Saturday, December 5, 2009

Himpunan Pertahankan Tok Guru

Dengan cuaca yang mendung dan sesekali hujan turun tidak menggetarkan dan menyebabkan rakyat Kelantan berundur dari Dataran Ilmu demi menyatakan sokongan kepada pemerintahan Tuan Guru. Sebelum perarakan sokongan, kami mendengar kuliah dari Tok Guru seperti biasa, pengajian seiap jumaat. Pada hari tersebut terasa untai-untaian kata terasa lemak di telingaku. Tok Guru ceritakan bagaimana untuk kita gunakan akal kita sebagai orang Islam, menggunakan kecerdikan demi Islam. Seperti kereta yang punyai tayar spare, tayar spare tersebut bukannya digunakan hari-hari tetapi ketika masalah berlaku seperti tayar pecah atau pancit. Contoh kisah Nabi Sulaiman yang disuruh oleh bapanya untuk menjual berhala, dan tersekat dengan hukum haram menjual berhala. Maka Nabi Sulaiman menggunakan akalnya menjual berhala kepada orang kampung dengan menyatakan "belilah berhala ini yang buta lagi tuli serta tidak memahami". Maka Nabi Sulaiman telah melaksanakan arahan Allah dan bapanya. Itulah tayar spare yang dimaksudkan.


Dalam kecelaruan dan kekacauan yang dibuat oleh Umno di SUK tempoh hari di lawan dengan perarakan pada jumaat yang bening itu. tok Guru tidak berseorangan, sebenarnya beribu-ribu orang bersama Tok Guru walaupun mereka tidak bersama dalam perhimpunan hari itu. Rakyat dan penyokong Tok Guru berada di mana-mana hatta di luar negara. Kita menyokong bukan membabi-buta tetapi dengan iman dan akal, Tok Guru bukan sahaja Menteri besar Kelantan malah sebagai guru yang semestinya dihormati. Bagi mereka yang mengatakan kenapa terlalu taasub? pembetulan, bukannya taasub tapi kasih sayang yang dizahirkan. Kerana Tok Guru patuh dan akur dengan suruhan agama maka kami dibelakangnya. Kita tidak melihat dengan nafsu tapi iman dan akal.


Sokongan kami (aku) sepenuhnya bawah pemerintahan Tok Guru dan ISlam.

No comments: