Monday, January 26, 2009

Cuti yang berbaloi

Cuti selama 2 hari hanya digunakan olehku bercuti di rumah sahaja. Penat dan demam PRK K.T inginku sembuhkan dengan izin Allah kali ini. Selepas ini banyak lagi program yang kuperlu tumpukan sepenuhnya. Dan aku akan memulakan pengajian setiap sabtu bermula sabtu ini. Maka badan yang sihat diperlukan untuk kerja-kerja yang bakal menggunakan tulang 4 keratku untuk program parti semestinya.

Beberapa lepas ku dapat sms dari seorang adik yang baru pulang dari pengajian di Mesir bertanyakan ada kerja kosong atau tidak, aku jawab kalau kerja dalam parti memang banyak. Aku rasa pelik apa yang melanda graduan dari al-Azhar ini. Semasa menuntut dulu semangat memang berkobar-kobar untuk balik membantu kerja parti tapi apabila pulang cita-cita tersebut terbang semasa naik kapal juga agaknya (dalam agakkanku) mungkin jatuh dalam laut mediteranian. Pernah aku tawarkan jawatan sebagai pembantu halaqat kepada seorang juniorku, apa katanya? Mana sempat kak, duit nak bayar pengasuh, nak beli susu pampers mana dan, so kena cari kerja yang gajinya sedikit lumayan berbanding pembantu halaqat. Terasa sebenarnya aku, beginikah orang yang ditarbiah di bumi Mesir balik dan memberi peringatan kepada masyarakat. Aku tidak nafikan tuntutan hidup yang melanda yang memerlukan wang dalam semua perkara. tetapi cuba letakkan dalam akidah semua rezeki dari Allah, dan pastikan dengan hidup kita di dunia ini kita tidak akan mati kebuluran.

Mungkin kau boleh berfikir mudah, kerana aku tidak berkeluarga, tidak perlu menanggung keluarga? Aku perlu juga menanggung keluarga, rasanya gaji yang aku ada tinggal beberapa sahaja untuk simpanan dan minyak kereta dan makan. Untuk make-up atau facial tidak sama sekali (Alhamdulillah aku tidak pandai bab-bab gitu). Kalu fikirkan dengan kerja yang ada sekarang tidak sepadan dengan sijil yang ada tapi dengan niat untuk kerja parti aku sematkan dalam hati Allah akan memberiku barakah dalam kerja buatku ini. Mengapa sahabat-sahabatku dan adik-adikku tidak boleh berfikir lebih dariku dalam bab ini. Kerja parti demi Islam Insyaallah ada keberkatannya dari Allah.

Penolong Pengarah di tempat kerjaku pencen awal dari guru untuk kerja fully time dengan parti. Tiada masalah, rezki tetap ada, Allah telah tentukan cuma jangan kita malas sudah. Begitulah sahabat dalam hidup berjuang ini asala jangan di tanya kelak adakah kamu memberi kepada gerakan islam atau kamu diam sahaja. Moga kita dapat menajwabnya dengan mudah.

No comments: