Thursday, December 24, 2009

perancangan kerja dan muhasabah

Au sudah 3 tahun berada di tanah air, rasanya masih hijau dalam pemerhatian dan penilaian. Setibanya di Malaysia, aku berehat sakan selama 2 bulan tanpa usrah dan aktiviti cuma atas arahan K'zailah (Ketua Muslimat Kelantan) aku kendalikan usrah Nisa' Kawasan Tanah Merah, dan mengikuti mamaku aku ke kuliah halaqah. Mendengar dan belajar dari ustazah bagaimana kiranya aku berada di situ untuk mengajar makcik belajar dan mengenal ilmu dan hadam ilmu yang aku sampaikan. Bukan suatu yang mudah dan bukan suatu yang enteng. Awal tahun aku ditaqdim (dilamar) Nisa' Negeri untuk berada pimpinan negeri, memang payah dan aku menolak, tetapi akhirnya menolak lantaran posisi Unit Pembangunan Insan memerlukan orang lepasan agama. Aku terima dengan debaran kerana mampukah aku memikulnya, mungkin dengan pertolongan sahabat dan husbu zhon dariku kepada Allah mampu ku jalankan amanah ini. Berada di Urusetia Penerangan, benar-benar membuatkan aku kerdil. Semakin aku dipuncak diberikan lagi amanah sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan dan Dakwah Muslimat Negeri Kelantan. Tetiba aku rasa takut sekiranya dipuncak ini aku bisa jatuh, maka jatuh aku bukan setakat patah kaki namun bakal melumpuhkan perananku sebagai pendakwah Allah.


Makanya aku mulakan diri untuk tetap berada di bawah, bersama muslimat, mengajar di balaisah dan buat aje kerja-kerja menyusun kerusi, p.a sistem, drebar muslimat dan seumpamanya. Aku belajar dan masih belajar berpolitik dan berparti secara yang sebaiknya demi Islam jua. Merancang kerja dan bermuhasabah. tetapi perancangan kerja berjalan sebaiknya, tetapi muhasabah kerja kurang dilakukan. Tanpa muhasabah mana mungkin kerja kita akan dinilai dan tanpa penilaian. Makanya terasalah kerja yang dilakukan, program yang berjalan di bawah unitnya adalah yang paling terbaik, tetapi orang yang mengikuti adalah berkata sebaliknya. Jadilah kita seorang yang sentiasa berpuas hati dengan kita buat mengikut perancangan tetapi takut untuk dinilai. Mungkin takut kiranya, respon yang positif tapi ngilu untuk mendengar. Tidak termampukah kita untuk mendengar yang menyakitkan tetapi ada ubat yang membantu padanya.


Aku masih baru dan masih bertatih, tidak ingin berpandangan semberono dalam mengeluarkan pendapat padahal aku berada di luar rumah bukan dalam rumah sebagai salah seorang ahli ruamh tersebut. Tetapi sekiranya terdengar bunyi tetakan atau kebisingan suara-suara pertolongan maka tidak dapat tidak pastiku berikan pertolongan demi menjada Islam yang aku kasihi ini.

No comments: