Friday, January 8, 2010

Kursus Kewartawanan

Hari ini 8 Januari 2010 bertempat di Pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan, Lajnah ICT Mulimat Negeri telah mengadakan Kursus Kewartawanan dan Fotografi bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kepelbagaian penerbitan sepaptutnya digunapakai oleh kita demi menyampaikan apa yang baik demi kebaikan. Medan dakwah demi melihat Islam tetap tersebar dalam arus serba canggih kini.


Walaupun aku telah beberapa kali menyertai kursus penerbitan namun penulisanku masih ditahap biasa-biasa sahaja. Lantaran kemalasan untuk menulis, mengedit dan sebagainya. Mujurlah ada blog ini yang sedikit sebanyak bidang ini tergilap sedikit. Kursus membuat berita menjadi satu masalah juga kerana jarang-jarang sekali kita membuta berita kiranya tidak terlibat secara langsung dengan penulisan atau berada di akhbar.


Pada sebelah petangnya kami diajar bagaimana untuk mengambil gambar yang baik. Cara mengambil gambar yang terbaik, bukaan iris camera dan sebagainya. Aku terpaksa ponteng kelas kerana ada usrah Muslimat DUN pada hari itu. Perancangan DUN kali ini seolah-olah kami akan menghadapi pilihanraya umum. Ceramah berkelompok akan bermula pada tahun ini juga. Maka aku kena bersedia untuk menyediakan bahan-bahan untuk tatapan para pendengar. Isu-isu semasa perlu aku slide kan untuk kefahaman yang lebih. Pada PRU 12 aku turun bersama penceramah, dan aku selaku pengerusi majlis merangkap penyelia p.a sistem ingin merasai pengalaman pertama bekerja dalam menaikkan Islam dalam pilihanraya. Dan pengalaman tersebut memang manis untuk peribadiku menajdi seorang muslimat yang bergiat dalam parti Islam.

No comments: