Tuesday, January 20, 2009

Kemenangan yang diperkatakan

Aku bukan seorang yang ahli dalam memperkatakan tentang isu politik, kerana takut tidak cukup fakta atau pertambahan fakta, boleh menyebabkan aku memperkatakan perkara yang tidak sebenar. Maka apa yang aku tulis adalah apa yang aku alami dan aku baca. Akhbar menjadi tatapanku seharian, kerana tugas baru mencari isu-isu yang perlu dipotong untuk simpanan penyelidik, pegawai tidak sampai lagi maka tugas itu dipundak ke bahuku. Dalam membaca dan menganalisa maka sedikit sebanyak di luahkan di sini.

Isu Palestin terus berada di muka depan akhbar, terasa sebak melihat syuhada' yang tidak mengira usia memenuhi dada akhbar, apa yang perlu kulakukan? Persoalan tersebut bermain di minda. Tapi sahabat yang belajar di Mesir berjaya menembusi Ghaza, mungkin melihat dengan sendiri kemusnahan yang berlaku di sana, semoga beliau selamat dan bakal pulang dengan pengalaman yang kita semua tidak mengalaminya di sini. Moga beliau cekal hati dan bertambah semangatnya untuk memperjuangkan Islam di Mesir dan Malaysia kelak.

Kemenangan PAS adalah kemenangan yang tidak diduga, ketika berkempen di Kuala Terengganu aku ditanya oleh sahabat-sahabat bagaimana keupayaan PAS adakah boleh menang atau sebaliknya? Aku hanya mampu berkata 50-50. Dengan usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal Islam menang di Kuala Terengganu. Pengundi mahukan perubahan, dan UMNO perlu sedar betapa mereka memerlukan perubahan. Hanya Islam yang mampu memimpin atau PAKATAN yang boleh mendatangkan perubahan. Bukan setakat pembangunan material tetapi pembangunan rohani dan dalaman.

Semasa bertugas di sekolah Kebangsaan Bariah, aku ditanya oleh anggota polis, Kelantan tidak membangun seperti Kuala Lumpur, Selangor dan negeri di pantai barat. Maka aku menjawab jikalau pembanguan material yang diinginkan maka kita tidak kemana, Tok Guru pernah mengungkapkan jika di buat jalan raya yang baik tetapi digunakan tempat berlumba maka tiada perkara yang baik pada pembangunan tersebut. Pembangunan material dan rohani perlu seimbang. Kalau bangunan banyak tetapi rakyat tidk memperolehi kebaikan darinya maka itu bukan pembangunan. Semasa aku berpanas di pintu pagar Sekolah Kebangsaan Bariah banyak yang aku kongsikan bersama polis, pertanyaan dan luahan dari mereka. Kita sebagai petugas Islam perlu memberi pemahaman kepada mad'u walau dalam apa jua situasi.

No comments: