Saturday, January 2, 2010

Hati: Pergolakan diantara iman dan nafsu

Allah menjadikan hati tempat segala perasaan terkumpul, di situ terkumpul pelbagai perasaan yang dapat ditafsirkan oleh semua yang bernama manusia. Mengalami sendiri kejadian yang menimpa dirinya dan hatinya secara automatik berfungsi menerbitkan rasa dan emosi yang pelbagai.

Di situ juga permulaan bagi sebuah kisah kehidupan, petanda hidup ayng paling utama. Rasulullah berkata yang bermaksud: 'Pada jasad manusia ada seketul darah, apabila baik jasad maka baiklah darah itu, sekiranya buruk darah itu maka buruklah seluruh jasad itu, itulah yang dinamakan hati'.

Menurut tulisan Dr. Majdi al-Hilali, askar kepada hati adalah akal, di sini tempat ilmu dan pemikiran berjalan, hasil yang berlaku pada jasad terhasil di sini. Manakalh nafsu terkumpul nafsu syahwat yang baik dan tidak baik pada manusia.

Maka untuk mendapatkan hati yang suci pengerbanan perlu dilakukan seperti mendidikan hati taat sebenarnya kepada Allah. Dimasukkan keimanan pada hati dengan keimanan yang sebenar, mempelajari ilmu-ilmu yang memberi menfaat kepada diri dan jiwa.
Proses mendidik hati adalah dengan sentiasa mengingati Allah, antara cara yang terbaik adalah (setiap hari):
^ingati mati
^baca al-quran (setiap hari
^berzikir
^membanyakkan amalan sunat
^bersedekah

Iman akan sentiasa berlaku bertambah dan berkurangnya, maka pertambahan iman perlu sentiasa berlaku bukan sebaliknya, maka berkawanlah dengan sahabat yang boleh memberikan nasihat demi perubahan bukan sahabat yang selalu membenarkan walaupun salah.

No comments: