Sunday, December 14, 2008

Kahwin?

Mas kahwin di setiap negeri berlainan mengikut ketetapan jabatan agama masing-masing. Di Kelantan mahar atau mas kahwin tidak ditetapkan. Semenjak Tok Guru mengambil alih pemerintahan di Negeri Kelantan, adat seperti bersanding, kenduri yang berbayar (sistem mengenal dari besan kepada besan atau mengenal menantu) tidak dijadikan agenda bagi setiap perkahwinan di Kelantan, jamuan hanya bersifat kenduri kesyukuran atau makan free. Tapi dewasa ini perkara bayar-membayar menjadi trend masyarakat Kelantan. Sebelum aku pulang dari Mesir sepupuku telah bersanding (depan orang ramai tentunya), rasa terkejut dan marah bukan main lagi (akulah). Kerana terlalu menurut kata nenekku, sepupuku lakukan. Aku apa lagiberasaplah. Dan dalam keluargaku sebenarnya, adat bersanding tidak diamalkan termasuk ibubapaku. Cukup bersanding di dalam bilik.

Inginku katakan di sini ialah bersanding adalah adat yang dipakai bukan dari Islam. Pembaziran berlaku apabila pelamin direka yang memakan ongkos yang banyak, mungkin ratus atau ribu. Pemakaian alat makeup yang tentunya haram untuk dilihat oleh lelaki ajnabi. Adakah perkara sekali seumur hidup ini bakal dikenang atau kenangan dosa yang bakal diingati juga. Sekecil-kecil perkara yang dikatakan dosa tidak sesekali diabaikan Allah Taala. Juga sebaliknya.
Aku rasa tidak mengapa kalau semasa kenduri di mana-mana pihak, pihak pengantin perempuan tidak pakai makeup kerana masa itu ada sahabat lelaki yang ingin bergambar atau teman sepejabat minta bergambar (untuk kenangan semestinya). Ada juga aku melihat pengantin perempuan tidak segan silu berada bersama tetamu (yang sudah tentunya bercampur lelaki perempuan) dengan pengantin tersebut agak menarik dengan pemakaian baju dan solekan. Sedangkan pengantin tersebut jika hari-hari biasa adalah agak jaga penampilannya.

Aku rasa budaya yang biasa diamalkan dalam masyarakat kita seperti pengenalan besan (tak tahu betul ke tidak ni) memperhargakan bayaran bagi tetamu dari pihak lelaki semasa kenduri di rumah perempuan. Perkara tersebut boleh membebankan, tidak perlu meletak harga pada kenduri yang dikatakan kenduri kesyukuran. Serta hantaran yang perlu di buat, terkadang pihak lelaki akan rasa terbeban dengan permintaan dari pihak perempuan. Cukup sekadar kemampuan pihak lelaki untuk bawa berapa dan sepatutnya persefahaman berlaku antara kedua pihak.

Panjanglah pulak penulisan aku kali ini, ye sudah beberapa hari tidak menulis, maka masa ini masa meluahkan. Hanya untuk berkongsi, kerana cuti sekolah kali ini terlalu ramai sahabat yang membina masjid, baarakallah lakukama wa baarik 'alaikuma wa jam'akuma fi khair..doa yang dilafazkan bagi pasangan yang berkahwin, moga Allah memberi keberkatan kepada kalian. Perjalanan rumahtangga yang perlu dilalui bakal berdepan dengan seribu halangan semoga halangan tersebut dapat diatasi sebaiknya. Doaku buat kalian. Bagi yang belum berkahwin banyak lagi perkara yang akan dilakukan oleh kalian, jangan berputus asa, kerana itu kerja Allah yang tidak kita jangka.

No comments: