Sunday, December 21, 2008

Wacana Perdana:Konspirasi Politik Malaysia



Mengikuti wacana perdana malam tadi memperlihatkan kehebatan para panel membentangkan hujjah dan idea di depan khalayak. Sepatutnya pujian diberikan kepada moderator dan 3 ahli panel yang berkaliber mengemukakan isi dan isu di Balai Islam pada 20 Disember 2008. Dengan semangat muda yang ada pada diriku rasanya boleh melayang kaki tangan dengan perangai sesetengah penonton di Balai Islam semalam. Tapi demi tidak menunjukkan perangai buruk sebagai aku penyokong gerakan Islam. Malu karang kalu pergi beradu mulut atau sebagainya, pastinya aku dan dia akan menanggung malu yang besar. Jadi sabar, itu senjata yang paling baik. Beradu mulut tidak ada jalan penyelesaian juga. Aku menjadi pendengar dan pemerhati pada program malam tadi. Sempat mengambil gambar, dan YB Khairy yang inginku lihat dari dekat memperlihatkan profesionalnya dengan menjawab dengan emosi yang agak stabil. Walau menyampuk sedikit sebanyak apa yang diperkatakan oleh YB Dato' Husam. Selaku orang muda jangan diikut darah muda yang ada. Aku sedikit (sedikit sahaja) meminati pemimpin muda ini. Dengan umur yang muda (baya-baya aku rasanya) mampu berada di peringkat atas (parti) dan punyai wang yang bayak (harap-harap yang halal). Tentunya aku tidak cemburu kerana dia di parti yang berlainan denganku. Minat di atas dasar umurnya yang muda boleh berada di atas.

Semasa di Permatang Pauh aku pernah terserampak dengan YB Khairy, masa itu terasa nak bergambar tapi segan, tapi malam tadi bukan bergambar dengannya tetapi mengambil gambarnya sahaja.

YB Khairy menyokong YB dato' Husam sekiranya Dato' Husam mengambil calon sebagai Presiden PAS, bagaimana mungkin Khairy hendak menyokong sedangkan dia dari parti yang lain berlainan, jadi semestinya dia bersama parti yang sama dengan Dato' Husam, menyokong dari belakang dan menyorak dari belakang, tidak diketahui makna dan maksudnya.

Susah sangatkah untuk bersama pejuangan Islam, sedangkan diri sudah mengucap dan bersolat dan mengakui bahawa Allah dan Muhammad S.A.W itu sebagai Tuhan yang disembah dan Pesuruh Allah. Dalam berjanji kata dimungkiri. Doa dipautkan agar YB Khairy beroleh jalan yang benar dan parti yang mengangkat Islam sebagai agama.

Bagaimana pula pendokong Parti Islam? Kalau kita sudah berada di peringkat pimpinan mana mungkin untuk kita ponteng usrah? Berjauhan dari sahabat sejemaah, ponteng mesyuarat dan sebagainya yang menyebabkan tanda tanya kepada sahabat sejemaah. Kita yang pelik atau mereka yang bersikap kepelikan. Tanya hati betulkah aku bertindak pelik? Jawaban ada pada diri kita yang pelik itu, bukan pelik tapi kita semakin jauh dan jauh. Sedari segera sebelum kita semakin jauh dan jauh dari nasihat dan pedoman yang sentiasa sahabat titipkan. Mungkin bukan aku orang yang terbaik, atau mungkin kau semakin meminggir, tapi ada sahabat-sahabat yang ramai itu yang masih sayangkan ukhuwwah bersamamu.

Aku merapu tidak tentu hala pula dalam tulisanku ini, rasa hati ingin dikongsi bersama sebenarnya. Jika sahabat yang terasa dengan tulisan ini, aku benar-benar berharap agar sahabat boleh berubah, kembali mendekati sahabat-sahabat yang sebelumnya denganmu. Pernah menasihatimu, menegurmu, makan minum bersama, walau sekejap tapi meninggalkan kesan yang ampuh buat diri dalam pembentukan pejuang Islam.

No comments: