Monday, January 12, 2009

PRK Kuala Terengganu




Selama 4 hari aku bersama muslimat Kelantan di Kuala Terengganu bagi membantu petugas Muslimat Kuala Terengganu bagi memenangkan calon wakil rakyat Wahid Endut. Pada hari penamaan calon aku dan sahabatku bertolak dari Kota Bharu pada jam 5.30 pagi dan sampai jam 8 lebih. Aku dan Noor yang tidak mengenal sangat jalan di Kuala Terengganu nekad untuk bersama sahabat-sahabat untuk berarak dalam penamaan calon pada hari itu. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat dan dapat parking kereta di tempat yang berhampiran dengan perarakan tersebut.

Memandangkan sambutan dari ahli PAS, aku ingin meletakkan kemenangan pada pihak kita, tetapi usaha dan keyakinan dari petugas dan pengundi perlu untuk menang. Tapi aku pun tak berapa pasti untuk menang. Keselarasan kerja dari AJK tempatan dan kami (dari luar Terengganu) adalah penting ntuk perolehi kemenangan.

Di sini inginku melafazkan kata pujian buat muslimat Kelantan yang bersemangat untuk melihat kemenangan Islam, mereka apabila diminta ke tempat perayu undi, bersedia tepat pada masa, ada kalanya kami yang muda (sebagai drebar) terkejar-kejar bersiap untuk menghantar mereka. Biasa orang muda agak lambat.

Dalam beberapa hari bersama muslimat pelbagai ilmu yang kukutip, pengalaman yang tiadak akan dapat dibeli dengan wang. Pengalaman dimarahi, dipuji, dan sebagainya mematangkan kami dalam hidup dalam perjuangan ini. Mulutku ini biasanya bukan boleh digam akan bercakap juga mengatakan yang hak (aku rasa), terkadang mengguris hati tapi berterus-terang lebih baik dari simpan di jiwa, bikin perhubungan rosak. Aku boleh bersabar dengan kerenah muslimat dan perasaan tersebut tiadak akan disimpan dalam hari melebihi tempoh yang tidak sepatutnya. Tapi jikalau bersama orang muda perasaan marah akan terkumpul lama. Perbezaan yang amat ketara, mungkin aku hanya sesuai bersama orang tua.

Balik sekejap ke Kota Bharu, menjenguk kerja-kerja di pejabat, aku akan kembali menolong kerja-kerja pilihanraya yang tidak tidak beberapa hari lagi. Perang poster tidak terlalu hebat, tetapi program bagi kedua-dua parti hebat juga, jika program cakno di pihak PAS maka UMNO juga adakan cakno tidak berapa jauh dari program cakno PAS. PRK kali ini dipenuhi denga 6,000 polis yang bertempat di tiga tempat di sekitar PRK Kuala Terengganu. Strategi apa yang digunakan tidak diketahui tetapi perang saraf dimainkan oleh pihak kerajaan. Dalam perjalan pulang ke Kota Bharu, ada sekatan polis trafik yang tidak pasti sekatan apa, tertanya-tanya juga kami yang tersekat di dalam jam. Aku terdengar perbulan polis trafik itu yang sekatan dibuat adalah saja-saja. Antara perang saraf yang dimainkan, tidakkah mengundang sumpah seranah dari pemandu yang tersekat dalam kesesakan. Perang pilihanraya tidak menumpahkan darah tetapi boleh membunuh fikrah seseorang. Maka ianya lebih bahaya dari pertumpahan darah.

No comments: