Sunday, December 13, 2009

Wacana Perdana menggamit kepanasan

Wacana perdana yang dimoderatorkan oleh Prof. Agus dengan ahli panel menampilkan YB Dato' Mohd. Amar, Dr. Asri Zainal Abidin, Dato' Nakhaie dan Us. Affandi. Menampakkan kepada audien bagaimana kepakaran bercakap dan berfikir ahli panel. Bukan senang untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat yang cerdik dalam keadaan seumpama malam tadi. Maka ilmu juga yang menjadi pemamngkin yang utama, samaada ilmu yang diperolehi itu hasil ikhlas kerana Allah Taala atau sebaiknya. Hidup ini tidak lari dari landasan yang sepatutnya yang dipegang.


Seorang pendengar telah memberi markah UMNO-0 PAS-10, aku tidak mahu mengulas panjang tentang pemarkahan yang diberikan tetapi apa yang dipertontonkan malam tadi amat menyedihkan kiranya orang agama yang bercakap tidak mampu mengeluarkan hujjah yang bernas, hanya bertumpu kepada laporan akhbar yang tidak diketahui benar sohihnya.

Rasanya tidak rugi untuk seseorang itu menggali ilmu Allah ini seberapa banyak yang mungkin dan aku sedikit kecewa apa yang dipertontonkan adalah bukan imej orang yang belajar ilmu. Mungkin kepanasan darah muda atau sebagainya, hanya Allah Yang mengetahuinya.


Benar juga pendapat kita tidak akan tahu kebodohan seseorang sehingga mendengar dia bercakap apatah lagi apabila ditanya dengan soalan-soalan yang tidak diduga. pernah juga aku melihat seorang artis wanita yang apabila diinterviu menjawab dengan tidak berapa yakin dan semacam menghafaz jawapan bukan melalui ilmunya sendiri. Aku rasa kita berperanan mengasah ilmu kita dengan sentiasa mempertajamkan minda dengan membaca, melihat dan mencari pengalaman dari pengajaran dari mana-mana institusi pengajian samada formal atau tidak.

No comments: