Wednesday, February 4, 2009

Doa buat Perak

Ujian yang di datangkan kepada Perak membuatkan kita rasa dalam menaikkan keadilan atas dasar dasar yang benar pasti akan di tentang dari pelbagai pihak. Namun walau sedikit tapi ia tetap kebenaran Insyaalah pasti Allah bersama kebenaran tersebut. Kelantan telah dirasnag sekian lama, berbelas tahun. Kini negeri-negeri PAKATAN RAKYAT diserang bermula dari Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Maka serangan tersebut bakal ditangani sebaiknya dengan hikmat seolah menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak rosak. bukan senang seperti menulis dan memperkatakan tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi oleh pimpinan PR.

Kelantan dipuji lantaran berjaya menghadapi tohmahan sekian lama, tapi sebelum mendapat pujian ujian perlu dihadapi. sebelum ini hanya Kelantan, terpaksa bergantung kepada kekuatan yang ada. Rakyat Kelantan tetap bersama kepimpinan Tok Guru. Maka ujian-ujian yang menimpa Negeri Pakatan Rakyat yang sekarang berlaku, perlu dinilai dan jangan cepat melatah bila melihat dan membaca fitnah yang dilemparkan ke atas mereka. Cuba cari info-info dari blog atau sumber yang sepatutnya.

Apa yang berlaku pada Perak seperti juga berlaku kepada kita, cubit peha kiri peha kanan terasa juga. sebagai saudara seIslam sekurang-kurangnya doa dan solat hajat dilakukan untuk meredakan suasana yang ditimbulkan oleh pihak musuh. Keadilan akan ditentang selagi mana ia ditegakkan.

No comments: