Sunday, February 1, 2009

Muqoto'ah / boikot

Aku membaca kenyataan dan nas-nas yang ditampilkan oleh Ustaz Zaharudin yang diemailkan oleh sahabat dalam msk-net. Tak tahu nak keluarkan rasa, tapi aku tidak sesekali menolak nas yang dikeluarkan. Asal muamalat dengan Yahudi adalah halal, semuanya kita maklum kerana Islam bukan agama peperangan. Seperti juga awal Islam, umatnya tidak disuruh perang, tetapi apabila akidah telah mantap dan penghijrahan berlaku maka peperangan berlaku pada tahun ke2 hijrah iaitu Perang Badar.

Begitu juga dengan Yahudi, Rasulullah pernah memulau mereka kerana mereka telah melanggar perjanjian. Kenapa perlu memboikot? Kerana Yahudi telah membunuh dan menghina Islam juga Rasulullah, maka kita sebagai umat Islam bukan umat yang dayus, maka usaha perlu dilakukan. Kemampuan untuk berperang tidak mampu dilaksanakan oleh kita maka doa dan boikot yang perlu dilaksanakan. Kalau boikot tidak wajib maka para ulamak al-Azhar tidak akan bersungguh mengeluarkan hukum agar melaksanakan boikot. Ulamak-ulamak berkhutbah di mimbar jumaat agar memboikot barangan Amerika dan Yahudi. Perlu kita memekak telinga dan menggunakan barangan tersebut selagi ada tanda halal dari JAKIM, fikir-fikirkan.

Aku tidak mahu menjadi umat Islam yang lemah dengan tidak melakukan apa-apa bagi memabantu sedikit bebanan umat Islam. Nyawa dan darah tidak lagi dituntut, maka tolonglah mereka dengan pemboikotan ini.

Akhir sekali mabruk buat Erdagon berani menyelar pemimpin Yahudi Laknatullah atas ucapannya

No comments: