Tuesday, February 10, 2009

Mengenali watak

Mengenali watak-watak manusia, terkadang sukar untuk menterjemah watak yang dipersembahkan, terkadanag amat mudah untuk memahami mereka. Dalam watak-watak tersebut terselit jiwa dan perasaan yang pastinya tidak dapat dibaca seratus peratus. Dalam menampilkan keikhlasan terkadang terselit rasa zhon yang menebal. Dan begitulah sebaliknya.

Aku pernah merasai ditikam dari belakang, bagaimana perasaanya? Sakit tentunya tapi aku pun sudah melupakannya, tidak mahu disimpan di hati, pasti membakar naluri sedarku. Maka perkara tersebut dilupakan terus dalam benakku. Dalam kehidupan bersama pelbagai lapisan masyarakat perkara ini perlu juga di lalui, menurut sahabatku penat bermain dengan gelagat manusia, ya selagi kita hidup selagi itu kita akan berhadapan dengan manusia. Dan bukan semua manusia bertopengkan kepuraan semata. Ada yang ikhlas tapi kita tersilap menilai. Maka tanya iman benarkah aku bersikap terbuka kepadanya dengan tidak adil atau adil. Nilai dengan dengan emosi terkawal bukan emosional yang melampau.

Dalam bermuamalat, tidak semestinya hanya diri kita yang benar, terkadang kita juga melakukan kesalahan, maka jangan cepat menuding jari kepada orang lain. Jika berlaku terasa hati maka muhasabah sekejap mungkin aku penyebabnya, amat payah tapi itulah yang perlu dilakukan. Jarang-jarang kita dapat mengakui kesalahan kita, tapi cubalah untuk mengatakan diri kita yang salah. Jangan sampai orang yang melakukan kesalahan kepada kita lebih sedikit dosanya berbanding kita lantaran umpatan dan ketidakpuasan hati yang selalu kita utarakan kepada kawan kerananya. Allah jua yang menilai iman dan perbuatan kita, maka cubalah untuk memaafkan bukan menyimpan kesalahan orang lain walau pahit sekalipun.

Dendam patut dilontarkan kepada musuh Islam bukan sesama Islam, walau dosa menyakiti menggunakan sihir (contohnya). Walau sakit sekalipun hanya Allah yang berhak memberi pengampunan, kita sebagai hambaNya diuji dengan ujian sedemikian kerana Allah bakal mengangkat darjat keimanan kita di tempat yang tertinggi InsyaAllah.

No comments: