Thursday, February 26, 2009

Buku dan ilmu

Hari-hari yang berlalu menjadi sejarah yang ingin dikeanng atau dilupakan terus dari ingatan. Namun Rasulullah pernah bersabda 'biarlah hari ini lebih baik dari kelmarin dan hari esok lebih baik dari hari ini. Bagaimana untuk menjadikan hari ini sebagai hari yang berkualiti? Kita perlu memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya, jika tidak ada kerja atau tugas di pejabat maka luang masa untuk mengisi minda kita dengan membaca dan menambahkan thaqafah (pengetahuan) diri kita. Ilmu itu adalah makanan kepada roh selain tazkirah, zikir dan sebagainya.

Dalam pembacaan, aku sendiri berasa agak ketinggalan lantaran kemalasan yang melanda diri. Sepatutnya dalam seminggu kita boleh menghabiskan sebuah kitab atau buku yang berundur ilmiah semestinya. Dalam sebulan kita perlu menginfakkan wang kita untuk membeli bahan bacaan, contohnya sebanyak RM20 sebulan atau lebih. Sejak aku balik aku tidak tahu bahan bacaan mana yang sesuai, biasanya aku akan membeli majalah berbentuk ilmiah (sewaktu di sana). Tapi kini aku hanya membeli majalah i dan milenium, lantaran di Malaysia kurang bahan ilmiah berbentuk majalah. Banyak kedapatan majalah hiburan, sukan, wanita dan fesyen. Dengan harga yang sedikit tinggi maka aku hanya peruntukkan dua buah majalah sahaja.

Sebenarnya kita bermasalah dalam pengisian ilmu. Kita rasa amat jahil tapi kita tidak rasa untuk mengurangkan kejahilan kita melalui pembacaan atau pendengaran atau penglihatan. Ceramah misalnya merupakan bahan ilmu yang boleh kita dapati. Maka jangan lepaskan peluang untuk mendengar isu terkini dengan mendengar ceramah di tv atau di tempat-tempat umum yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

No comments: