Tuesday, December 1, 2009

Ijtima'KPKM

Alhamdulillah ijtima' KPKM telah berjaya diadakan kelmarin pada raya ke-4. YAB Tuan Guru dengan berbesar hati datang ke majlis tersebut. Aku terasa amat terharu dengan kehadiran Tok Guru semalam di MADU, Machang. Kehadiran graduan yang hadir tidak sampai target, sekurang-kurangnya dapat mewujudkan gerakan alumni al-azhar yang hampir tiada sebelum ini. Dalam keadaan aku hadir meting dan aku kurang jelas kerja yang sepatutnya aku buat pada hari itu menyebabkan kelam kabut juga lah. Merangkap tukang masak rupanya. Setelah berkecimpung dengan PAS, aku kurang berada di dapur, tetapi semalam mengembalikan kenangan lama semasa berada di Mesir dulukala. Kalau waktu bazaria, kami menjadi tulang belakang masakan di Bait Nuha (nama rumah tempat kami memasak). Aku sampai demam-demam untuk menyiapkannya. Pernah satu kali mesin me'lumat'kan ikan rosak, kami terpaksa mesin ikan secara manual...wah memang aku jatuh sakit, perit tetapi kenangan yang best.


Ramai jumpa sahabat-sahabat yang pernah bersama jatuh bangun, sakit senang bersama, telah berubah haluan hidup, bahagia bersama kelaurga, dan ada juga yang mengalami kemalangan dalam hidup. Aku tidak sempat untuk mendengarnya tetapi perkumpulan ini menerbitkan kembali ukhuwwah kami, alhamdulillah.

Gambar semlam tidak kurakamkan kerana ketiadaan kamera, tapi yang pastinya kenangan semalam menerbitkan rasa yang sudah lama ditenggelamkan sebelum ini. Semoga hari-hari mendatang alumni al-Azhar bakal dijelmakan serta menaikkan semula semangat sahabat-sahabat (jua diriku) untuk lebih berbuat sesuatu untuk Islam dan masyarakat di alam ini.

No comments: