Monday, January 5, 2009

Cukup hanya berdoa...




Setiap hari mengadap akhbar, melihat dan memandang krisis dan peperangan di Palestin, terasa di dalam hati setakat mana pertolongan yang aku berikan. Hanya berdoa? sedikit huluran derma? Kiranya punya kudrat dari mana NGO yang memerlukan petugas rasanya aku akan mendaftarkan namaku. Pastikan hutang sudah dilangsai, hutang dengan manusia dijelaskan, takut terkorban di medan Palestin. Kalau ke kemboja atau Mindanau pun kita sudah terasa akan bertembung dengan peluru sesat, apatah lagi di Palestin yang pasti peluru juga bom menggegarkan hati dan perasaan. Kalau pergi entah pulang atau tidak.

Kiranya ada persatuan atau pertubuhan yang anjurkan, alangkah bahagianya. aku takut juga kiranya doa yang ditadahkan ini hanya doa tapi rasa tiada untuk mempertahankan Islam, walau dari jauh apa sumbangan yang patutku berikan. Semasa aku menuntut di Azhar, aku telah bertemu dengan pemuda-pemuda Ikhwan Muslimin yang menunggu masa untuk keluar bertempur bagi menolong pejuang Hamas bertempur dengan yahudi. Ya Allah amat bahagia mereka yang mati syahid. Maka jika tidak berupaya untuk mempertahankan bumi suci Palestin jangan pula melupakan Piliranraya kecil di Kuala Terengganu, esok adalah hari penamaan calon. Aku perlu melaksanakan tuntutan jihad bagi menyambung perjuangan Rasulullah dan para sahabat.
Moga Allah melihat amal ini sebagai sumbangan kepada Islam.

No comments: