Friday, November 13, 2009

bila rasa aku aje yang betul..

Ilmu menjadi tunjang utama kepada seseorang, semakin berilmu seseorang itu semakin dipandang tinggi oleh masyarakat. Maka jika ilmu itu ditunjangkan kerana keikhlasan hanya kepada Allah Taala, maka segala gerak kerja dan perbuatan juga akhlaknya akan diperolehi dan diperakukan dengan terbaik. Jika orang yang berijazah melakukan sesuatu yang buruk pada pandangan masyarakat, maka perbuatan tersebut dianggap ama tidak bersesuaian dalam statusnya sebagai pemegang ijazah.Dan amat tidak kena dengan status yang dimilikinya. Bukan menuding kearah lain tetapi kepada diriku juga (terutamanya).


Maka dengan status ijazah ini menyebabkan pandangan aku juga yang betul, aku rasa sepatutnya semakin tinggi ilmu seseorang tersebut maka semakin tawaddu' dan tunduk dengan keilmuaan yang ada bukan semakin mendabik dada. Jika suami isteri maka masing-masing menegakkan hujah masing-masing demi mengatakan aku yang betul. Maka tidak kemana perhubungan mulia itu.


Tidak salah untuk berkongsi ilmu dan pandangan tetapi cuba untuk menerima pandangan orang lain. Aku bersetuju dengan Profesor Aziz Baru dengan memberi muhasabah kepada pimpinan parti, apa salahnya menerima kelemahan, maka dengan kelemahan tersebut ianya boleh diperbaiki. Bukannya hidup atas dunia ini kita berjalan sentiasa lurus, tatkala ada juga terseliuhnya. Bukannya ditembak musuh demi menerima kelemahan yang ada. Orang yang berjaya ialah orang yang mengetahui kelemahannya.

Mengapa tidak mampu mengatakan aku betul, maka pertahankan jika aku salah, aku akan membetulakan kesalahanku. Aku rasa bertuah kerana pernah merasai kegagalan semasa menuntut di al-Azhar. Rasa gagal itu rasanya tidak dapat diberitahu betapa sakitnya, aku kerugian masa, wang lantaran kegagalan dalam peperiksaan, tetapi Allah memberikan ilmu-ilmu yang pastinya dapat kugunakan hingga ke hari ini.


Kenapa sindrom 'aku aje yang betu' ini muncul? Kemungkinan kebanggaan berlipat ganda lantaran lebih dari segi kerja, pendidikan, kewangan dan sebagainya. Maka sindrom-sindrom tersbut muncul. Tetapi kebahagian tidak akan mencul dari pencapaian yang kusebutkan di atas. Andainya duit yang banyak tetapi kehidupan suami isteri berantakan maka mahu dicapai bagaimana kebahagiaan tersebut. Omongan cuma.

bersambung...

No comments: