Sunday, March 1, 2009

Salam dan bersalam


Khamis lepas aku ke Gua Musang sebagai pemerhati program pejabat. Ustaz Nasir Mat Soh yang menyampaikan ceramah sempena maulidur rasul 1430H. Beliau menekankan perihal salam dan kehebatannya yang Rasulullah telah bersabda yang bermaksud, sebarkan salam antara kamu. Betapa pentingnya salam ke atas umat islam. salam merupakan muqaddimah tali ukhuwwah yang bakal mengikat ukhuwwah tersebut membentuk jamaah islamiah. Salam dilafaz ketika solat dengan iringan kepala mengikut Tok Guru salam tersebut tersebar hingga ke hujung kutub selatan. Makhluk yang mendengar termasuk jin. Assalamu'alaikum tidak sama dengan selamat pagi atau good evening. Salam sejahtera ke atas kamu merupakan ucapan kasih dan hubb di kalangan umat yang ditautkan atas nama Laaila hallallah muhammadan rasulullah.

Adab bersalam yang biasa yang berlaku dalam masyarakat kita tidak berapa menepati ciri yang Islam inginkan. Salam dimulakan dengan lafaz kemudian tangan untuk bersalam (musofahah) dengan genggaman yang padu, mata bertemu mata. Di sini lahirnya tautan ukhuwwah sesama muslim. bukan bersalam hanya dihujung jari, dan mata dilarikan. Adab musofahah (bersalam) perlu dipraktik dan dilakukan sebaiknya oleh umat Islam, kerana itulah permulaan bagi sebuah perhubungan.

No comments: