Friday, December 26, 2008

Reunion geng sami photo




Aku hari ini terasa teruja dengan perjumpaan dengan sahabat-sahabat lama yang pernah kami hidup dan mengalami pengalaman pahit manis semasa menuntut di Alazhar. Ini bukannya perjumpaan alumni al-Azhar tapi aku bersama ahli bait dan jiran sebelah rumah. Kami berjiran dan merasai persahabatan diantara kami. Kini ramai yang sudah bertukar status dan punyai anak serta keluarga yang stabil. Aku turut menumpang bangga atas kejayaan mereka. Rata-rata sahabatku ini punyai kerjaya sebagai guru j-Qaf dan hanya beberapa orang sahaja di kalangan kami yang mengambil jurusan selainnya seperti pensyarah dan petugas parti, aku la tu.

Kami tinggal di bangunan bersebelahan studio photo yang dinamakan Sami Photo jadi bangunan kami dikenali dengan nama Imarah (bangunan) Sami Photo. Jiran sebelah rumah kami ada ustaz-ustaz yang semuanya Kelantan dan semuanya agak sebaya. Kami agak rapat dalam soal pinjam meminjam, garam, tea, gula, penyapu dan sebagainya. Macam pelik tapi itulah hakikatnya yang pernah kami alami sebelumnya. Rasa ukhuwwah yang pernah terjalin itu terus terjalin sehingga sekarang, walalupun ada di antara kami yang mengajar di Sabah, Sarawak dan negeri-negeri selain Kelantan. Aku antara yang bertuah kerana rezekiku berada di Kelantan, Alhamdulillah.

Kemungkinan program perjumpaan tahunan ini akan diadakan dari tahun ke tahun, semoga ikatan antara kami tetap utuh dan kukuh dalam meribatkan ukhuwwah yang terbit atas nama Islam ini. Sesungguhnya ana uhibum fillah.

No comments: