia telah melahirkan maka bawalah dia kepadaku.” Maka ia melakukannya. Nabi pun memerintahkan untuk menghadirkan wanita tersebut. Lalu bajunya diikatkan pada tubuhnya. Lalu beliau memerintahkan agar wanita itu dirajam. Lalu Rasulullah menshalatkannya. Umar radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya, “Apakah engkau menshalatkan dia wahai Rasulullah? Sedangkan ia telah berbuat zina?” Rasulullah bersabda, “Ia telah melakukan taubat dengan taubat yang apabila dibagikan kepada 70 penduduk Madinah, niscaya merea semua akan mendapatkan bagian. Apakah engkau mendapatkan keadaan yang lebih baik daripada ia yang telah menyerahkan dirinya kepada Allah?” (HR. Muslim)


Dalam riwayat yang dinukilkan oleh Syaikh Utsaimin rahimahullah dari Imran bin Husain radhiallahu ‘anhu, ada seorang wanita yang datang kepada Nabi Shollallahu ‘alayhi wa sallam dalam keadaan hamil kerana telah berzina.

Ia pun berkata, “Wahai Rasulullah! Aku telah melanggar had(batas), maka tegakkanlah had (hukuman) terhadapku.” Yakni, aku telah melakukan sesuatu yang mengharuskanku untuk dikenai had (hukuman) maka tegakkanlah had itu terhadapku.

Lalu Nabi memanggil seorang walinya dan memerintahkannya untuk memperlakukannya dengan baik. Apabila ia telah melahirkan, maka hendaklah ia membawanya kepada Rasulullah.

Ketika ia telah melahirkan, walinya membawanya kepada Rasulullah. “Dan Nabi memerintahkannya untuk menghadirkan wanita tersebut,” yaitu bajunya diselimutkan dan diikat agar tidak tersikap auratnya. “Kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut dirajam, maka ia pun dirajam.” yaitu dilempari dengan batu. Ukuran batu itu tidak besar dan tidak kecil, hingga ia meninggal. Lalu Nabi mensolatkannya.

Beliau mendoakannya dengan doa bagi orang yang telah meninggal. “Lalu Umar berkata kepadanya, ‘Apakah engkau mensolatkannya sedangkan dia telah berbuat zina, wahai Rasulullah?” Sedangkan zina adalah termasuk dosa yang paling besar. Maka Rasulullah berkata, “Ia telah bertaubat yang apabila dibahagikan kepada 70 penduduk Madinah, niscaya mereka semua akan mendapatkan bahagiannya.”Yakni, taubat yang luas, seandainya dibahagikan kepada 70 orang dimana semua mereka berbuat dosa, nescaya mereka akan mendapatkan taubat itu dan bermanfaat untuk mereka.

“Apakah engkau mendapatkan keadaan yang lebih baik daripada ia yang telah menyerahkan dirinya kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala?”Yaitu, apakah engkau mendapatkan sesuatu yang lebih baik dari keadaan ini. Yaitu seorang wanita yang datang dan telah membersihkan dirinya, yaitu menyerahkan dirinya untuk mendekatkan dirinya kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala dan terlepas dari dosa zina. Tidak ada yang lebih baik dari hal ini.


Wanita ini telah perbuat dosa besar yang hadnya hukumannya Allah yang tentukan iaitu kiranya dia belum berkahwin dikenakan sebat sebanyak 100 kali sebatan dan muhsin (sudah berkahwin) dikenakan dengan had rejam sampai mati. Hukuman Allah tidak zalim tetapi manusia yang melanggari had yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dalam situasi membuat dosa terkadang muncul di minda bahawa mahu kembali mengadap Allah terasa tiada upaya lantaran terlampau banyak dosa yang dilakukan. Kenapa mesti bersangka buruk kepada Allah Taala. Tiadakah sekelumit perasaan harapan dalam hati betapa Allah menyayangi kita, dan dengan itu kita diberikan nafas dan denyutan jantung ini untuk kita merasai masa untuk bertaubat. Harapan perlu dipacakkan dalam hati dan minda tujuan untuk bertaubat. Selama mana kita mahu berada dalam lumpur yang kita akan ketahui kesannya adalah buruk bukan sebaliknya. Kehidupan yang terasa bahagia ini bukan bahagia sebenarnya. Sejenak pejam mata renung sejauhnya minda dapat pergi, ke mana pengakhirnya sebuah kehidupan ini. Kita yang memandu dan steringnya di tangan kita. Mahu bawa stering itu menerjun jurang yang akibatnya maut?

Wanita di zaman Rasulullah ini telah diterima taubatnya oleh Allah kerana dia bersangka baik kepada Allah dan bertaubat setaubatnya (tiada rasa untuk mengulangi kembali). Apa kesudahan hidup ini jika perubahan tidak mahu dilakukan. Kenapa kita tidak mahu jemu dengan taubat kepada Allah, sedangkan kita tidak jemu-jemu dengan harta yang ada di muka bumi ini. Tida sesia untuk kita palingkan kehidupan yang terasa gelap tanpa iman itu ke arah kehidupan yang lebih terarah bersandarkan iman dan taqwa yang padu

No comments: