Friday, February 13, 2009

Permulaan sebuah hubungan..

Perjalanan hidup di dunia ini penuh dengan warna-warninya. Maka kita pencorak utamanya. Dengan warna apa, kita sendiri yang bakal mewarnainya. Minggu lepas sempat menonton proram Oprah dia citer pasal niat, apabila kita dah niat maka kita akan capai niat yang kita pacakkan dan tanamkan itu. Memang mat saleh nih baca pasal hadith yang Rasulullah sebutkan pasal innama a'mal binniat. Permulaan pekerjaan adalah dengan niat. Aku selalu membaca buku yang ditulis oleh penulis Ikhwan atau beridentitikan Islam, jarang juga membaca buku yang ditulis oleh orentalis barat. Aku tidak seperti Mrs.Gray (sahabatku yang suka membaca buku mat saleh). Selalu ada perbincangan dengannya Mrs.Gray yang pastinya aku suka menentang dan membahaskan apa yang dia ikut atau positif dengan pengarang tersebut. Begitu percanggahan pandangan antara kami. Mungkin juga Mrs. Gray didikan barat dan aku didikan sebegini jadi percanggahan tersebut berlaku, tapi itu adalah permulaan sebuah hubungan.

Aku sukakan perbahasan kerana ia boleh meningkatkan gaya pemikiranku. Itu dalam pergaulan. Suasana di Mesir juga banyak mengajarku tentang pergaulan. Antara pergaulan yang mengawal kami sesama pelajar adalah dengan adanya persatuan ini atau Bait Muslim. Bait Muslim bukan sekadar pelajar mencari calon melaluinya tetapi segala peraturan pergaulan dikeluarkan oleh Bait muslim. Demi menjaga kemaslahatan bersama maka peraturan yang digubal perlu dipatuhi bersama.

Aku ingin menyentuh perihal taqdim. Muslimat mentaqdim muslimin. Taqdim (apa makna ye?ingin meminang?) aku tidak tahu perkataan sesuai untuk makna perkataan ini. Dalam suasana tertentu taqdim muslimin dari muslimat digalakkan, tapi perlu melalui proses yang sesuait. Tidak mengaibkan dan memalukan mana-mana pihak. Ada juga di kalangan sahabatku berlaku perkara sedemikian, bagiku itu tidak menjadi masalah. Sekiranya tiba calon yang sesuai dan bertepatan dengan agama, apa salahnya. Khadijah boleh mentaqdim Rasulullah tetapi melalui jalan yang baik dan tidak mengaibkan. Jika sekiranya aku bertanya soalan ini wajarkah muslimat meminta muslimin? Pakat-pakat jawab masing-masing dalam hati.

Aku rasa dalam keadaan dharurat begini sepatutnya soal jodoh ini atau soal berkenan perlu disegerakan, jika ada rasa berkenan maka terus taqdim, dunia sekarang susah untuk mencari calon yang sesuai. Maka sahabat jangan terlalu berhati-hati untuk pilih jodoh, tapi jangan tidak berhati-hati untuk memilihnya. Sahabat yang sudah berkeluarga dan pilihan atas dasar jemaah, maka kuatkan ikatan antara anda dan berkatnya amat besar kerana pilihan dari jemaah InsyaAllah. Cuba kenalinya dengan lebih dekat lagi dan percayalah banyak kebaikan yang anda tampak darinya.

1 comment:

Anonymous said...

muslimat juga mempunyai hak untuk memilih pasangan...bukan terbatas pada lelaki sahaja. yer la, seorang muslimat juga memerlukan lelaki yang boleh jadi suami dan skali gus boleh jadi bapa yang terbaik untuk bakal anak-anaknya.. it's ok for me, that is women right.